Sebelum ni ada juga rasa kasihan dan rasa Insya Allah, jika Allah izinkan, memang aku nak cuba untuk berbuat kebaikan kepada abang kandung, tapi sekarang... Terus terang, aku memang dah menyampah dengan sikap dan hati mereka. Dah buang sedara, buat cara buang sedara. Tak perlu contact kami langsung! Nak kata apa, katalah. Allah lebih Mengetahui. Agaknya aku ni dah kaya-raya makan duit pusaka. Aku dan akak sesen tak pernah ambil tahu sebab emak masih ada. Serahkan hak kami untuk emak yang masih ada lagi di dunia fana ini. Semoga kalian mendapat hidayahNya.
It's my life....
This blog is all about my life. It's my diary which is not a secret anymore... It is a story about my mind, my opinion, my activities, my feelings and my knowledge.
Wednesday, June 11, 2025
Monday, March 17, 2025
Ketinggalan betul kami...
Apabila diminta untuk membuat pembelian peralatan makmal yang baru, baru perasan teknologi yang kami guna di dalam kelas sudah 'outdated', malah banyak peralatan tersebut sudah 'discontinued' oleh manufacturer. Kenapa berlaku sedemikian? Kerana kekurangan sumber kewangan.
Pertama: tiada pembelian peralatan baru sejak 10 tahun lebih.
Kedua: tiada latihan/bengkel dikendalikan selaras dengan perkembangan teknologi supaya berlaku pemindahan teknologi dan kemahiran/kepakaran.
https://www.nxp.com/products/no-longer-manufactured/16-bit-hcs12-student-learning-kit:SADKITC32SLK
Memang rasa penting jadi orang kaya-raya supaya dapat memberikan kebaikan kepada masyarakat sebagai contoh memberi sumbangan untuk fasiliti makmal dan kemahiran/kepakaran staf akademik. Tak boleh harapkan goverment sebab government pun dah kekurangan hasil. Kalau aku direzekikan lebihan RM1 juta, Insya Allah aku nak sumbangkan kat fakulti aku dulu. RM500k utk pembelian peralatan dan perisian, manakala RM500k lagi digunakan utk training dan yg sewaktu dengannya.
Wednesday, March 12, 2025
Perangai anak akhir zaman?
Kebetulan lalu kat wall video ni... https://www.instagram.com/reel/DGy89k6BPsu/