From today, I will use again this blog as a platform for sharing my duties and activities in order to easier for filling in the SKT/LNPT or promotion form/template. Thank's to my own blog for helping me to fill in the template for promotion even though it is incomplete, but at least it helps me. Thank's to me too because always update the teaching portfolio. Haahahaha... praise myself...
This blog is all about my life. It's my diary which is not a secret anymore... It is a story about my mind, my opinion, my activities, my feelings and my knowledge.
Saturday, December 16, 2017
Friday, June 30, 2017
Persengketaan Keluarga Siri 1
Sekiranya
persengketaan ini berterusan seabad lagi, ketahuilah ceritanya ada di sini, ketahuilah bukan kami yang memulakan dan memutuskan tali silaturrahim yang sudah lama terikat kukuh. Adakah benar tindakan mereka memutuskan silaturrahim? Apakah kebaikan yang mereka dapat dengan melakukan sedemikian? Kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kekayaan dan ganjaran pahala berlipat ganda? Sebagai seorang yang waras dan berpegang kepada ajaran Islam, adakah tindakan memutuskan silaturrahim itu suatu tindakan yang betul dan berlandaskan Islam? Apatah lagi memutuskan hubungan dengan ibu bapa saudara dan atok darah daging sendiri!!!
Persengketaan ini melibatkan ahli keluarga yang dahulunya akrab tetapi kini terpecah
kepada dua; abang(RA) dan dua orang anaknya (AN & AAM) adalah sekutu beserta seorang kembar (AKKM) pun sekutu juga, cuma masih saling berhubung utk jadi orang tengah yang hanya sampaikan mesej, dan sekutu lain
adalah aku, kakak dan adik yang membela kedua emak dan abah.
Persengketaan keluarga bermula setelah aku sedar
kesalahan abang kepada emak yang sering menjadi sebutan emak berkali-kali. Walaupun kesalahan abang itu telah pun berlalu lebih kurang 25-30
tahun yang lalu, namun ia sering menjadi sebutan emak. Setiap kali aku pulang ke kampung, kesalahan itulah yang sering emak luahkan. Emak betul-betul berkecil hati. Mana taknya, dia makan nasi goreng emak masak, dia sakit perut dan dia tuduh emak nak bunuh dia! Sampai masa tu abah pun marah dia. Menyedari hal
ini dan demi kasih sayang aku terhadap abang, aku menceritakan hal ini kepada
kakak yang lebih tua daripada abang dan meminta kakak untuk menasihati
abang. Aku lebih senang kalau kakak yang menasihati
abang kerana kakak adalah anak yang sulung. Sayang seribu kali sayang,
abang berubah ke arah yang lebih memeranjatkan.
Di
mata adik (Yus), persengketaan keluarga mungkin bermula apabila dia berani melawan
abang. Jika tidak mengetahui cerita ini, sudah tentu orang akan menyangka Yus yang kurang ajar kerana mengherdik dan meninggi suara kepada seorang abang yang
lebih tua daripadanya. Cukuplah diringkaskan kisah Yus yang begitu
menyedihkan sejak belajar di IPT. Hidupnya seringkali diganggu oleh tohmahan
dan fitnah abangnya sendiri. Sepanjang tempoh dia diganggu abangnya,
manakala aku dan kakak tidak berbuat apa-apa kerana tidak mengetahui cerita
sebenar. Yus pula menyendiri ketika itu. Alangkah sedihnya aku dan
kakak apabila baru kini mengetahui cerita sebenar adik yang
seringkali ditohmah abang sendiri sehingga gagal menghabiskan diploma
pertamanya. Alhamdulillah, Yus masih kuat dan menyambung diploma di IPT
yang lain dalam bidang yang berbeza sehingga tamat dengan baik (CGPA 3.0 lebih).
Di
mata kakak pula, persengketaan ini mungkin bermula selepas kakak tidak lagi menyokong
kata-kata abang, malah menyokong adik dan menasihati abang supaya memohon
ampun kepada dua emak abah selagi berpeluang. Sayang seribu kali sayang,
abang semakin menjadi-jadi. Abang mula mengungkit perkara-perkara silam dan menokok tambah cerita yang
menjadikan aku, kakak dan Yus bersalah semata-mata serta
mempengaruhi kedua-dua anaknya agar memulaukan kami dan emak abah juga. Masya Allah, lantak ko lah angah!
Aku juga dipersalahkan kerana gagal dalam perdagangan forex yang
membuatkan abang kerugian mungkin sehingga beratus ribu. Duit modal abang yang sudi keluarkan (cuma 10k aje balance duit kwsp aku yang dia pinjam), dan kesemua modal ini bukan dikira hutang aku dengan abang. Abang yang sudi keluarkan modal dan yang jalankan forex adalah aku. Tapi kenapa dia tak suruh anak dia sendiri belajar forex? Sebab anak2 dia tak leh pakai? Banyak faktor
yang menyebabkan kegagalan dalam perdagangan forex ni termasuk gangguan abang yang tamak dan tak sabar ni, selain daripada forex haram dan guru entah apa-apa.
Aku redha kerana apa yang berlaku dalam hidupku adalah ujian dan
kifarah Allah swt serta sebanarnya mendapat lindungan Allah. Bersyukur tak makan hasil haram daripada perdagangan forex.
Abang dulu mempunyai perniagaan dan kewangan yang mantap dan
stabil. Namun kini, perniagaannya sudah jatuh merudum. Oleh kerana abang juga mengalami masalah kewangan, kereta yang digunakan oleh anaknya
(asalnya kereta ini dibelikan untuk kegunaan abah) harus dibayar setiap
bulan dan aku yang sememangnya mempunyai masalah kewangan perlu menanggung bayaran bulanan dua buah
kereta yang menjadikan bayaran bulanan menjadi
tertunggak kerana kesempitan kewangan. Apabila mendapat peluang pinjaman
peribadi, aku cuba bayar ansuran kereta-kereta tersebut, sehingga akhirnya
sebuah kereta berjaya dilangsaikan. Kereta yang dipakai anak abang itu masih
lagi terdapat tunggakan yang menyebabkan kuterpaksa meminjam daripada kakak dan malangnya tidak berjaya untuk diselesaikan sehingga akhirnya tertunggak selama lima
bulan apabila suamiku kurang mendapat ‘job’ sepanjang tempoh musim hujan.
Aku asalnya bercadang untuk membincangkan hal tersebut kepada abang dan kakak ketika pulang ke kampung semasa majlis perkahwinan anak lelaki abang. Sayangnya,
lain pula yang berlaku membantutkan hajatku untuk berbincang hal tersebut. Lagipun pernah memaklumkan kepada abang tentang ketidakmampuan aku, tapi abang cuma cakap dia pun tak boleh nak tolong bayar.
Kakak ada memberitahu bahawa abang mula mengungkit dan menyalahkanku dalam hal
kerugian perdagangan forex dan membuat tohmahan yang aku sengaja ingin
menjatuhkan abang sendiri. Astaghfirulah al-azim… mengucap panjang aku mendengar
cerita fitnah ini. Busuk betul hati aku kat angah ye selama ni? Dah kaya-raya aku agaknya nak jatuhkan kau? Yang lebih
mengejutkan lagi, abang telah membuka cerita malaun keparat tu kepada suami anak saudara yang baru berkahwin dan baru berjumpa buat
pertama kalinya.
Mendengarkan tuduhan ini, aku terus membantutkan hasrat untuk berbincang berkenaan bayaran kereta yang tertunggak sehingga kereta tersebut akhirnya ditarik. Dan menggunakan duit tabung haji abah, bayaran keseluruhan kereta Myvi selesai.
Sebenarnya aku boleh je cakap macam ni, "Ko, angah mungkin boleh jadi punca malaun tu tipu aku sebab pd thn 2007 dulu ko yang tak bagi aku kawin dgn laki aku sekarang ni, jadi kalau aku dah kawin dgn laki aku sekarang ni pd thn 2008, tak perlulah aku bertemu dgn malaun keparat tu pd thn 2009!" Kalau tidak kerana abang yang menentang keras keinginanku untuk berkahwin pada tahun 2007 dulu dan menghasut seluruh ahli keluarga untuk menentang, sudah pasti semua ini tidak berlaku. Tapi aku masih waras dan masih ada lagi setitis iman di dada. Aku langsung tidak
menyalahkan abang dan terus berbaik dengan abang seperti biasa, malah menganggap perkara itu sebagai ujian
dan kifarah Allah swt.
Semoga keluarga kita semua dilindungi daripada persengketaan yang berterusan. Semoga semua pihak diberikan hidayah Allah swt. Semoga akhirat kita mendapat pengampunan daripadaNya yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun. Ameen.
Thursday, June 22, 2017
If a boss want to know, this is the summary what I did
Sebagai academician bidang engineering, mewar-warkan tugas-tugas kami kepada bos bukanlah perkara utama. Apatah lagi membodek bos. Tapi sape sangka bos tertinggi suka gitu...
Kadang2 bos fakulti kami pulak yang diarahkan buat sesuatu. Hahahha… Bukan kami buli bos, tapi keperluan.. sebagai contoh, bos kena present program baru masa meeting JAF, tarikh bukan bos yang tetapkan, tapi kami JK UPPB yang uruskan.Bos bagi cadangan, tapi yang ‘force’ kamila… Bos pun kami minta untuk settlekan masalah setting internet di Lab Cisco sebab tak dapat kerjasama daripada pihak yang bertanggungjawab.
Dengan itu, saya letak di sini tugas2 yang saya dah buat setiap hari bekerja atau masa2 yang saya berkesempatan untuk laksanakan tugas2 saya.
20/3 Menyertai sesi perkongsian "Research Visibility and Research Grant" oleh PM Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah UniMAP di Dewan Emas UiTMCT Kampus Bukit Besi
4/4 Mesyuarat JK e-learning UiTMCT
Bermula 18/4 Menyediakan MOOC 450 bagi kod ECE354 dan ECE242
9-17/5 Bengkel UPPB - Persiapan dokumentasi untuk pembentangan peringkat JAF kali pertama bagi tahun 2017
Hasil lengkap: Google Drive FKE UiTMCTKD Folder Bengkel Semakan, Cetakan & Justifikasi
15/5 Bengkel Strategi Penulisan dan Penerbitan Jurnal oleh Zairi Ismael Rizman (attend slot pagi shj)
22/5 Mesyuarat UPPB (Perkongsian Mesyuarat JAF pada 18/5/2017 yang lepas)
6/6 Meeting AJK EE Tech News / Tinta FKE

***********************************
13/6 - 20/6 Bengkel UPPB
- Perubahan kurikulum
- Semakan dokumen MQA 01
- Hasil (in progress) : Google Drive FKE UiTMCTKD (fkeuitmt)
Folder Bengkel UPPB 13-20Jun 2017
Folder Bengkel UPPB 13-20Jun 2017
20/6 Meeting CDIO
21/6 Meeting SIG Computing-ICEED 2017
- Hasil Paper ICEED 2017 in progress
- My Task : Students’ Results analysis
Wednesday, June 21, 2017
Behind My first PhD Journey
Dapat offer letter 14 Mei yang lalu, berangannya nak buat preleminary research sebelum register bulan September ni. Selepas Mesyuarat Pra-Jan pada bulan Mei yang lepas, ingatkan boleh la memulakan my first journey for PhD. Namun, sehingga hari ini saya masih tidak berkesempatan menyentuh lagi walaupun kemasukan pelajar-pelajar Diploma pada bulan September nanti. Angan-angan saya bermula bulan Mei 2017 ni, saya ingin meluangkan masa untuk preliminary research dalam bidang Optical Network. Saya jangkakan yang saya mempunyai masa yang agak panjang bermula bulan Mei sehingga Ogos 2017.
Dengan beban tugas yang agak banyak membuatkan saya tidak dapat lagi memulakan tugas saya sebagai bakal pelajar PhD. Saya mempunyai kumpulan SIG (Computing) yang aktif dalam penyelidikan bidang ‘engineering education’ di mana untuk tahun ini, kami banyak mensasarkan penerbitan (ICEED, ICEL, ICON, UTHM TVET journal) dan penghasilan econtent untuk geran ARAS beserta MOOC 450 (bagi kod ECE354). Selain itu, saya juga mempunyai kumpulan SIG (Computer Network) yang baru ditubuhkan (sebenarnya rebranding je) dan turut mensasarkan MOOC 450 (kod ECE242) sebagai KPI pertama SIG. Saya juga bertanggungjawab dalam mengkoordinasi program baru Diploma EE114 sebagai Ketua Unit Pembangunan Program Baru (UPPB) FKE UiTMCTKD. UPPB ni tak payah ceritalah skop tugas dia, sebulan buat bengkel selama 6 hari. 6 hari tu belum tentu complete kerjanya.
Saya cuba organize tapi tak terurus jugak. Sebenarnya disiplin menjaga masa itu yang penting, namun kekangan yang saya hadapi tidak memudahkan untuk saya organize sebaik mungkin. Selepas ini saya harus mencuba supaya saya dapat menyelesaikan semua tugas saya dengan sebaik mungkin. Insya Allah. Walaupun saya bekerja dalam environment yang banyak menyakitkan hati, namun saya suka dan cinta tugas-tugas saya. Kerana itulah saya masih di sini. Semoga Allah memberkati kerja-kerja saya dan rakan-rakan saya yang lain. Ameen.
Sunday, June 18, 2017
Link Resepi Ayam Kerutuk Terengganu
Blog Kak Nor Secubit Garam ni mmg dah jadi main rujukan saya.
http://www.secubitgaramnor67.com/2009/12/kerutuk-ayam.html
Cnp
KERUTUK AYAM K.Nor Style
1 ekor ayam ~ dipotong 4(nak potong kecik2 pun boleh)
3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas
1 cawan santan fresh
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 helai daun pandan
1 bj bawang besar ~ potong 4
2 bj cili merah ~ belah 2
nisan/gula melaka
garam
minyak
bahan penumis (rempah 4 beradik):
1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
bahan yg diblend:
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas
1in kunyit hidup
Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas.
Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
Masukkan ayam dan gaul sebati.
Biarkan rempah mesra kat ayam dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air.
Biarkan hingga mendidih.
Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka.
Masak hingga hampir pekat dan masukkan kerisik.
Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2.
Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai.
Hidangkan panas2.
# Kerutup ayam ni selain dimakan dgn nasi putih, sedap sgt dimakan dgn pulut kuning.
Selain tu best gak makan dgn roti.
Selain penggunaan ayam, boleh tukar kepada daging.
http://www.secubitgaramnor67.com/2009/12/kerutuk-ayam.html
![]() |
Ayam kerutuk versi saya la... |

Saturday, June 10, 2017
Cnp Resepi Sambal Lada Api Telur
Copy daripada FB Resepi Sedap
Cnp
Sambal lada api telur
Bahan2nya
Telo tu rebus dulu...then goreng sampai garing.
Cili api..lada besar.. (cili harus byak)2 biji bwg besar n 3 ulas bwg putih blend kasar.
Asam keping 1 keping
1 biji bwg besar dimayang
Garam n gula secukup rasa
Cara2nya:
Telur yg telah digoreng tadi angkat dan ketepikn.
Goreng bahan2 yg diblend kasar
Masukkn asam keping
Rasakn garam dan gulanya.
Masak sampai garing
Masukkn bwg besar yg dimayang...
Campurkn telo yg telah digoreng tadi
~siap untuk dihidangkn~
resepi ini telah diambil dari fb Nolly Epin melalui perkongsian ke group GeNg SuKa mAsaK & MaKAn SEdAp (SuKmA)

Link Resepi Bubur Lambuk Johor
Saya dah cuba resepi yang diambil daripada FB. Rasanya kurang 'kick'. Kalau bahan2 x cukup, sesuai la. Ni resepi bubur lambuk Johor, ada tambahan sikit, menggunakan rempah beriani, kurma', santan, sup bunjut, kacang kuda dll.
http://www.tiffinbiru.com/2013/02/bubur-lambuk-orang-johor.html
Cnp
http://www.tiffinbiru.com/2013/02/bubur-lambuk-orang-johor.html
Cnp
Bubur lambuk yang ni agak berempah, sebab ada guna sup bunjut dan rempah beriani. Ada yang guna rempah sup atau soto, tapi cm lagi suka guna rempah beriani. Dicampur juga dengan kacang kuda dan kacang tanah (tak letak, stok habis..huhu). Kebiasaanya daging dicampurkan sekali, tapi sebab kat rumah cm ada yang tak boleh makan daging, cm ganti dengan isi ayam. Nak letak daging dan ayam sekali pun boleh. Sedap dimakan panas, kena pulak musim hujan macam sekarang ni. Dah bersedia? Resipi mudah seperti berikut dan satu lagi, cm syorkan guna beras siam untuk buat bubur, tapi kalau takde boleh pakai beras super tempatan....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras siam, cuci dan toskan
12 cawan air
1 cawan santan
1 helai daun pandan, simpul
2 batang serai, diketuk
1 camca besar penuh rempah kurma (Baba's)
1 kiub ayam
1 sup bunjut Adabi
1 cawan kacang kuda, rendam semalaman, toskan
1 cawan mix vege (karot. jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*kisar halus)
1 camca teh lada hitam, kisar halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 genggam pucuk paku merah yang siap disiang
Garam secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Telur didadar nipis dan mayang halus
Serunding secukupnya (cm guna serunding daging)
Sedikit serbuk lada hitam...
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan bahan kisar halus dengan rempah beriani, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecak minyak. Masukkan beras, gaul rata dan masak sekejap.
- Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda (toskan) dan isi ayam. Kacau rata dan masak hingga beras kembang menjadi bubur dan kacang kuda empuk. Tambah mix vege, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Masuk santan, kacau dan jika suka cair, boleh tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan daun pucuk paku merah, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bubur lambuk dengan bahan2 sampingan. Sedap dimakan panas..
Wednesday, June 7, 2017
Cnp Resepi Bubur Lambuk
Ni pun dapat daripada FB pemilik yg sama dgn ikan rebus goreng. Boleh try utk berbuka esok.
Cnp
Bubur
Resepi ini telah dicuba, mungkin daging cincang yang saya masukkan tak cukup banyak menyebabkan rasanya kurang 'kick'. Tapi apapun rasanya seperti bubur sup.
Cnp
Bubur
------------
1 cawan beras dicuci ,
1 sudu teh garam
Sebiji kiub ayam
2 helai daun pandan disimpul
1 batang serai diketuk
1 1/2 inci halia dihiris nipis
(Semua di atas direbus dengan 3/.4 air di periuk- masak sehingga beras bertukar menjadi bubr, kacau sentiasa dan tambah air dalam 3-4 kali)
Bahan lain:
5 biji bawang merah
(dihiris nipis dan digoreng sampai garing)
Isi ayam/ Daging atau udang
(masukkan ketika menambah air kali ke 3)
Bahan kisar:
1 batang serai dihiris
1 sudu teh lada hitam biji
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu rempah sup
1 keping kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
1 sudu udang kering
(1 sudu teh jintan manis dan 1 sudu teh ketumbar biji disangai dahulu)
Bahan hiasan:
Hirisan Cili merah
Daun Bawang /saderi.ketumbar yang dihiris
Cara membuatnya:
Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali
Tumiskan Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang dan masukkan dan bahan kisar sehingga garing (jangan sampai hangus)
Angkat dan masukkan ke dalam bubur.
Kacau mesra di atas api yang sederhana besar.
Perisakan dengan garam.
Masukkan bawang goreng yang telah disediakan seawal tadi,
Angkat dan hidang dan hiaskan dengan hirisan cili dan daun saderi/bawang/ketumbar.

Bubur Lambuk kurang 'kick' |
Cnp Resepi Ikan Rebus Goreng
Ni boleh la try untuk sahur esok. Resepi dapat daripada FB Noora Zhatul Shima CW.
Bahan-bahan :
Ikan kembung / sardin / tongkol atau apa-apa ikan la
ikut suka berapa ekor
5 keping asam gelugor (jika tiada boleh gantikan dengan air asam jawa)
garam secukup rasa
air secukupnya untuk merebus
minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan dimayang
2 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 tangkai cili merah atau cili hijau solok
2 biji cili padi (dipotong kasar)
sedikit limau nipis
Cara Menyediakan:
Ikan dibersihkan dan dipotong.
Rebus ikan bersama asam keping dan garam. (masukkan ikan, asam keping, garam dan air secukupnya dan rebus dalam periuk. rebus sampai air hampir kering. padamkan api.) Sejukkan.
**Ikan rebus ini tahan lama dan boleh disimpansejuk dahulu dalam peti ais sebelum digoreng.
Ambil beberapa ekor ikan dan goreng semula ikan tadi.
Bila dah nak garing (ikut suka tahap kegaringan)
masukkan bawang besar yang telah dimayang
Masukkan sekali hirisan cili.
Goreng hingga garing dan harum.
Angkat dan dihidangkan. Perahkan sedikit asam limau jika suka.
Version saya buat, semasa menggoreng bahan2 yg dimayang, saya tidak campurkan dengan ikan goreng. Saya asingkan ikan goreng, letak tepi. Saya tambahkan sedikit kunyit dan garam sebelum bahan2 yg dimayang tadi diangkat.

Sunday, June 4, 2017
Link Resepi Nasi Goreng Ikan Terengganu
Alhamdulillah. Hari ni kami berbuka nasi goreng ikan ala Terengganu style.... Sejak dah jadi org Ganu ni, mkn pun byk style Ganu la kan... tapi mskn Johor masih lg kekal...
Link resepi http://www.secubitgaramnor67.com/2012/06/nasi-goreng-ikan.html
Cnp
NASI GORENG (IKAN)
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
2 cawan beras* ~ tanak hingga masak dan sejukkan
3 ekor ikan selar/selayang/kembung
3 sudu besar cili mesin
1 bj bawang besar ~ dimesin
2 ulas bawang putih ~ dimesin
3 sudu kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj telur
kacang botol/kacang panjang ~ dihiris
garam
sedikit gula
minyak
Cara:
Goreng ikan yg dah disapu dgn sedikit garam hingga masak.
Perisi ikan dan ramas/tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, kemudian tumis cili mesin hingga garing.
Masukkan bawang yg dah dimesin tadi, dan goreng lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap, sos tiram, garam dan sedikit gula.
Pecahkan telur dan pukul sedikit dgn garfu dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan juga ikan yg dah dihancurkan.
Kacau sebati, kemudian masukkan nasi yg dah dilerai2kan.
Masukkan juga kacang botol ataupun kacang panjang yg dah dihiris.
Kacau goreng hingga rata dan biarkan masak masak seketika.
Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan bersama keropok ikan dan hirisan timun.
Utk rasa yg lebih pedas bolehlah tambah hirisan cili padi
![]() |
Nasi goreng ikan versi saya la ni... |

Friday, June 2, 2017
Link Resepi Nasi Dagang
Next week boleh try buat nasi dagang...
Link resepi http://www.azhan.co/resepi-nasi-dagang-asli-terengganu-dengan-gulai-ikan-tongkol/
Link resepi http://www.azhan.co/resepi-nasi-dagang-asli-terengganu-dengan-gulai-ikan-tongkol/
Saturday, May 27, 2017
Link Resepi Soto Johor
Lama x update blog ni... Rasa lawak betul baca blog sendiri... hasil tulisan org baru nak menulis masa tu.. almaklumla fb lum famous lg, smua share kat blog belaka... lagi satu masa tu rasa macam x ramai org baca...nah, skrg internet dah mcm pisang gorg panas...x de internet mcm x leh hidup!!! ipv4 pun abis since 2015, u can imagine lar... Lagi2 ler zmn elearning skrg ni kan? Blog ni akan diupdate smula sbb ada beberapa info penting utk kriteria kenaikan pgkat ni... tapi cmne info malaun tu blh hilg pulak?
Hari ni 1st day Ramadhan di Malaysia. Sahur pg tadi masak apa? Kami pg tadi buat 2-in-1, lontong blh, nasi berlauk pun blh.. nasi putih, nasi himpit, masalodeh/kobis masak lemak, sambal ikan goreng, ikan goreng, telur rebus dan telur dadar. Ni makanan utk anak2 sekali. Berbuka ni korg mkn apa? Kitorg try soto johor bersama bergedil. Yg ni pun blh jd 2-in-1, soto blh, nasi berlauk pun blh. Hehehehe... Siang tadi anak2 mkn jemput2 udang. Mmg favourite diorg, almaklumla org Tganu kan? Udg, sotong, ikan tu lauk wajib...
Resepi soto blh klik sini https://cikmatahariku.blogspot.my/2015/07/cara-buat-soto-yang-sedap-versi-orang.html
Cnp (kalau2 link tersebut delete, ni ada copynye)
- I ekor ayam – potong 4
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 2 sudu besar serbuk lada putih
- Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
- 1 cawan santan pekat
Bahan Kisar:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 3 batang serai - ketuk
Cara Menyediakan Soto Ayam Johor
- Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
- Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
- Masukkan sedikit santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
- Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.
Bahan Buat Sambal Cili
Sumber : Cik Matahariku
Segenggam cili padi
2 ulas bawang putih
3 sudu makan gula pasir
Kicap lemak manis Jalen ( ikut suka jenama apa)
1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya)
Blend semua bahan sekali dengan kicap.Masukkan sedikit air sahaja.Kicap tu dah boleh larutkan gula cili dan bawang putih dalam blender tu nanti.Boleh jugak goreng dulu cili dan bawang putih, kemudian blend.
Bahan Tambahan Lain:

- Taugeh – celur
- Daun sup – hiris
- Daun bawang – hiris
- Bawang goreng
- Kacang tanah goreng
- Soon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
- Begedil kentang
- Mee hoon – celur
- Nasi Impit – potong kecil
Cara Buat Begedil kentang Untuk Soto Ayam Johor
Sumber : Cik Matahariku
Sumber : Cik Matahariku
- 7-9 biji kentang – digoreng
- 2 pokok daun sup - mayang halus
- Bawang goreng ( anggaran satu paket sederhana bawang goreng )
- 2 biji telur ( untuk menggoreng begedil yang sudah di bulat-bulatkan)
- Garam
- Serbuk lada putih
- Boleh letak daging atau ayam kisar kalau suka
Cara Menyediakan Begedil
- Belah kentang dalam 4-5 bahagian dalam bentuk memanjang sebelum digoreng.Kemudian toskan air barulah digoreng sehingga kekuningan.
- Masukkan kentang dalam bekas yang boleh dilenyek dengan mudah.Masukkan juga semua bahan seperti bawang goreng, daup sup.Boleh gunakan alu lesung batu bila nak lecek kentang tu.Masukkan sekali serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
- Bila kentang dah sebati dengan semua bahan,bolehlah buat bebola kentang.Ikut kita nak besar mana.Kalau saiz bebola kentang kecil, lagi senang nak ngap kan.muehee.
- Masukkan begedil yang sudah dibulat-bulatkan dalam bekas kedap udara.Simpan dalam peti sejuk sekitar 1-2 jam sebelum di goreng.
- Masa nak menggoreng begedil, pecahkan telur dalam bekas dan letak sedikit garam.Celupkan begedil dalam telur tadi dan goreng dengan api sederhana.
Yg ni version saya edit sikit.
Cara penyediaan sup, saya chop bawang, halia dan kunyit guna Tupperware Turbo Chopper. Kmdian gaul bersama jintan manis, jintan putih dan lada putih.Saya tidak menggunakan serai dalam penyediaan sup.
Goreng bawang putih dulu sampai naik bau, kmdian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, last baru bhn2 yg dichop tadi.
Bagi penyediaan sambal kicap, saya gunakan juga bawang merah yang dichop bersama-sama bawang putih dan cili.
Kat fb ramai share resepi bersahur dan berbuka. Jom kita try. Senang kan skrg nak memasak? Ramai org share ilmu memasak di internet.

Soto Johor versi saya |
Kat fb ramai share resepi bersahur dan berbuka. Jom kita try. Senang kan skrg nak memasak? Ramai org share ilmu memasak di internet.
Monday, May 1, 2017
Sunday, January 1, 2017
Fahami behaviour yang mempengaruhi attitude orang pelbagai bidang
Saya seringkali mendengar keluhan dan rasa tak puas hati daripada pihak2 yang bukan daripada fakulti saya. Sebenarnya tak susah untuk bekerjasama dan tak payah la nak bising2 tak puas hati itu dan ini. Ahli2 fakulti kami sedia memberi kerjasama. Namun di sebalik itu, kami memohon agar semua pihak memahami style kami. Kebanyakan kami tidak berminat kerja2 pengurusan tetapi kami boleh membantu sebagai ahli jawatan kuasa. Beritahu kami apa task yang kami perlu buat dan Insya Allah kami laksanakan. Walaupun begitu, ada juga di antara kami yang berminat kerja2 pengurusan, namun tidak seramai mana. Kami sebenarnya lebih berminat dan fokus kepada bidang kami yang memerlukan pembacaan, eksplorasi dan praktikal yang lebih. Oleh yang demikian, kami memerlukan masa untuk melaksanakan tugas2 kami dalam bidang kami. Kalau anda perlukan masa sejam untuk membaca, kami perlukan 5 hingga 10 jam untuk mendalami ilmu tersebut. So, please jangan nak pertikaikan kami tak join itu dan ini. Sebenarnya tugas2 fakulti dah cukup banyak kami buat, kami bukan jenis yang mencanang satu kampus kerja2 yang kami dah buat.
UiTM cawangan tak praktik tugas pensyarah 7P. Di sini lebih kepada ATA dan ATS yang menjadikan 7P kepada ATP. ATA adalah amanah tugas akademik iaitu jadual pengajaran. Bagi saya ATA di sini tak fair sebab tak ambil kira jam supervision dengan pelajar FYP. Lebih2 lagi kalau dapat lebih daripada satu kumpulan FYP. You can imagine lar berapa jam jumpa diorang seminggu. So supervision dengan student FYP kini dikira sebagai ATP. ATP adalah amanah tugas pensyarah termasuklah KPI2 yang lain, yang ada dalam SKT tu. Tapi ATP kurang mendapat penekanan di sini sedangkan ia adalah KPI kami. Yang sering menjadi isu adalah ATA. Minimum jam pengajaran di sini adalah 15 jam face-to-face seminggu. Disebabkan hanya ATA yang menjadi priority di sini, research, penulisan dan penerbitan serta lain-lain dianggap tidak penting dan sekadar untuk memenuhi KPI sahaja. Dengan kata lain, "asal ada".
Yang baru balik PhD sebenarnya semangat berkobar-kobar nak teruskan dan mengembangkan ilmu yang ada di dada. Tapi peluang mendapat pelajar master dan juga peluang untuk membuat research adalah sangat rendah. Kesian kan? Itulah hakikat di sini. Namun kami sabarkan jua kerana minat kami adalah mengajar anak bangsa. Walau kami dicerca, dihina, di'kaki2'kan, kami tetap bersemangat mengajar anak2 didik kami. Semoga mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Ameen.
Bagi pensyarah yang kurang berminat dalam research, mereka tidak mempertikaikan hal ini. Namun bagi sesetengah yang menganggap ia penting kerana di mana-mana universiti 7P diberi penekanan, hal ini sangat sensitif. Namun, yang mampu kami lakukan adalah pendamkan sahaja dan teruskan sahaja apa yang mampu dibuat. Tolong jangan bandingkan kami dengan kehebatan pensyarah-pensyarah di universiti lain kerana kami di sini mengutamakan pengajaran sahaja. Yang lain-lain, dikira sampingan. Bukan salah kami. Environment kami di sini begitulah.... Yang passion terus tenggelam, yang boleh bernafas pun, sekadar bernafas ala-ala nak lemas...

Subscribe to:
Posts (Atom)