Friday, September 7, 2018

Persepsi mengajar subjek yang sama....

Ramai beranggapan mengajar subjek yang sama setiap semester memudahkan, kerana tidak perlu bertungkus-lumus nak study. Bagi saya itu tidak benar. Jika anda mengajar calculation, kemungkinan cara anda mengajar itu yang perlu pelbagai tetapi calculation itu tetap sama. Tapi kalau anda mengajar teknologi, adakah teknologi itu tidak berubah?
Meskipun saya seringkali mengajar subjek yang sama, setiap semester ilmu saya akan bertambah. Namun masih belum menjadi hebat dan pakar. Ada juga tersalah tafsir pada permulaannya. 
Bagi yang berfikiran bahawa mengajar subjek yang sama memudahkan, saya cabar anda untuk jadi orang yang lebih banyak ilmunya berbanding tahun-tahun sebelum ini. Bukan menjadi orang yang hanya tahu membuat soalan exam dan menjawabnya sahaja. Sahutlah cabaran saya...

Saya pernah tersilap:

  • Konsep memory capacity
  • Perbezaan CPU dan microprocessor (MPU)
  • Smartphone's processor
  • Private and public IP
  • Connectionless vs connection-oriented
  • Design of LAN 


Alhamdulillah, apabila diberi peluang mengajar subjek yang sama, saya cuba perbaiki daripada pelbagai sudut. 


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger