Saturday, March 1, 2025

Angah, apa yang ada dalam hati engkau sebenarnya?

Sejak berlaku persengkataan keluarga, selama itulah aku tertanya-tanya, kenapa abang aku banyak  buat kebaikan kepada aku sebelum ini? Aku juga bertanya kepada akak aku. Akak aku cuma menjawab, dia memang sayangkan aku. Lagipun masa orang pergi sekolah dulu, dia tak pergi sekolah, dia yang jaga aku masa baby. Jadi, aku terasa 'bond' kasih sayang itu. Sepanjang aku bersekolah, bermula sekolah menengah angah mula memberi sedikit duit belanja kadanng-kadang. Aku sepenuhnya ditanggung abah. Semasa aku degree di ITTHO/KUiTTHO (now UTHM), masih lagi abah tanggung sepenuhnya, angah memberi duit belanja seadanya. Yang angah banyak tanggung aku masa aku buat Master di UTM, tapi abah tidak langsung lepas tangan, abah masih bagi aku duit belanja mingguan. Kalau tak silap aku, yuran Master aku angah yang sudi tanggung.



Angah sangat bermurah hati, dia juga yang telah membantu aku membayar kad kredit CIMB aku masa aku mula-mula kerja selepas aku tidak mampu membayar disebabkan malaun keparat tu. Kemudian semasa aku cuti tanpa gaji, dia juga tolong bayarkan 1-2 bulan tunggakan loan MBSB aku. Aku tak pernah minta, tapi dia yang sudi tolong bayarkan. Sedangkan sebenarnya aku dah lama mengharap Allah menolong aku. Aku sememangnya bergantung kepada Allah lebih-lebih lagi apabila aku tak dapat selesaikan masalah. Pernah tiba-tiba UiTM bayar tunggakan sehingga RM8k kerana tidak membayar elaun keraian aku. Mana aku tau start bila aku perlu dibayar, rezeki bergolek anak-anaklah. Alhamdulillah. Ada masa aku boleh buat loan, aku selesaikan masalah aku. Aku terpaksa buat loan, itu sahaja pilihan yang ada. Kerana malaun keparat tu, aku terus-terusan buat loan sebab aku memang dah tak mampu dari awal lagi. Tak pe lah, aku harap Allah berikan aku jalan lain selepas ini. Dan jalan itu yang aku nampak adalah melalui __________. Doakan aku berjaya keluar daripada kemiskinan ini melalui jalan itu (___________). Ameen...

Akak cuma cakap, angah tak berpuas hati dengan kegagalan forex. Aku sangkakan itu sahaja sebab angah rasa terkilan dengan aku. Disangkakan jadi jutawan forex, rupa-rupanya rugi teruk. Aku bersyukur rugi sebenarnya sebab aku baru tahu forex yang aku lakukan itu sebenar-benarnya adalah HARAM.

Lepas degree, aku bekerja di Politeknik. Angah begitu gembira sekali apabila duit gaji bulanan aku serahkan kepadanya lebih kurang RM400-500 (rasanya 400) dan RM500 kepada emak. Dia begitu gah bercerita yang aku bayarkan van Vannette dia sedangkan van tu sebulan bayaran RM700, dia yang kena tambah. Tau tak sengsaranya aku balance gaji aku cuma RM500 tolak duit rumah, air & elektrik, aku cuma ada RM200++ sahaja untuk belanja duit makan sebulan? Tak serasi dengan jiwa aku bekerja di politeknik, ditambah pula rasa agak sukar untuk aku survive, aku berhenti dan menganggur sebelum menyambung master. Ajaibnya, duit balance tu cukup ngam-ngam duit makan aku sebulan. Allah begitu Maha Pemurah dan Penyayang. Walaupun aku agak terasa kerana abang aku yang tak ada empati ketika itu, aku biarkan sahaja mengenangkan jasanya. Sepatutnya aku bagi duit kat abah, bukan dia!

Masa menganggur tu, aku cuba cari kerja walaupun rasa sangat tak confident. Wakil Intel siap call dan bercakap-cakap kat telefon, rasa kelakar pun ada. Dapat panggilan interview Intel tapi aku rasa aku tak mampu nak pergi. Tak mampu sebab aku tak bersedia langsung! Beberapa bulan juga aku menganggur.


Mesej ni jelas menunjukkan apa yang dia nak sebenarnya. Dia nak duit, sama ada mungkin nak duit bulanan beserta duit selepuk 130k yang dia canang-canangkan! Dia nak aku  balas semua jasa dia.

Memang aku tak mampu nak bagi semua tu buat masa ni. Allah belum izinkan lagi. Mungkin masa ni lah engkau kena tenung diri engkau dulu sebelum engkau memandai cakap kat orang. Abah meninggal, orang kampung terserempak engkau ke kebun. Engkau tak kisah pun abah meninggal,  yang kau nak cuma harta pusaka dia.

Buat masa ni, aku cuma mampu bagi emak duit bulanan aje yang tak seberapa. Sebab tu aku cakap Allah Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger