Sepatutnya cakap awal2 sebelum bagi aku duit yang semua ni loan. Baru aku betul2 kenal kau, angah. X de lah aku tertipu selama ni... Kalau bagitau aku awal2, mmg sesen pun aku tak ambil. Sekurang-kurangnya aku dah tahu hati budi engkau awal2, ngah. Orang perangai macam engkau aku akan jauhi awal2 lagi. Untung Yus dah kenal ko awal2 lagi. Semoga engkau mendapat hidayah dan balasan setimpal.
Kalau aku tau awal2 lagi, aku dah cari scholarship. UiTM pun tengah ada scholarship masa tu, TPM. X de lah aku nak guna duit dia. Nyesal sebenarnya tapi mana aku tau dia sebenarnya adalah manusia macam sekarang ni. Jadi, dia dulu hanya bertopeng aje lah yek?
Entah bila kala aku bercerita tentang dosa dan pahala, aku cuma quote ayat Quran aje dengan sikap dia. Semua tu ada dalam blog aku ni. Apa yang aku post, ada dalam blog ni belaka.
Entah bila kala abah minta tolong dia? Setahu aku degree memang abah yang support aku sepenuhnya, dia sudilah bagi mengikut kemampuan dia masa tu. Sekarang dah jadi hutanglah. Masa aku master, memang dia bayarkan yuran aku 3 semester dan topup duit belanja mingguan. Tapi abah tetap tak lepas tangan. Aku dah cerita dalam entry sebelum ni. Dia perasan macam dia support 100%. Aku kalau berduit, memang aku tak lupa nak bagi kat dia, tapi buat masa ni aku tak mampu, aku hanya bagi kat emak sahaja.
Disebabkan dia dah luahkan niat sebenar dia support aku selama ni, aku tak rasa respect lagi kat dia. Kalau selama ni aku tak pernah buang dia, sekarang aku pulak nak buang dia. Aku tak perlu lagi ada rasa kasihan kat dia.
Doakan aku berduit lebih supaya boleh bagi dia RM500k, tak de nye aku nak bagi berjuta, tak sampai sejuta pun dia bagi kat aku duit. Dulu, ada juga rasa nak bagi berjuta kat dia kalau Allah rezekikan, tapi skrg dah tak rasa perlu.
Tak de tipu helah dalam forex. Memang duit tu semua broker yang telan belaka! Dia pun ada try juga guna duit betul, untung tak buat masa tu? Kena telan jugak kan? Nota2 forex aku ada kat dia, dah pandai?
Cerita asal forex ni, aku minta dia duit balance RM10k yg dia pinjam (duit KWSP aku). Asalnya RM30k, tp dia dah pulangkan ansur2. Jadi aku cakap aku nak guna duit tu untuk modal forex. Tetiba dia yang lebih2, bagi aku modal, suh aku buat sorang! Ko rasa? Tak sudah2 meratib duit forex. Gi belajo dulu, nanti ko taulah forex tu beRISIKO TINGGI. Tapi buat apa? HARAM oi!
Pelik betul tanggung anak yang dah bekerja dan berkahwin, anak lelaki pulak tu!
Sedih betul ada abang kandung macam ni... Macam aku cakap, kalau aku kenal dia dari awal lagi yang dia adalah seperti sekarang ni, tak lah aku peduli dan rapat dengan dia. Aku bukan nak duit dia, sebab dia abang aku. Aku sangkakan selama ni dia ber'bakti' tu sebab rasa tanggungjawab sebagai abang dan nak kumpul pahala. Rupa-rupanya memang akhirat bukan tujuan hidup dia. Memang hati dia cuma nak DUIT semata-mata. Bayangkan aku dah quote ayat Quran pun tak terlintas langsung di hati dia sedikit pun HIDAYAH...
Kamu tanggunglah sendiri atas perbuatan kamu. Kamu tak pernah rasa bersalah walau telah ditegur. Bukan mencari kesalahan, tapi minta untuk berubah dan mohonlah maaf atas kesilapan sementara masih ada masa. Macam aku cakap, asalnya ditegur, selepas ditegur terus sentap dan cari kesalahan semua orang yang menegur dan putuskan hubungan keluarga. Aku bersyukur sebenarnya kamu yang putuskan hubungan kekeluargaan ini sebab aku dah tak kenal kamu semua sekarang. Perangai dan hati kamu yang sebenar ternyata sudah timbul kini. Sebelum ni hanya luaran sahaja, atau mungkin topeng sahaja yang aku nampak.