Thursday, February 27, 2025

Bila orang sebelah sana tak habis-habis lagi menyalak...

Aku tak nak cerita pun kat 1 dunia tapi rasa geram betul. Kesabaran ini bagaikan dirobek2. Susah cakap dengan orang yang tak faham bahasa, apatah lagi basic math pun ke laut dalam. Jadi nak luahkan rasa geram tahap gaban ni, aku tulis kat blog aku yang x ada sape2 pun rajin nak baca. Kalau post kat fb, ramai pula yang membaca nanti. (Masa aku post ni, aku blm post kat fb. Kalau post kat fb tu tanda marah aku dah menyala2). Luahkan di sini umpama menjerit kuat di atas gunung yang tinggi, tapi tak ada sesiapa pun yang dengar. Yang penting rasa lega... Mungkin tulisan aku kat sini boleh menjadi jalan cerita / bahan bukti anak cucu yang tak tahu cerita sebenar. Sebenarnya kisah antara angah dan abah ni lebih banyak yang Yus tahu sebab Yus yang ada kat rumah, sedangkan aku dulu belajar di Parit Raja dan seterusnya sentiasa merantau. Banyak maklumat aku dapat maklumat daripada dia. Ada yang memang aku tahu sebab depan2 aku berlaku, tapi Yus lebih lagi dia ada info.

Asalnya aku dapat msg ni. Disebabkan aku tengah terlampau busy, aku buat tak tahu. Bila dah settle upload markah, baru aku reply. Yus cakap, hasil sawit hanya dapat selama 18 bulan sahaja, sebelum ini hanyalah duit sara hidup (lebih kurang 600). Jadi, angah tak boleh claim sehingga 31 bulan. Dalam tempoh 18 bulan, menurut Yus gaji hanya sekitar 800-1300 sahaja. Kalau ditotal hak dia pun belum tentu sampai 3k! Dia meroyan nak hasil harta pusaka abah, dan mendabik dada sebab banyak berjasa sehingga mengatasi jasa abah.  Nanti aku cerita pula perkara-perkara pelik yang dulu aku tak dapat kenalpasti kenapa dia sebegitu.

Ini antara mesej yang aku reply.
 

 


Dia ingat aku ni kerani dia, tukang fotostat semua slip gaji yg ada kat Felda Segamat, Johor sedangkankan aku ada di negeri Terengganu yang tercinta ini. Dahlah slip gaji hardcopy. Aku bagi cadangan trylah minta kat pejabat felda, tak dibuatnya. Agaknya tak berani 🤭🤭... Dia yang dok kat kampung,minta kita yang dok 500km dari kampung ni, dah kenapa? Boleh jadi juga felda memang tak boleh nak bagi? Aku tak taulah... Mmg ada maklumat yang perlu dirahsiakan daripada dia supaya dia tak memanipulasi maklumat tersebut sehingga menjejaskan emak. Aku pun selama ni tak pernah ambil tahu tentang slip gaji sebab emak masih ada. Aku dan akak memang tak ambil sesen pun bahagian kami. Kami serahkan pada emak 100% untuk Yus uruskan sebab Yus yang jaga emak. Bahagian kami tu kira upah Yus dan keperluan mereka berdualah. Kami berdua tak mampu nak bagi sebanyak itu.
 
Dahlah dia tak tahu cerita langsung, tiba2 buat cerita mengarut. Ni kategori fitnah. Kalau tak tahu, cuba bertanya dahulu, itu yang aku sampaikan kat dia. Masa ni abg ipar sponsor hampir 15k-20k utk abah & Yus tunaikan umrah. Bayangkan fitnah dia... Apa hukum Allah?

Dalam Al-Quran, ada ayat yang menyebut tentang fitnah atau slander. Contohnya, dalam Surah Al-Baqarah ayat 191 dan 217, dimana fitnah disebut lebih besar dosanya daripada pembunuhan. Juga, Surah An-Nur ayat 11-20 ada menceritakan tentang fitnah dan bahayanya membuat berita palsu. - Copilot

Dalam Al-Quran, Surah Al-Hujurat ayat 6 menyentuh tentang perlunya memeriksa sesuatu berita yang kita terima, terutamanya dari orang yang fasik, supaya tidak berlaku kesalahan dalam membuat andaian atau keputusan. Ayat tersebut berbunyi:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasik membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."

Ayat ini mengingatkan kita agar tidak membuat andaian atau menyebarkan cerita tanpa kepastian. -Copilot

Terdapat satu ayat dalam Al-Quran yang berkaitan dengan membuat andaian negatif dan fitnah. Dalam Surah Al-Hujurat, ayat 12, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa." Ayat ini memberi amaran kepada kita tentang bahaya membuat andaian tanpa dasar, kerana ia boleh membawa kepada fitnah dan dosa. -Copilot

Engkau kata tak kisah hak engkau dipotong, sekarang ni hak emak yang engkau sebagai anak lelaki sejak emak terlantar, apa yang engkau buat? Bila engkau berbuat kebaikan, kau mengungkit. Segala kesalahan engkau, engkau tak rasa sikit pun salahnya walaupun sudah ditegur.

Dia tak percaya kat Yus, aku dah ckp trylah minta slip gaji kat pejabat felda. Felda tak izinkan waris lain ambil? Sebenarnya berlapang dada jelah. Kalau Yus menipu sekalipun, ingat malaikat tak nampak? Biarlah Allah yang hukum. Yang buat aku nak tergelak, macamana orang dah masuk kategori warga emas boleh claim diri sendiri anak yatim? Berguling rasa baca ayat dia. Patutnya dia stresskan statement faraid hukum Allah, bkn harta anak yatim! Woi, anak yatim tu budak2 bawah umur, yang perlu tanggungan orang dewasa/penjaga/ibubapa. Macam mana dia boleh perasan dia anak yatim? Emak anak yatim piatu tak de isu pun!

Memang sedih keadaan abah sebelum dia operate mata disebabkan katarak. Dia stay kat rumah GG tu sebab tak cukup duit nak ulang-alik balik rumah. Dia pun sedih dgn perangai Yus masa tu. 

Tok laki ada jenguk abah kat rumah GG setiap kali keluar bandar. Aku pulak kebiasaan melawat abah sebelum balik Ganu. 

Lepas operate mata, Yus jaga emak & abah kat rumah. Masa PKP Yus jaga abah dengan cara agak kasar, sampai jiran pun boleh dengar dia marah2 abah. Akak dapat peluang balik kampung jenguk emak abah & dapat tahu cerita, terus ambil jaga abah.

Sebelum abah stay kat rumah GG, aku selalu nampak dia termenung macam susah hati fikirkan sesuatu. Aku tak ada tanya apa2, tapi aku rasa dia banyak fikir pasal duit. Dia fikir pasal bil air dan elektrik yang tertunggak sangat banyak. Bayangkan bil TNB je dah 300-400 sebulan tanpa aircond sebiji pun! Bil SAJ pun sama juga walaupun tak ada kolam renang. Punyalah ahli rumah tu tak reti nak berjimat-cermat. Masa tu anak2 angah dok situ dengan emak & abah sebelum gaduh besar pada raya 2017.

Aku mmg dah lama ada financial problem disebabkan malaun tu. Jd aku cuma dpt hulurkan duit apabila aku diberi peluang untuk memberi. Duit yang aku ada memang ngam2 aje untuk keluarga aku yang masa tu ada 4 ahli. Alhamdulillah rezeki Allah beri sememangnya CUKUP. Kalau kita bersyukur dan berserah kepada Allah sepenuhnya, Insyaallah Allah pasti tolong dalam pelbagai cara.

My financial problem aku serahkan pada Allah untuk bergantung padaNya bulat2. Juga aku serahkan dia yang menganiaya aku kepada Allah, tiada lagi perhitungan dia dengan aku di akhirat nanti.Mohonlah belas ikhsan Allah swt. 

Ini antara mesej yang aku reply. Laaahhh.. rupa-rupanya dia tak dapat tangkap maksud aku untuk mesej  yang last tu.

Tak payah nak ungkit cerita Yus buat salah kat abah, sebab Yus sempat minta maaf dengan abah dan abah maafkan Yus. Angah sempat minta maaf sebelum abah meninggal? (Oh lupa lah, dia jasa setinggi gunung Everest, jadi abah yang patut melutut kat dia).

Lagipun lepas tu, akak yang jaga abah, bawa abah pergi hospital untuk rawatan lanjut. Angah ada bawa abah pergi hospital masa dia sakit?

 

Alamak, ni yang aku cakap tak faham bahasa betullah... Sempat minta maaf ke tak? Tapi dia cakap sempat berbakti...  tapi apa gunanya jika bakti itu diungkit-ungkit?
 
Surah yang menyentuh soal mengungkit jasa adalah Surah Al-Baqarah, ayat 264. Ayat ini menasihati agar kita tidak membatalkan sedekah dengan mengungkit atau menyakiti perasaan orang lain. -Copilot

 https://quran.com/2:264/tafsirs/en-tafisr-ibn-kathir
 

AlBaqarah ayat264

Cerita tentang kereta ni panjang dan akak aku lebih tahu sebab masa tu akak aku jaga abah. Sejak bisnes angah melingkup, abah minta kereta tu untuk sambung bayar dan guna. Lepas abah operate mata, abah tak lagi bekerja. Mula-mula Yus jaga, lepas tu akak jaga. Plannya aku nak ambik juga bawa abah datang rumah aku di sini sebelum tarikh appointment hospital dia, lepas tu akak pula ambil, kemudian kami bergilir-gilir, tapi Allah lebih sayangkan abah. Tak sempat aku nak jaga. Sedih berganda-ganda sebenarnya  bila dia dijemput Allah tapi banyak yang aku tak sempat buat untuk dia. Dalam tempoh sebulan-2, aku tak ingat berapa lama, aku rasa tak boleh buat kerja, asyik terkenangkan abah dan rasa sesalan yang menebal.

Berbalik cerita kereta tu, kereta tu dah tersadai di rumah GG. Angah cakap  nak ambil kereta tersebut, tetapi terlalu lama tidak diambil sehingga abah sangkakan angah tak jadi ambil kereta tu. Kebetulan Yus dan emak perlukan duit, jadi kereta tersebut dijual dan hasilnya diserahkan kepada emak. Masa tu memang emak dan Yus ada duit sikit sahaja sebab duit bantuan sara hidup tu tak dapat banyak. Kebetulan juga masa tu, aku pun tak dapat bantu lebih, seadanya, semampunya sahaja.



To be continued...


 


 



No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger