Saturday, August 11, 2018

Belum masa naik gaji penjawat awam - BH hari ini

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/460552/belum-masa-untuk-naik-gaji


Ntah kenapa gerak hati semasa PRU14 dah agak Tun M ni lokek bab2 nak memberi ni, alasan hutang negara RM1 trillion. Nak perabis hutang, baru nak memberi, atau nak tunggu kiamat baru nak memberi? Agak2 perabis hutang tu sempat sebelum PRU15? Bagi aku sebagai kerajaan+majikan kena pandai generate income la. Kalau tahun2 sblm ni boleh generate 200 billion setahun, ce kerajaan PH doublekan  income tahun ni pulak? Baru la boleh nak memberi macam2 kpd rakyat, barulah manifesto yang 'sweet dream' tu boleh dicapai. Tapi macam x de effort je kerajaan PH ni nak naikkan national income.
Yang dok canang hutang RM1 trillion tu pulak, ce cite details. Hutang ke, tanggungan? Liabiliti yang kerajaan terpaksa tanggung disebabkan kegagalan syarikat untuk membayar hutang tu berapa? Kalau hutang negara +-RM700 biliion, liabiliti yang kerajaan kena tanggung +-RM300 billion? Ye ke, LGE? Itu kah nilai yang menjadikan RM1 trillion? Jangan pulak ko kira hutang-hutang rakyat Malaysia sudah ler.
Masa sibuk2 DS Najib bg bantuan khas kewangan time raya & hjg tahun, diorang buat comparison antara DS Najib dengan Tun M. Zaman Tun M paling banyak bagi bonus tau. X tau la kalau data tu 'tipah tertipu' ke...
Aku bukan tak bersyukur disebabkan kenaikan gaji paling  byk yang dpt masa zaman DS Najib, tapi kerajaan kenalah adil. Kalau golongan aku ni tak layak dapat BR1M atau bantuan sara hidup, tak layak dapat RMR dll, bagilah kenaikan gaji/bonus sekurang2nya. 
Drpd resit slip gaji mmg x layak, tapi sapa2 yg tau kisah hidup aku, hmmm.... memang harap dpt jugak la bantuan2 yang sesuai, tapi x leh nak apply. Sedeeyyyyy... mungkin bukan aku sorg yg mengalami spt ini, mgkin ada lagi yg seangkatan dgn aku. Ada kerajaan aware dengan golongan malang spt aku? 

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Memang tak nampak effort untuk naikkan national income. GST dah ganti SST, tak nampak pun kelebihan SST 2.0 yang kononnya ditambahbaik. No research in depth la kerajaan baru ni. Nak bagi harga minyak turun, tol mansuh, kena naik national income dulu. X dak duit, camne nak tunai janji? Lantang bagitau 1 dunia hutang RM1 trillion, rupa2nya PTPTN pun ada dalam tu... RM masih lagi jatuh, pelabur asing masih lagi tarik diri. Camne ni? Gini gayanya sampai bila2 pun bonus x dpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya percaya Tun M sedang mengatur strategi. Harap2 tak silap langkah.

      Delete

Powered By Blogger