Thursday, July 26, 2018

Perjumpaan setengah tahun LNPT/SKT 2018 bersama KPP


Dah nak habis tahun, baru tahu sasaran yang perlu dipatuhi. Ni memang gila orang bisnes punya kriteria. Mana leh nak samakan dengan orang engineering!!! Ntah apa peel kampus ni semua nak ikut style bisnes!!! Main campus Shah Alam dah bagi KPI suh fokus buat research & publication, ko tambah pulak dengan aktiviti2 sosial ko dalam SKT ni!!! Dah la aktiviti sosial ni tak dikira jam bekerja dalam ATP!!! Ko ingat aku ni banyak masa nak bergembira bersosial macam ko ke? Time is too too too constraint, paham x? Timer HCS12 aku tak khatam lagi. PhD aku lagi jauhla. Ko ingat study 1,2 jam dah boleh khatam ke? Makan bulan, ngerti? Yang ko nak nambah stress aku ni pehal? Mangkuk betul!!!!!!!!!!!

K3 Khidmat Universiti dan Masyarakat

Pilih yang berkenaan bagi kesetaraan JAM K3:

i. Menganggotai 5 jawatankuasa setahun (Ketua / Ahli) di peringkat Jabatan / UiTM / Kebangsaan / Antarabangsa (Surat lantikan)

ii.    Aktiviti penjanaan pendapatan / penjimatan (Surat lantikan)

iii.   Mewakili universiti dalam sukan / lain-lain aktiviti (Surat lantikan)

iv.  Keahlian dalam badan profesional / bukan profesional (Surat keahlian)

v.    Menjadi penyelaras / pensyarah sumber (RP) / Lecturer incharge (LIC) / penasihat akademik / penasihat persatuan / kelab / penasihat projek pelajar

vi.  Melibatkan diri dengan 3 projek atau aktiviti pembangunan pelajar sesemester

Yang atas ni kira ok la sebab follow ATP, tapi yang bawah ni ketiga2 kriteria kena buat. Gila ke gila? dahla no (vi) tu dah ada, nak tambah lagi menghadiri 6 aktiviti pelajar. Ko ingat aku ni RS ke? Jam latihan tu no problem sebab memang SKT tahunan sejak dulu lagi. Tapi yg ke ii tu, gila x gila nak buang masa aku sungguh! Aktiviti peringkat UiTM yang tidak melibatkan jam latihan, setakat 2,3 aktiviti bolehlah join. Korang ni tak reti hargai masa orang yang struggle macam aku ni ke? Sape buat SKT yang menyusahkan orang ni hah? Permudahkan urusan orang lain kan, ganjarannya urusan hidup ko jugak dipermudahkan. Ko ni x de perasaan ke hah? Selfish!!! Moga2 dapat balik kat ko sebijik!!! Member2 cakap, aktiviti peringkat fakulti pun dikira untuk melengkapkan kriteria ni. Really? Korang nak cool downkan aku ke cakap gini?

Lain-lain:
i.      Menghadiri 3 aktiviti pelajar sesemester
ii.   Menghadiri sekurang2nya 10 aktiviti peringkat  UiTM setahun 
    iii.  Menjalani 42 Jam Latihan Setahun



No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger