Petang tadi tengok Bersamamu TV3. Berulang kali si ibu, Pn Masridah Mansor yang juga OKU menyebut "Tiada siapa tolong kami..." Mana golongan kaya2 yg mampu membeli Lamborghini tapi cuma drive 6 kali shj, yang mampu hidup mewah berlebih-lebihan? Tidakkah itu pembaziran? Adakah itu tidak akan ditanya Allah nanti? Kenapa tak salurkan sahaja duit untuk membantu keluarga seperti ini dengan menyalurkan bantuan kewangan setiap bulan bagi meringankan beban mereka? Kalaulah saya semampu itu, akan kucari golongan seperti ini untuk dibantu.
Walaupun Lembaga Zakat Selangor telah cuba membantu keluarga ini untuk memindahkan mereka ke rumah yang lebih baik, tetapi si suami enggan. Mana taknya? Kalau dapat rumah teres atas tanah pun belum tentu dapat tanah untuk berkebun dan hasilnya boleh dijual. Walaupun tak dapat berkebun seluas berhektar2, rasanya cukuplah untuk keluarga ini bercucuk tanam bagi menyara kehidupan harian. Harap Zakat Selangor carilah rumah yang sesuai untuk mereka.
Semoga keluarga ini tabah dan anak2 berjaya suatu hari nanti. Ameen.
No comments:
Post a Comment