Sunday, January 1, 2017

Fahami behaviour yang mempengaruhi attitude orang pelbagai bidang

Saya seringkali mendengar keluhan dan rasa tak puas hati daripada pihak2 yang bukan daripada fakulti saya. Sebenarnya tak susah untuk bekerjasama dan tak payah la nak bising2 tak puas hati itu dan ini. Ahli2 fakulti kami sedia memberi kerjasama. Namun di sebalik itu, kami  memohon agar semua pihak memahami style kami. Kebanyakan kami tidak berminat kerja2 pengurusan tetapi kami boleh membantu sebagai ahli jawatan kuasa. Beritahu kami apa task yang kami perlu buat dan Insya Allah kami laksanakan. Walaupun begitu, ada juga di antara kami yang berminat kerja2 pengurusan, namun tidak seramai mana. Kami sebenarnya lebih berminat dan fokus kepada bidang kami yang memerlukan pembacaan, eksplorasi dan praktikal yang lebih. Oleh yang demikian, kami memerlukan masa untuk melaksanakan tugas2 kami dalam bidang kami. Kalau anda perlukan masa sejam untuk membaca, kami perlukan 5 hingga 10 jam untuk mendalami ilmu tersebut. So, please jangan nak pertikaikan kami tak join itu dan ini. Sebenarnya tugas2 fakulti dah cukup banyak kami buat, kami bukan jenis yang mencanang satu kampus kerja2 yang kami dah buat.
UiTM cawangan tak praktik tugas pensyarah 7P. Di sini lebih kepada ATA dan ATS yang menjadikan 7P kepada ATP. ATA adalah amanah tugas akademik iaitu jadual pengajaran. Bagi saya ATA di sini tak fair sebab tak ambil kira jam supervision dengan pelajar FYP. Lebih2 lagi kalau dapat lebih daripada satu kumpulan FYP. You can imagine lar berapa jam jumpa diorang seminggu. So supervision dengan student FYP kini dikira sebagai ATP. ATP adalah amanah tugas pensyarah termasuklah KPI2 yang lain, yang ada dalam SKT tu. Tapi ATP kurang mendapat penekanan di sini sedangkan ia adalah KPI kami. Yang sering menjadi isu adalah ATA. Minimum jam pengajaran di sini adalah 15 jam face-to-face seminggu. Disebabkan hanya ATA yang menjadi priority di sini, research, penulisan dan penerbitan serta lain-lain dianggap tidak penting dan sekadar untuk  memenuhi KPI sahaja. Dengan kata lain, "asal ada".
Yang baru balik PhD sebenarnya semangat berkobar-kobar nak teruskan dan mengembangkan ilmu yang ada di dada. Tapi peluang mendapat pelajar master dan juga peluang untuk membuat research adalah sangat rendah. Kesian kan? Itulah hakikat di sini. Namun kami sabarkan jua kerana minat kami adalah mengajar anak bangsa. Walau kami dicerca, dihina, di'kaki2'kan, kami tetap bersemangat mengajar anak2 didik kami. Semoga mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Ameen.
Bagi pensyarah yang kurang berminat dalam research, mereka tidak mempertikaikan hal ini. Namun bagi sesetengah yang menganggap ia penting kerana di mana-mana universiti 7P diberi penekanan, hal ini sangat sensitif. Namun, yang mampu kami lakukan adalah pendamkan sahaja dan teruskan sahaja apa yang mampu dibuat. Tolong jangan bandingkan kami dengan kehebatan pensyarah-pensyarah di universiti lain kerana kami di sini mengutamakan pengajaran sahaja. Yang lain-lain, dikira sampingan. Bukan salah kami. Environment kami di sini begitulah.... Yang passion terus tenggelam, yang boleh bernafas pun, sekadar bernafas ala-ala nak lemas...

Powered By Blogger