Sunday, September 9, 2018

Tips duduk sebumbung dengan mertua

Tidur semula selepas terjaga pukul 5.00 pagi tadi  kerana kepenatan membuatkan saya bermimpi dan dalam mimpi itu saya sangat marahkan perempuan itu yang telah mengguris hati emak saya. Suasana  mimpi itu adalah rumah kayu emak abah yang lama, yang seringkali saya rindui. Suasana 80-an dan 90-an yang amat-amat dirindui. Meskipun hanya rumah kayu, kehidupan yang serba kekurangan, namun tak pernah rasa kekurangan. Bagaimana perempuan itu ada di rumah yang dia tidak pernah lihat pun? Saya tidak berapa ingat mimpi itu berkisar apa, tapi seolah-olah ia ulangan perkara sebenar tapi berada dalam suasana rumah kayu yang penuh kenangan itu.
Yang empunya diri seolah-olah nampak macam tidak melakukan sebarang kesalahan, tetapi hati ibu mana yang tidak terasa... kalau dahulu ibu bapa mertua perempuan itu yang buat terhadap emakku, kini anak menantu mereka pula... Kalau dah berumahtangga, tinggal pula serumah dengan datuk dan nenek yang sudah tua, pandai-pandailah jaga diri. Disebabkan tidak pandai jaga diri inilah yang telah menyebabkan perselisihan keluarga makin memuncak.
Bagaimana membawa diri kalau tinggal sebumbung dengan keluarga mertua? Kat sini saya listkan perkara2 yang perlu dibuat. Kalau tak sanggup, jangan duduk sebumbung dengan ahli keluarga mertua. Rasanya bukan mertua je, dengan ahli keluarga sesiapun kalau menumpang.
  1. Kena ambil hati ahli keluarga mertua - bersembang2, tolong kerja2 di dapur, tolong2 kemas, sapu & mop rumah , tolong basuh bilik air
  2. Jangan menyusahkan datuk dan nenek - kalau guna barang2 dapur, tolong topupkan jugak, jangan tau perabis je (kau ingat atok kau billionaire ke?), tolong2 tambah bayaran bil2 air dan elektrik, dah pandai sidai baju di luar, angkat la sendiri (aik, dia buat emak aku macam hamba dia pulak!!!)
  3. Perkakasan2 dalam rumah, kalau guna bersama2 kenalah bertanggungjawab. Kau guna mesin basuh semi auto, lepas tu kau tinggalkan yang tak siap dibasuh dalam mesin sedangkan orang lain pun nak guna juga. Selfish kan peel gini? Bengang emak aku yang nak guna mesin basuh pagi2. (mentang2 mesin basuh ni laki dia punya, bolehlah selfish gitu. last2 emak aku tukar semula letak mesin basuh emak kat situ)
  4. Kalau berlaku perselisihan faham antara ahli keluarga mertua, jangan masuk campur. (macam dia tau kisah persengketaan keluarga ni, padahal dia baru je join this family)
  5. Bercakap jangan kurang ajar macam kau aje lah yang betul, sempurna dan tahu agama. (kau hentak tangan ko atas meja, emak aku terkejut)
Ni lah antara pantang-larang yang kau langgar sampai emak aku berkecil hati (free2 je dosa kau dapat). Mana2 perempuan yang spesis macam ni jangan duduk dengan keluarga  mertua atau orang lain, nanti dibenci orang perangai spt ini. Tinggalah sebumbung dengan suami anda je. Kalau tak, pasti anda rasa andalah yang betul. Test la duduk rumah orang lain buat perangai macam tu. 10 rumah, 10 kalilah kau kena halau!!!


1 comment:

  1. Abang ipar aku mengahwini kakak pada tahun 1987. Tidak pernah sekalipun dia join apa2 perselisihan faham meskipun melibatkan kakak. Suamiku juga begitu, tidak pernah mencampuri apa2 perselisihan yang berlaku. Yang ni baru kahwin tahun Disember 2016, gaduh raya 2017 dia lagi yang lebih2... sampai emak pun terperanjat masa tu...

    ReplyDelete

Powered By Blogger