Monday, March 17, 2025

Ketinggalan betul kami...

Apabila diminta untuk membuat pembelian peralatan makmal yang baru, baru perasan teknologi yang kami guna di dalam kelas sudah 'outdated', malah banyak peralatan tersebut sudah 'discontinued' oleh manufacturer. Kenapa berlaku sedemikian? Kerana kekurangan sumber kewangan.

Pertama: tiada pembelian peralatan baru sejak 10 tahun lebih.

Kedua: tiada latihan/bengkel dikendalikan selaras dengan perkembangan teknologi supaya berlaku pemindahan teknologi dan kemahiran/kepakaran.

https://www.cisco.com/c/en/us/support/routers/1900-series-integrated-services-routers-isr/series.html

https://www.nxp.com/products/no-longer-manufactured/16-bit-hcs12-student-learning-kit:SADKITC32SLK

Memang rasa penting jadi orang kaya-raya supaya dapat memberikan kebaikan kepada masyarakat sebagai contoh memberi sumbangan untuk fasiliti makmal dan kemahiran/kepakaran staf akademik. Tak boleh harapkan goverment sebab government pun dah kekurangan hasil. Kalau aku direzekikan lebihan RM1 juta, Insya Allah aku nak sumbangkan kat fakulti aku dulu. RM500k utk pembelian peralatan dan perisian, manakala RM500k lagi digunakan utk training dan yg sewaktu dengannya.

Thursday, March 6, 2025

X perlu berteka-teki lagi, dah ada jawapan apa yang ada dalam hati dia...

Sepatutnya cakap awal2 sebelum bagi aku duit yang semua ni loan. Baru aku betul2 kenal kau, angah. X de lah aku tertipu selama ni... Kalau bagitau aku awal2, mmg sesen pun aku tak ambil. Sekurang-kurangnya aku dah tahu hati budi engkau awal2, ngah. Orang perangai macam engkau aku akan jauhi awal2 lagi. Untung Yus dah kenal ko awal2 lagi. Semoga engkau mendapat hidayah dan balasan setimpal.

Kalau aku tau awal2 lagi, aku dah cari scholarship. UiTM pun tengah ada scholarship masa tu, TPM. X de lah aku nak guna duit dia. Nyesal sebenarnya tapi mana aku tau dia sebenarnya adalah manusia macam sekarang ni. Jadi, dia dulu hanya bertopeng aje lah yek?


Entah bila kala aku bercerita tentang dosa dan pahala, aku cuma quote ayat Quran aje dengan sikap dia. Semua tu ada dalam blog aku ni. Apa yang aku post, ada dalam blog ni belaka.
Entah bila kala abah minta tolong dia? Setahu aku degree memang abah yang support aku sepenuhnya, dia sudilah bagi mengikut kemampuan dia masa tu. Sekarang dah jadi hutanglah. Masa aku master, memang dia bayarkan yuran aku 3 semester dan topup duit belanja mingguan. Tapi abah tetap tak lepas tangan. Aku dah cerita dalam entry sebelum ni. Dia perasan macam dia support 100%. Aku kalau berduit, memang aku tak lupa nak bagi kat dia, tapi buat masa ni aku tak mampu, aku hanya bagi kat emak sahaja.
Disebabkan dia dah luahkan niat sebenar dia support aku selama ni, aku tak rasa respect lagi kat dia. Kalau selama ni aku tak pernah buang dia, sekarang aku pulak nak buang dia. Aku tak perlu lagi ada rasa kasihan kat dia. 
Doakan aku berduit lebih supaya boleh bagi dia RM500k, tak de nye aku nak bagi berjuta, tak sampai sejuta pun dia bagi kat aku duit. Dulu, ada juga rasa nak bagi berjuta kat dia kalau Allah rezekikan, tapi skrg dah tak rasa perlu.
Tak de tipu helah dalam forex. Memang duit tu semua broker yang telan belaka! Dia pun ada try juga guna duit betul, untung tak buat masa tu? Kena telan jugak kan? Nota2 forex aku ada kat dia, dah pandai? 
Cerita asal forex ni, aku minta dia duit balance RM10k yg dia pinjam (duit KWSP aku). Asalnya RM30k, tp dia dah pulangkan ansur2. Jadi aku cakap aku nak guna duit tu untuk modal forex. Tetiba dia yang lebih2, bagi aku modal, suh aku buat sorang! Ko rasa? Tak sudah2 meratib duit forex. Gi belajo dulu, nanti ko taulah forex tu beRISIKO TINGGI. Tapi buat apa? HARAM oi!
Pelik betul tanggung anak yang dah bekerja dan berkahwin, anak lelaki pulak tu! 
Sedih betul ada abang kandung macam ni... Macam aku cakap, kalau aku kenal dia dari awal lagi yang dia adalah seperti sekarang ni, tak lah aku peduli dan rapat dengan dia. Aku bukan nak duit dia, sebab dia abang aku. Aku sangkakan selama ni dia ber'bakti' tu sebab rasa tanggungjawab sebagai abang dan nak kumpul pahala. Rupa-rupanya memang akhirat bukan tujuan hidup dia. Memang hati dia cuma nak DUIT semata-mata. Bayangkan aku dah quote ayat Quran pun tak terlintas langsung di hati dia sedikit pun HIDAYAH...


Kamu tanggunglah sendiri atas perbuatan kamu. Kamu tak pernah rasa bersalah walau telah ditegur. Bukan mencari kesalahan, tapi minta untuk berubah dan mohonlah maaf atas kesilapan sementara masih ada masa. Macam aku cakap, asalnya ditegur, selepas ditegur terus sentap dan cari kesalahan semua orang yang menegur dan putuskan hubungan keluarga. Aku bersyukur sebenarnya kamu yang putuskan hubungan kekeluargaan ini sebab aku dah tak kenal kamu semua sekarang. Perangai dan hati kamu yang sebenar ternyata sudah timbul kini. Sebelum ni hanya luaran sahaja, atau mungkin topeng sahaja yang aku nampak.









Saturday, March 1, 2025

Angah, apa yang ada dalam hati engkau sebenarnya?

Sejak berlaku persengkataan keluarga, selama itulah aku tertanya-tanya, kenapa abang aku banyak  buat kebaikan kepada aku sebelum ini? Aku juga bertanya kepada akak aku. Akak aku cuma menjawab, dia memang sayangkan aku. Lagipun masa orang pergi sekolah dulu, dia tak pergi sekolah, dia yang jaga aku masa baby. Jadi, aku terasa 'bond' kasih sayang itu. Sepanjang aku bersekolah, bermula sekolah menengah angah mula memberi sedikit duit belanja kadanng-kadang. Aku sepenuhnya ditanggung abah. Semasa aku degree di ITTHO/KUiTTHO (now UTHM), masih lagi abah tanggung sepenuhnya, angah memberi duit belanja seadanya. Yang angah banyak tanggung aku masa aku buat Master di UTM, tapi abah tidak langsung lepas tangan, abah masih bagi aku duit belanja mingguan. Kalau tak silap aku, yuran Master aku angah yang sudi tanggung.



Angah sangat bermurah hati, dia juga yang telah membantu aku membayar kad kredit CIMB aku masa aku mula-mula kerja selepas aku tidak mampu membayar disebabkan malaun keparat tu. Kemudian semasa aku cuti tanpa gaji, dia juga tolong bayarkan 1-2 bulan tunggakan loan MBSB aku. Aku tak pernah minta, tapi dia yang sudi tolong bayarkan. Sedangkan sebenarnya aku dah lama mengharap Allah menolong aku. Aku sememangnya bergantung kepada Allah lebih-lebih lagi apabila aku tak dapat selesaikan masalah. Pernah tiba-tiba UiTM bayar tunggakan sehingga RM8k kerana tidak membayar elaun keraian aku. Mana aku tau start bila aku perlu dibayar, rezeki bergolek anak-anaklah. Alhamdulillah. Ada masa aku boleh buat loan, aku selesaikan masalah aku. Aku terpaksa buat loan, itu sahaja pilihan yang ada. Kerana malaun keparat tu, aku terus-terusan buat loan sebab aku memang dah tak mampu dari awal lagi. Tak pe lah, aku harap Allah berikan aku jalan lain selepas ini. Dan jalan itu yang aku nampak adalah melalui __________. Doakan aku berjaya keluar daripada kemiskinan ini melalui jalan itu (___________). Ameen...

Akak cuma cakap, angah tak berpuas hati dengan kegagalan forex. Aku sangkakan itu sahaja sebab angah rasa terkilan dengan aku. Disangkakan jadi jutawan forex, rupa-rupanya rugi teruk. Aku bersyukur rugi sebenarnya sebab aku baru tahu forex yang aku lakukan itu sebenar-benarnya adalah HARAM.

Lepas degree, aku bekerja di Politeknik. Angah begitu gembira sekali apabila duit gaji bulanan aku serahkan kepadanya lebih kurang RM400-500 (rasanya 400) dan RM500 kepada emak. Dia begitu gah bercerita yang aku bayarkan van Vannette dia sedangkan van tu sebulan bayaran RM700, dia yang kena tambah. Tau tak sengsaranya aku balance gaji aku cuma RM500 tolak duit rumah, air & elektrik, aku cuma ada RM200++ sahaja untuk belanja duit makan sebulan? Tak serasi dengan jiwa aku bekerja di politeknik, ditambah pula rasa agak sukar untuk aku survive, aku berhenti dan menganggur sebelum menyambung master. Ajaibnya, duit balance tu cukup ngam-ngam duit makan aku sebulan. Allah begitu Maha Pemurah dan Penyayang. Walaupun aku agak terasa kerana abang aku yang tak ada empati ketika itu, aku biarkan sahaja mengenangkan jasanya. Sepatutnya aku bagi duit kat abah, bukan dia!

Masa menganggur tu, aku cuba cari kerja walaupun rasa sangat tak confident. Wakil Intel siap call dan bercakap-cakap kat telefon, rasa kelakar pun ada. Dapat panggilan interview Intel tapi aku rasa aku tak mampu nak pergi. Tak mampu sebab aku tak bersedia langsung! Beberapa bulan juga aku menganggur.


Mesej ni jelas menunjukkan apa yang dia nak sebenarnya. Dia nak duit, sama ada mungkin nak duit bulanan beserta duit selepuk 130k yang dia canang-canangkan! Dia nak aku  balas semua jasa dia.

Memang aku tak mampu nak bagi semua tu buat masa ni. Allah belum izinkan lagi. Mungkin masa ni lah engkau kena tenung diri engkau dulu sebelum engkau memandai cakap kat orang. Abah meninggal, orang kampung terserempak engkau ke kebun. Engkau tak kisah pun abah meninggal,  yang kau nak cuma harta pusaka dia.

Buat masa ni, aku cuma mampu bagi emak duit bulanan aje yang tak seberapa. Sebab tu aku cakap Allah Maha Mengetahui.

Powered By Blogger