Friday, June 30, 2017

Persengketaan Keluarga Siri 1

Sekiranya persengketaan ini berterusan seabad lagi, ketahuilah ceritanya ada di sini, ketahuilah bukan kami yang memulakan dan memutuskan tali silaturrahim yang sudah lama terikat kukuh. Adakah benar tindakan mereka memutuskan silaturrahim? Apakah kebaikan yang mereka dapat dengan melakukan sedemikian? Kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kekayaan dan ganjaran pahala berlipat ganda? Sebagai seorang yang waras dan berpegang kepada ajaran Islam, adakah tindakan memutuskan silaturrahim itu suatu tindakan yang betul dan berlandaskan Islam? Apatah lagi memutuskan hubungan dengan ibu bapa saudara dan atok darah daging sendiri!!!

Persengketaan ini melibatkan ahli keluarga yang dahulunya akrab tetapi kini terpecah kepada dua; abang(RA) dan dua orang anaknya (AN & AAM) adalah sekutu beserta seorang kembar (AKKM) pun sekutu juga, cuma masih saling berhubung utk jadi orang tengah yang hanya sampaikan mesej, dan sekutu lain adalah aku, kakak dan adik yang membela kedua emak dan abah.

Persengketaan keluarga bermula setelah aku sedar kesalahan abang kepada emak yang sering menjadi sebutan emak berkali-kali. Walaupun kesalahan abang itu telah pun berlalu lebih kurang 25-30 tahun yang lalu, namun ia sering menjadi sebutan emak. Setiap kali aku pulang ke kampung, kesalahan itulah yang sering emak luahkan. Emak betul-betul berkecil hati. Mana taknya, dia makan nasi goreng emak masak, dia sakit perut dan dia tuduh emak nak bunuh dia! Sampai masa tu abah pun marah dia. Menyedari hal ini dan demi kasih sayang aku terhadap abang, aku menceritakan hal ini kepada kakak yang lebih tua daripada abang dan meminta kakak untuk menasihati abang. Aku lebih senang kalau kakak yang menasihati abang kerana kakak adalah anak yang sulung. Sayang seribu kali sayang, abang berubah ke arah yang lebih memeranjatkan.

Di mata adik (Yus), persengketaan keluarga mungkin bermula apabila dia berani melawan abang. Jika tidak mengetahui cerita ini, sudah tentu orang akan menyangka Yus yang kurang ajar kerana mengherdik dan meninggi suara kepada seorang abang yang lebih tua daripadanya. Cukuplah diringkaskan kisah Yus yang begitu menyedihkan sejak belajar di IPT. Hidupnya seringkali diganggu oleh tohmahan dan fitnah abangnya sendiri. Sepanjang tempoh dia diganggu abangnya, manakala aku dan kakak tidak berbuat apa-apa kerana tidak mengetahui cerita sebenar. Yus pula menyendiri ketika itu. Alangkah sedihnya aku dan kakak apabila baru kini mengetahui cerita sebenar adik yang seringkali ditohmah abang sendiri sehingga gagal menghabiskan diploma pertamanya. Alhamdulillah, Yus masih kuat dan menyambung diploma di IPT yang lain dalam bidang yang berbeza sehingga tamat dengan baik (CGPA 3.0 lebih).

Di mata kakak pula, persengketaan ini mungkin bermula selepas kakak tidak lagi menyokong kata-kata abang, malah menyokong adik dan menasihati abang supaya memohon ampun kepada dua emak abah selagi berpeluang. Sayang seribu kali sayang, abang semakin menjadi-jadi. Abang  mula mengungkit perkara-perkara silam dan menokok tambah cerita yang menjadikan aku, kakak dan Yus bersalah semata-mata serta mempengaruhi kedua-dua anaknya agar memulaukan kami dan emak abah juga. Masya Allah, lantak ko lah angah!

Aku juga dipersalahkan kerana gagal dalam perdagangan forex yang membuatkan abang kerugian mungkin sehingga beratus ribu. Duit modal abang yang sudi keluarkan (cuma 10k aje balance duit kwsp aku yang dia pinjam), dan kesemua modal ini bukan dikira hutang aku dengan abang. Abang yang sudi keluarkan modal dan yang jalankan forex adalah aku. Tapi kenapa dia tak suruh anak dia sendiri belajar forex? Sebab anak2 dia tak leh pakai? Banyak faktor yang menyebabkan kegagalan dalam perdagangan forex ni termasuk gangguan abang yang tamak dan tak sabar ni, selain daripada forex haram dan guru entah apa-apa. Aku redha kerana apa yang berlaku dalam hidupku adalah ujian dan kifarah Allah swt serta sebanarnya mendapat lindungan Allah. Bersyukur tak makan hasil haram daripada perdagangan forex.

Abang dulu mempunyai perniagaan dan kewangan yang mantap dan stabil. Namun kini, perniagaannya sudah jatuh merudum. Oleh kerana abang juga mengalami masalah kewangan, kereta yang digunakan oleh anaknya (asalnya kereta ini dibelikan untuk kegunaan abah) harus dibayar setiap bulan dan aku yang sememangnya mempunyai masalah kewangan perlu menanggung bayaran bulanan dua buah kereta yang menjadikan bayaran bulanan menjadi tertunggak kerana kesempitan kewangan. Apabila mendapat peluang pinjaman peribadi, aku cuba bayar ansuran kereta-kereta tersebut, sehingga akhirnya sebuah kereta berjaya dilangsaikan. Kereta yang dipakai anak abang itu masih lagi terdapat tunggakan yang menyebabkan kuterpaksa meminjam daripada kakak dan malangnya tidak berjaya untuk diselesaikan sehingga akhirnya tertunggak selama lima bulan apabila suamiku kurang mendapat ‘job’ sepanjang tempoh musim hujan. Aku asalnya bercadang untuk membincangkan hal tersebut kepada abang dan kakak ketika pulang ke kampung semasa majlis perkahwinan anak lelaki abang. Sayangnya, lain pula yang berlaku membantutkan hajatku untuk berbincang hal tersebut. Lagipun pernah memaklumkan kepada abang tentang ketidakmampuan aku, tapi abang cuma cakap dia pun tak boleh nak tolong bayar.

Kakak ada memberitahu bahawa abang mula mengungkit dan menyalahkanku dalam hal kerugian perdagangan forex dan membuat tohmahan yang aku sengaja ingin menjatuhkan abang sendiri. Astaghfirulah al-azim… mengucap panjang aku mendengar cerita fitnah ini. Busuk betul hati aku kat angah ye selama ni? Dah kaya-raya aku agaknya nak jatuhkan kau? Yang lebih mengejutkan lagi, abang telah membuka cerita malaun keparat tu kepada suami anak saudara yang baru berkahwin dan baru berjumpa buat pertama kalinya.

Mendengarkan tuduhan ini, aku terus membantutkan hasrat untuk berbincang berkenaan bayaran kereta yang tertunggak sehingga kereta tersebut akhirnya ditarik. Dan menggunakan duit tabung haji abah, bayaran keseluruhan kereta Myvi selesai.

Sebenarnya aku boleh je cakap macam ni, "Ko, angah mungkin boleh jadi punca malaun tu tipu aku sebab pd thn 2007 dulu ko yang tak bagi aku kawin dgn laki aku sekarang ni, jadi kalau aku dah kawin dgn laki aku sekarang ni pd thn 2008, tak perlulah aku bertemu dgn malaun keparat tu pd thn 2009!" Kalau tidak kerana abang yang menentang keras keinginanku untuk berkahwin pada tahun 2007 dulu dan menghasut seluruh ahli keluarga untuk menentang, sudah pasti semua ini tidak berlaku. Tapi aku masih waras dan masih ada lagi setitis iman di dada. Aku langsung tidak menyalahkan abang dan terus berbaik dengan abang seperti biasa,  malah menganggap perkara itu sebagai ujian dan kifarah Allah swt. 

Semoga keluarga kita semua dilindungi daripada persengketaan yang berterusan. Semoga semua pihak diberikan hidayah Allah swt. Semoga akhirat kita mendapat pengampunan daripadaNya yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger