Siri ke2 lum tayang lagi..ni kasi balai la punya cerita...
Laporan polis ini dibuat atas dasar
untuk menjaga kepentingan dan hak ibu bapa dan adik-beradik kami. Kami menolak RA
no K/P sebagai pemegang amanah bagi segala hak ibu bapa kami dan kami tidak
sekali-kali menolak haknya sebagai anak kandung kepada kedua ibu bapa kami. Laporan
ini dibuat rentetan daripada sikapnya serta kedua-dua anaknya iaitu ASN no K/P
dan AAM no K/P bermula sejak akhir 2016.
Persengketaan dan perselisihan
faham ini memuncak semasa Hari Raya Aidilfitri tahun 2017 apabila RA memanggil
pihak polis ke rumah ibu bapa kami dan mendakwa berlaku pergaduhan besar antara
adik dan anak perempuannya serta menantu perempuannya, sedangkan sebenarnya
yang berlaku hanyalah bebelan kami atas sikap mereka yang keterlaluan terhadap
kedua ibu bapa kami sepanjang tinggal bersama ibu bapa kami.
Sebelum berlaku persengketaan, kami
menasihati RA supaya memohon maaf kepada emak kami, AK no K/P kerana emak
berulangkali menyebut rasa kecil hati atas tindakan RA berpuluh tahun dahulu.
Ditambah pula dengan sikap AAM dan isteri yang tinggal serumah dengan ibu bapa
kami sebelum ini yang menambah beban dan rasa kecil hati ibu bapa kami. Lantaran
tidak berpuas hati dengan nasihat kami yang dirasakan mencari kesalahannya, RA
bertindak mempengaruhi kedua-dua anaknya tersebut supaya meletakkan
perselisihan faham ini atas kesalahan emak kami. Dia juga turut menokok tambah
pelbagai dakwaan yang kononnya menyebelahi dirinya. Dia turut memfitnah
adik-beradiknya dalam pelbagai hal.
Dakwaan-dakwaannya termasuklah pembinaan
rumah ibu bapa kami yang dikatakannya dibiayainya sepenuhnya sebanyak lebih
kurang RM80k. Dia juga telah menyatakan harga rumah ibu bapa kami bernilai
RM400k dan meminta kami dua beradik (MNM dan RN) membayar nilai tersebut
kepadanya. Menurut abah kami anggaran jumlah keseluruhan rumah ibu bapa kami
yang dibiayainya lebih kurang RM30k termasuk cermin, siling, atap, tiang ruang
beranda dan kayu. RM16k untuk cabinet dapur juga dibiayainya. Pembelian simen,
mozek dan tiang berkongsi dengan abah kami. Bayaran upah ditanggung abah kami
100% iaitu bernilai RM40k++. Secara keseluruhannya, kos pembinaan rumah ditanggung
lebih oleh abah kami. Sebelum persengketaan ini berlaku, kami menyangkakan dia
membantu membiayai kos pembinaan rumah ibu bapa kami atas dasar tanggungjawab sebagai
anak lelaki dan anak-anak mereka pula tinggal bersama ibu bapa kami.
Semasa kehadiran polis di rumah
ibu bapa kami pada Aidilfitri tahun 2017, dia menyatakan bahawa tidak menoreh di
kebun ibu bapa kami dan tidak mengambil hasil dari kebun ibu bapa kami. Sebenarnya
tiada sesiapapun mempertikaikannya menoreh di kebun ibu bapa kami. Kami tidak
tahu apa tujuannya menyebut hal tersebut. Selama ini memang dia menoreh di
kebun ibu bapa kami dan ibu bapa kami membenarkannya. Dia juga pernah meminta
abah kami untuk menjual hasil getahnya dan mendakwa memberikan hasil getahnya
kepada abah dan dia hanya mengambil sekadar RM20-RM30 sahaja. Namun, dakwaannya
itu adalah sebaliknya yang berlaku. Abah hanya mengambil sekadar untuk mengisi
minyak motor sahaja.
Tuntutan-tuntutan tidak berasas daripadanya
dan juga kedua-dua anaknya terhadap kereta Myvi ABC1234 atas nama MNM semenjak
kereta itu berada di bawah jagaan abah kami. Tujuan asal kereta itu dibeli
untuk kegunaan abah kami oleh MNM. Setelah abah menggunakan kereta Proton manual,
kereta Myvi tersebut diserahkan kepada anak perempuan RA (ASN) untuk menjaganya
bagi memudahkan membawa emak kami ke klinik terutamanya. Kereta Myvi tersebut bukan dipindah hak milik,
cuma ASN ditugaskan sebagai pemegang amanah. Apabila MNM mengalami masalah
kewangan, abah kami seringkali membayar ansuran bulanan kereta tersebut dan
kadang-kadang dibayar oleh RA. Sepanjang tempoh tersebut, pembaharuan cukai dan
insurans kereta tersebut ditanggung oleh abah kami kecuali sekali pada tahun
2018 apabila mereka enggan memulangkan kereta tersebut kepada abah kami.
Kebanyakan maintenance dan kerosakan ditanggung oleh abah kami walaupun ASN
yang menggunakan kenderaan tersebut. ASN dan AAM telah menyebabkan kemalangan (ASN
beberapa kali) dengan kereta itu sebelum persengketaan berlaku. Kami telah meminta
ASN memulangkan kereta tersebut semasa persengketaan berlaku, namun tidak
diendahkan. Apabila berlaku kemalangan semasa persengketaan, akhirnya kereta tersebut
berada di bawah jagaan abah kami semula. Malangnya abah kami terpaksa mengeluarkan
banyak duit untuk membaiki kereta tersebut akibat kemalangan tersebut dan juga disebabkan
kereta itu tidak dijaga dan diselenggara dengan baik. Pada Aidilfitri tahun
2018, AAM telah meminta rim dan tayar Myvi tersebut dan rim telah dipulangkan
kepadanya. Tayar yang didakwa miliknya telah pun rosak kerana kemalangan dan
tayar tersebut tidak berkualiti. Bagi kami mereka tidak berhak untuk menuntut
apa-apa kerana abah kami telah banyak mengeluarkan duit bagi kereta tersebut
sejak 2009 walaupun semasa di bawah jagaan ASN.
Dengan pelbagai tuntutan daripada
pihak RA, seolah-olah mereka yang lebih berjasa daripada abah kami, disertakan juga bantuan daripada abah dan hutang abah kami kepadanya. (Pembinaan kedai separuhnya dibiayai abah kami dan pinjamannya melalui duit tebang pokok getah dan lain-lain RM20k)... incomplete..sambung nanti...
No comments:
Post a Comment