Rasa terkilan dengan sikap ahli keluarga yang tidak tahu berkenaan ekonomi keluarga kami bertindak sedemikian... walaupun dia tuan punya kenderaan itu yang mengeluarkan duit untuk repair tetapi tidak mampu drive kerana buta, yang menjaga dan repair kenderaan itu adalah suamiku. Disebabkan ketidakmampuan kami untuk membaiki kenderaan kami sendiri buat masa ini, jadi kami menggunakan kenderaannya untuk ke kampungku. Itu sahaja yang kami gunakan. Ke pejabat dan ke mana2 sahaja yang tidak jauh, aku dan suami masih lagi drive kereta sendiri. Keretaku memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi supaya boleh dibawa jauh. Disebabkan kekangan2 dalam masa ini, jadi kami terpaksa menangguhkan untuk repair kereta itu meskipun suamiku mekaniknya. Kami bercadang untuk ke kampung menggunakan kenderaannya.
Reaksinya mengetahui kami menggunakan kenderaannya untuk ke kampungku sangat menjengkelkan. Dia tak nak pahala agaknya. Kereta tu pun bukan dia boleh drive, nak biar sekong ke apa? Kalau dia nak minta org lain drivekan, bagitahu sahaja, nanti suami hantar kereta itu ke kediamannya. Reaksinya itu yang menjengkelkan buatkan aku rasa nak cakap kat suami tak payah guna dan jaga kereta dia lagi.
Sebenarnya kereta itu dinamakan atas nama suamiku. Kononnya sebagai penjaga. Kalau kami berduit, bukan sahaja menjaga malah semua kami tanggung termasuk mengubahsuai kereta itu supaya lebih selesa. Kami bukan jenis berkira. Apakan daya, kami belum dianugerahkan Allah rezeki yang melimpah.
Kasihan suami apabila drive jauh2, seat yang sangat tidak selesa. Adikku yang baru sahaja drive untuk mengubah kedudukan parking pun tak sanggup drive keretanya kerana seat yang sangat tidak selesa itu.
Aku tahu yang ramai orang tidak tahu masalah kami. Tapi tak boleh fikirkah dengan tengok cara hidup kami yang sangat bersederhana ini? Alhamdulilah, aku tetap bersyukur kepada nikmatMu Ya Allah.

No comments:
Post a Comment