Friday, November 16, 2018

Electrical Engineering Innovation Competition and Exhibition (EEICE) 2018






Results:


The ceremony is held once a year for internal faculty only. The competition and exhibition is a final year project from Diploma students in the Faculty of Electrical Engineering UiTM Terengganu Branch Dungun Campus (UiTMCTKD).

Friday, November 2, 2018

International EUREKA Innovation Exhibition (i-EIE) 2018

Programme   :    International EUREKA Innovation Exhibition (i-EIE) 2018
Date             :    30 - 31 October 2018         
Venue        :    Mutipurpose Hall, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) Kulim Hi-Tech, Kedah
Organizer    :    Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI)
Advisor/Ascort Lecturer      :     Mrs Siti Sara Binti Rais
Sponsored    :    AAP (HEA) and self-funded

Table 1

Team members

 FYP Title

Competition Titile
  
Award / Medal   

Supervisors
Tun Khairin Aiman bin Tun Mohd Khairi
Nur Syafikah Najiha binti Mohd Hanafi
Nur Syamim Athirah binti Zulkifli

IoT-based switching system
Hybrid-Powered IoT-based Switching System
Silver


Main: Mrs Siti Sara Rais

Co-suppervisor: Ms Nur Idawati Md Enzai

Mohamad Azwan Bin Hamezah
Ahmad Fakhri Hakim B Mat Daud
Mohd Fahmi Bin Mohd Noor
  
Alternative power supply














Friday, October 26, 2018

Conference alert link from Mr Deepak Kumar

Lately, I shared my opinion and feelings towards Malaysian new government and also my feelings about my life. I don't like to share in Fb because there are many recognize friends and also x-students. I believe that I don't have followers and not many people interest to read my blog. Long time I didn't share academic works here. I think I have to restart.

Today, I got an email from Mr Deepak Kumar. He shared the link of the conference alert.


Thank's a lot, Mr Deepak. Hope you share any good things again.

Sunday, September 30, 2018

Undang2 Msia yang sepatutnya perlu diubah

Aku tak tahulah statement ni undang2 atau praktis yg digunapakai oleh civil law kat Msia ni. Tapi disebabkan kes ini berlaku ke atas seorang rakan yang telah pun naik di mahkamah dan mahkamah memutuskan wang yang dituntut kepada lelaki tersebut dikira pemberian atas dasar kasih sayang, jadi duit itu tidak boleh dituntutnya. Celaka punya court!!! Kalau gitu, sewenang2nya lelaki2 lahanat  keparat malaun yang kononnya berpura2 bercinta, menggunakan wang wanita2 malang ini atas niat menganiaya!!! Wei, apa kejadahnya kes gini? Untungla penganiaya kat dunia ni yek? Undang2 Msia di dunia ni kau boleh lolos, tapi undang2 Allah rasakan azabnya!!! 
Kes ini rasanya rakan tak lantik lawyer... tak tahu details... tapi dengar cerita begitulah... ada masa nanti, saya cuba dapatkan details utk maklumat complete.

Monday, September 10, 2018

Sharing post from whatsapp group Niaga JDT II

Bagi yang memerlukan tapi untuk rumah yang sudah siap dibina, bukan rumah yang dibina atas tanah sendiri.

ANDA KAKITANGAN KERAJAAN?

MASIH MENYEWA ATAU TINGGAL DI KUARTERS?

MASIH BELUM MILIKI RUMAH SENDIRI?

======
Anda bergaji lebih rm2000 sebulan?

Berjawatan tetap?

Masih mencari hartanah untuk didiami?

ATAU INVEST?

Tahniah,

ANDA LAYAK UNTUK MEMILIKI UNIT KEDIAMAN PILIHAN ANDA DENGAN

PROGAM MILIKI RUMAH  UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN
LOKASI DI SELURUH NEGERI TERPILIH
*kerja swasta boleh buat semakan dahulu😊

❌ TANPA DEPOSIT
❌ TANPA BOOKING
❌ TANPA YURAN GUAMAN
✅ BLACKLIST LAYAK MOHON
✅ KOMITMEN TINGGI LAYAK MOHON
✅ LOAN LPPSA (GOV STAFF)

Hubungi saya untuk semak kelayakan anda⬇️⬇️⬇️

Boleh terus Klik Link wasap admin⬇️⬇️⬇️
.
www.wasap.my/60139131759/SemakKelayakanLOAN

Bukan nak cakap apalah kan, benda2 gini selalunya tak adil.... tengok post saya atas sekali tu, saya dah katakan hanya untuk rumah yang sudah siap dibina pemaju. Dari kerajaan dulu sampai kerajaan la ni, lebih kurang aje hal2 yang macam ni. Kenapa tak de loan sebegini untuk rumah yang dibina atas tanah sendiri? Sedangkan bina rumah atas tanah sendiri pun boleh dapat bawah RM100k. Dasar mengkayakan kapitalis sungguh!!!

Sunday, September 9, 2018

Tips duduk sebumbung dengan mertua

Tidur semula selepas terjaga pukul 5.00 pagi tadi  kerana kepenatan membuatkan saya bermimpi dan dalam mimpi itu saya sangat marahkan perempuan itu yang telah mengguris hati emak saya. Suasana  mimpi itu adalah rumah kayu emak abah yang lama, yang seringkali saya rindui. Suasana 80-an dan 90-an yang amat-amat dirindui. Meskipun hanya rumah kayu, kehidupan yang serba kekurangan, namun tak pernah rasa kekurangan. Bagaimana perempuan itu ada di rumah yang dia tidak pernah lihat pun? Saya tidak berapa ingat mimpi itu berkisar apa, tapi seolah-olah ia ulangan perkara sebenar tapi berada dalam suasana rumah kayu yang penuh kenangan itu.
Yang empunya diri seolah-olah nampak macam tidak melakukan sebarang kesalahan, tetapi hati ibu mana yang tidak terasa... kalau dahulu ibu bapa mertua perempuan itu yang buat terhadap emakku, kini anak menantu mereka pula... Kalau dah berumahtangga, tinggal pula serumah dengan datuk dan nenek yang sudah tua, pandai-pandailah jaga diri. Disebabkan tidak pandai jaga diri inilah yang telah menyebabkan perselisihan keluarga makin memuncak.
Bagaimana membawa diri kalau tinggal sebumbung dengan keluarga mertua? Kat sini saya listkan perkara2 yang perlu dibuat. Kalau tak sanggup, jangan duduk sebumbung dengan ahli keluarga mertua. Rasanya bukan mertua je, dengan ahli keluarga sesiapun kalau menumpang.
  1. Kena ambil hati ahli keluarga mertua - bersembang2, tolong kerja2 di dapur, tolong2 kemas, sapu & mop rumah , tolong basuh bilik air
  2. Jangan menyusahkan datuk dan nenek - kalau guna barang2 dapur, tolong topupkan jugak, jangan tau perabis je (kau ingat atok kau billionaire ke?), tolong2 tambah bayaran bil2 air dan elektrik, dah pandai sidai baju di luar, angkat la sendiri (aik, dia buat emak aku macam hamba dia pulak!!!)
  3. Perkakasan2 dalam rumah, kalau guna bersama2 kenalah bertanggungjawab. Kau guna mesin basuh semi auto, lepas tu kau tinggalkan yang tak siap dibasuh dalam mesin sedangkan orang lain pun nak guna juga. Selfish kan peel gini? Bengang emak aku yang nak guna mesin basuh pagi2. (mentang2 mesin basuh ni laki dia punya, bolehlah selfish gitu. last2 emak aku tukar semula letak mesin basuh emak kat situ)
  4. Kalau berlaku perselisihan faham antara ahli keluarga mertua, jangan masuk campur. (macam dia tau kisah persengketaan keluarga ni, padahal dia baru je join this family)
  5. Bercakap jangan kurang ajar macam kau aje lah yang betul, sempurna dan tahu agama. (kau hentak tangan ko atas meja, emak aku terkejut)
Ni lah antara pantang-larang yang kau langgar sampai emak aku berkecil hati (free2 je dosa kau dapat). Mana2 perempuan yang spesis macam ni jangan duduk dengan keluarga  mertua atau orang lain, nanti dibenci orang perangai spt ini. Tinggalah sebumbung dengan suami anda je. Kalau tak, pasti anda rasa andalah yang betul. Test la duduk rumah orang lain buat perangai macam tu. 10 rumah, 10 kalilah kau kena halau!!!


Friday, September 7, 2018

Persepsi mengajar subjek yang sama....

Ramai beranggapan mengajar subjek yang sama setiap semester memudahkan, kerana tidak perlu bertungkus-lumus nak study. Bagi saya itu tidak benar. Jika anda mengajar calculation, kemungkinan cara anda mengajar itu yang perlu pelbagai tetapi calculation itu tetap sama. Tapi kalau anda mengajar teknologi, adakah teknologi itu tidak berubah?
Meskipun saya seringkali mengajar subjek yang sama, setiap semester ilmu saya akan bertambah. Namun masih belum menjadi hebat dan pakar. Ada juga tersalah tafsir pada permulaannya. 
Bagi yang berfikiran bahawa mengajar subjek yang sama memudahkan, saya cabar anda untuk jadi orang yang lebih banyak ilmunya berbanding tahun-tahun sebelum ini. Bukan menjadi orang yang hanya tahu membuat soalan exam dan menjawabnya sahaja. Sahutlah cabaran saya...

Saya pernah tersilap:

  • Konsep memory capacity
  • Perbezaan CPU dan microprocessor (MPU)
  • Smartphone's processor
  • Private and public IP
  • Connectionless vs connection-oriented
  • Design of LAN 


Alhamdulillah, apabila diberi peluang mengajar subjek yang sama, saya cuba perbaiki daripada pelbagai sudut. 


Thursday, September 6, 2018

National Debt

Benarlah ramalan, hutang RM1 trilllion dijadikan alasan untuk tidak memberi... Saya tidak tahu apakah misi Tun M? Hakikatnya kemungkinan ketiadaan dana kerana pemberian BR1M hasil daripada GST.

Kalau anda belajar ekonomi, anda tidak menggunakan term 'hutang' untuk mewakili RM1 trillion ini. Saya cadangkan guna term 'tanggungan' instead of 'hutang'. Kalau tak silap, ahli-ahli ekonomi memanggilnya hutang dan liabiliti. Saya ikuti fb Abdul Rahman Kamis untuk mengetahui hal ehwal ekonomi yang mana saya langsung tiada ilmu bidang ini.


Jadi di mana hutang PTPTN anda berada? Government gurantees ye... So termasuk situ la... Jangan kata kerajaan terdahulu je yang buat hutang, anda pun tergolong juga... Ops, nampak macam saya ni pro-BN pula... maaf ye, saya suka politik akademik. Yang betul, betullah. Yang salah, salahlah... tanpa mengira parti... Saya bukan macai ataupun mahacai. Namun, ada perkara yang tiada betul atau salah, tetapi punya pro and kon... So untuk ini sediakan hujah yang kukuh.

BR1M dikatakan rasuah sedangkan bagi saya itu adalah perkongsian hasil kerajaan kepada rakyat yang memerlukan. Bantuan zakat tak cukup/mungkin tak layak, so this is the best way. Tapi yang ni guana? ↓


Honestly, saya belajar politik dahulu, demokrasi adalah 'rasuah'. Kau undi aku, aku beri kau sesuatu. Tapi konsepnya mudah, "kau undi aku dulu, baru aku beri kau sesuatu", bukan "aku bagi kau ni, kau kena undi aku tau.." 



Tuesday, September 4, 2018

Kenapa sukar untuk memahami ???

Setelah dikaji, aku punyai darah pejuang Tanah Melayu. Kami keturunan Minangkabau tetapi bukan daripada susur-galur Minangkabau Negeri Sembilan. Arwah buyut sebelah bapaku yang berasal dari Sumatera telah melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu kerana melakukan pemberontakan ke atas penjajah ketika itu (kemungkinan telah membunuh penjajah) dan telah membuka perkampungan yang kini dikenali Kampung Gudang Garam Segamat.
Aku keturunan melayu yang asalnya dari Sumatera. Adakah aku dikira pendatang Malaysia seperti kaum Cina dan India? Semasa zaman buyutku itu, sudah adakah sempadan laut bagi Malaysia? Kenapa ia dipanggil Gugusan Tanah Melayu termasuk beberapa kawasan di Indonesia dan Thailand? Malaysia, Indonesia, Thailand belum pun wujud ketika itu. Hanya Gugusan Tanah Melayu dan Siam, mengerti? Kenapa pula Semenanjung Tanah Melayu ini diberi nama MALAYsia, dan bukan CINAsia atau INDIAsia? Fikir-fikirkanlah.
Saya bukan berniat racist menulis entry ini tetapi ingin mengajak semua supaya menghormati bangsa asal Tanah Melayu dan kaum-kaum lain yang telah diterima sebagai rakyat tetap di negara ini supaya menghormati kontrak sosial yang telah terbina selama ini. Jangan pertikai dan persoalkan berkenaan hak bumiputera, agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan kedaulatan raja-raja melayu (termaktub dalam perlembagaan negara).
Tolong hormati kontrak sosial ini. Kalau tak faham, sila banyakkan membaca daripada sumber ilmiah dan hayatinya. Bukan bahan bacaan daripada tulisan seorang bekas atau pengikut komunis, buta sejarah, tiada nasionalisme, atau yang pura-pura tahu sejarah.
Yang menjadi hairan saya, ada melayu yang berfikiran dangkal dengan mengatakan perlembagaan yang saya nyatakan ini adalah racist. Saya beranggapan melayu sebegini tiada semangat nasionalisme dan tidak memahami sejarah serta tidak mengerti kontrak sosial. Malah saya juga beranggapan melayu sebegini adalah golongan kaya-raya yang tidak berhati perut kerana tidak memahami keadaan melayu yang perlu dibantu. Mengapa masih sukar memahami ada golongan melayu masih perlu dibantu dan masih belum mampu mengatasi kaum yang memonopoli ekonomi negara kini? 
Saya bosan dengan kata-kata "melayu perlu berubah".  Mentang-mentang dah kaya-raya, kau mendongak ke langit. Memang tidak dinafikan ada segelintir yang malas, tapi bukan semua begitu. Ada segelintir yang dihimpit kesukaran yang agak sukar untuk keluar daripada kepompong tersebut. Cuba kau dekati dan selami mereka. Sebab kau butakan mata kau, lalu mata hati kau juga buta!!! 
Seperti juga BR1M, kau kata rasuah... kau kata begitu sebab kau dah kaya.. kau gantikan BR1M dengan memberi pinjaman modal untuk perniagaan. Kau ingat 100%  orang melayu ni berniaga je ke? Kau ingat semua orang mampu dan boleh berjaya dalam berniaga? Lain orang, lain kebolehan, kau faham tak? 
Kau cuba bayangkan orang-orang susah, bila dapat BR1M 3x dalam setahun. Kau ingat, golongan ini tak bersyukur ke? Sekurang-kurangnya sedikit beban diringankan pada bulan tersebut. Kau tak rasa sebab kau buta hati!!!
Kau kata kau akan memperbanyakkan peluang pekerjaan, jadi rakyat tak perlu BR1M. Tapi bagaimana golongan warga emas dan OKU? Ada kau fikir? Kau beruntung, walaupun engkau warga platinum, kau masih lagi sihat dan kuat, malah berduit.

"...Kemewahan rasa-dirasai
Bersama kita nikmati
..." 
Ini bait2 lagu wawasan 2020. Kekayaan negara sama2 dinikmati rakyat. Bukankah BR1M, kenaikan gaji/bonus penjawat awam, pemberian kontrak projek-projek kerajaan (yang ni golongan jerung je la) selain daripada infrastruktur yang dirasai bersama (jalan raya, hospital, sekolah dll), itu dikira perkongsian hasil kerajaan kepada rakyat bukan? Kenapa kau boleh pertikaikan "bertungkus-lumus kerja untuk dapatkan banyak duit, kena bayar tax tapi bagi BR1M kat orang susah sedangkan kau x dapat apa2?" Alooooo... pendapatan kau tu bukan milik kau seorang ye? Pergi belajar agama semula. Alangkah nak telan nasi pun boleh tumpah dari mulut, inikan pula duit yang kau dapat... Bukan setakat tak masuk mulut je, nasi basi pun kau boleh dapat.. itu bukan rezeki milik kau la namanya...
Ingatlah bahawa di dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain...

Monday, September 3, 2018

Saya gagal berniaga

Saya tidak punya minat dalam bidang perniagaan. Pernah juga mencuba, tetapi boleh dikatakan gagal. Saya tiada asas perniagaan, namun boleh belajar. Tapi disebabkan tidak berminat, saya tidak meneruskan perniagaan. 
Fokus saya adalah lebih kepada mendalami bidang saya sekarang. Ia bukanlah bidang yang boleh dipelajari dalam masa sehari/seminggu/sebulan. Ia memerlukan komitmen yang tinggi. Walaupun bidang tumpuan saya ini tidak mendatangkan duit poket, Alhamdulillah saya bersyukur dengan ilmu sezarah yang saya perolehi.
Memandangkan 'entrepreneurial' kini menjadi trend rentetan daripada ketidakmampuan kerajaan memberikan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat, agak sukar untuk saya aplikasikan keusahawanan dalam bidang ini. Honestly, entrepreneur bidang ini adalah kontraktor dan konsultan, juga pengilang (manufacturer). Jerung belaka ni!!! Kau ingat bidang engineering ni modal RM50 ke?

Sunday, August 12, 2018

Isu LGBT - diberikan hak yang macam mana tu?

Aku pun naik gila dengar isu ni. Dapat je info fwd dalam fb. Hak ke sekolah,mendapatkan rawatan... hmmmm... selama ni Sajat & Safi Ilyas x gi sekolah ke? Doktor check sentuh guna pen.. aku rasa diorang je kot yang terover sensitif. Aku tgk Dr2 yg menjaga aurat, kdg2 dia x bawak sarung tgn barangkali, dia sentuh2 guna pen la kalau bukan mahram.... Diorang ni memang nak kena sekolahkan la.. basic agama pun x faham... 
Sebenarnya yang korang nak kami iktiraf korang kan? Jangan pandang korang sinis lagi kan? Korang nak kitorang buat macam kat US, UK tu kan? Korang ingat UK, US tu negara Islam ke?Lepas isu LGBT ni, agaknya isu zina pulak dihalalkan, yang penting tak mengandung... kan, kan? Korang nak benda2 haram macam ni masyarakat Islam Malaysia buat selamba je.... Korang nak budaya liberal jadi budaya hidup Malaysia kan? Itu kan yang korang nak? Lepas tu bala 1 Malaysia, korang yang selamat, korang pun cakap "Tuhan sayangkan kami sebab tu kami survive." Tukar nama negara dululah... Jangan ada 'Malay' lagi...
Bagus ceramah UAI ni.... Senjata kita adalah doa, doakan kehancuran pembela2 liberalism ni... Semoga golongan dan pembela liberalism ini dberikan hidayah supaya kembali ke jalan Allah atau dihancurkan sama sekali oleh Allah swt. Ameen...




Saturday, August 11, 2018

MARA - biarkanlah ia agenda nasional

Sejak bila MARA ni jadik isu? MARA kan agenda nasional? Kenapa nak ganggu gugat lagi? Kalau ada penyelewengan dan salah laku siasatlah!!!

Ohhhh, kerajaan baru ni kan ada gabungan DAP, "Malaysian for Malaysia".... jadik MARA ni isu sensitif la? Harap2 Tun M sekolahkan mereka ye? 

Sape ada info tepat pasal history of DAP? X sure mr google akan bg info tetap/suka hati nak tulis apa. 

"DAP adalah 'anak butir tahi' PAP (Parti Tindakan Rakyat). Singapura adalah bapa DAP, yang memerintah negara itu adalah PAP. Dulu Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar dari Malaysia, PAP tukar jadi DAP." - DS Abdul Hadi Awang

Belum masa naik gaji penjawat awam - BH hari ini

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/460552/belum-masa-untuk-naik-gaji


Ntah kenapa gerak hati semasa PRU14 dah agak Tun M ni lokek bab2 nak memberi ni, alasan hutang negara RM1 trillion. Nak perabis hutang, baru nak memberi, atau nak tunggu kiamat baru nak memberi? Agak2 perabis hutang tu sempat sebelum PRU15? Bagi aku sebagai kerajaan+majikan kena pandai generate income la. Kalau tahun2 sblm ni boleh generate 200 billion setahun, ce kerajaan PH doublekan  income tahun ni pulak? Baru la boleh nak memberi macam2 kpd rakyat, barulah manifesto yang 'sweet dream' tu boleh dicapai. Tapi macam x de effort je kerajaan PH ni nak naikkan national income.
Yang dok canang hutang RM1 trillion tu pulak, ce cite details. Hutang ke, tanggungan? Liabiliti yang kerajaan terpaksa tanggung disebabkan kegagalan syarikat untuk membayar hutang tu berapa? Kalau hutang negara +-RM700 biliion, liabiliti yang kerajaan kena tanggung +-RM300 billion? Ye ke, LGE? Itu kah nilai yang menjadikan RM1 trillion? Jangan pulak ko kira hutang-hutang rakyat Malaysia sudah ler.
Masa sibuk2 DS Najib bg bantuan khas kewangan time raya & hjg tahun, diorang buat comparison antara DS Najib dengan Tun M. Zaman Tun M paling banyak bagi bonus tau. X tau la kalau data tu 'tipah tertipu' ke...
Aku bukan tak bersyukur disebabkan kenaikan gaji paling  byk yang dpt masa zaman DS Najib, tapi kerajaan kenalah adil. Kalau golongan aku ni tak layak dapat BR1M atau bantuan sara hidup, tak layak dapat RMR dll, bagilah kenaikan gaji/bonus sekurang2nya. 
Drpd resit slip gaji mmg x layak, tapi sapa2 yg tau kisah hidup aku, hmmm.... memang harap dpt jugak la bantuan2 yang sesuai, tapi x leh nak apply. Sedeeyyyyy... mungkin bukan aku sorg yg mengalami spt ini, mgkin ada lagi yg seangkatan dgn aku. Ada kerajaan aware dengan golongan malang spt aku? 

Friday, August 10, 2018

Open Learning as an aided tools in T&L in the class

Insya Allah, this online course will be fully completed before Semester Sept 18 - Jan 19.

I will change the approach to flipped class and we will have a lot of activities in the class. Let your brain works.


Thursday, August 9, 2018

Forex

Walaupun telah lama mempelajari ilmu forex ini, saya masih lagi kategori amatur. Tidak punya banyak masa untuk membuat analisis, kadang-kadang menjadi, kadang-kadang 'floating'. Berniat suatu hari nanti ingin menjadi consultant forex, hahahhaha...  Betul tak betul ni? Sedap beno nama consultant tu, pengajar je dah la... Ada akademi forex? Wakakakaka... Ingatkan nak jadi instructor kat Cisco Networking Academy (NetAcad) ke...
Saya ingin mengajar anak2 saya mendalami ilmu forex ini selain ilmu agama, ilmu pengetahuan dan skill2 spt menjahit, memasak, hal2 berkaitan kenderaan dan elektrik & elektronik. 
Bagi dummies, kena faham dulu basic forex. Boleh baca notes daripada kelas yang saya pernah hadiri pada 2014 dan juga notes2 lama En Nasir Kuasa Forex. Install di PC/laptop beserta signals. Lihat signals pada monitor dan jangan lupa refer website yang berkaitan juga. Jaga2 dengan money management. Saya hanya fokus kepada satu pair sahaja iaitu GBP/JPY. Ini juga saya perolehi daripada menghadiri kelas forex En Nasir.

Tuesday, July 31, 2018

List Aktiviti UiTMCT dan Jemputan UiTM 2018

Korang attend ke x? Aku list kan aje based on email.

SAMBUTAN HARI RAYA PERDANA 2018 UiTM CAWANGAN TERENGGANU 

Tarikh : 5 Julai 2018 (Khamis)
Masa : 9.00 - 12.30 tengahari
Tempat : DATARAN RHU - Hadapan Bangunan Integriti
HOST : Bhg. Pentadbiran dan Bhg Pengurusan Fasiliti
Agenda : 9.00 pagi - Jemputan Staf
: 10.00 - 12.00 - Jemputan VIP dan Jemputan Luar

TAKLIMAT PEPERIKSAAN DAN BENGKEL iCGPA (SECARA LIVE STREAMING)
Butiran Program:

(UiTMCT Kampus Dungun)      
Tarikh              :  10 Jun 2018
Hari                  :  Ahad
Tempat            :  Dewan Bakawali & Dewan Anggerik
Masa                :  8.00 pagi - 1.00 petang



(UiTMCT Kampus Bukit Besi)      
Tarikh              :  10 Jun 2018
Hari                  :  Ahad
Tempat            :  Dewan Perak
Masa                :  8.00 pagi - 1.00 petang


(UiTMCT Kampus Kuala Terengganu)      
Tarikh              :  10 Jun 2018
Hari                  :  Ahad
Tempat            :  Dewan Lestari
Masa                :  8.00 pagi - 1.00 petang

*** Program CEO@FPA Series 3/2018 : Sustainable Plantation : Issues and Challenges Towards TN50 anjuran Pusat Pengajian Pascasiswazah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi 


Tarikh : 16 Mei 2018 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari 
Tempat : Auditorium 1, IBE UiTM Shah Alam

Istiadat Konvokesyen UiTM Kali ke-88 
Tarikh : 24 April 2018 (Selasa)
Masa : 1.30 petang 
Tempat Menunggu : Blok 1
Sidang : KEEMPAT
Perarakan : Akademik
Tarikh mula ambil Jubah : 22 April 2018 (Ahad) jam 8.30 pagi di Bilik Jubah Blok 7A3

Jemputan Kolokium ACIS Bil 4 (tak pasti penganjur sediakan jam latihan atau tidak sebab tiada dimaklumkan di dalam email)
Masa    :  2.30 petang
Tarikh  :  12 April 2018 (Khamis)
Tempat :  Bilik Mesyuarat Pusat Hidayah
Tajuk    :  Wanita menurut al-Quran
Pembentang  : Ustazah Rubiah Abu Bakar

***Program  : SESI PERKONGSIAN PERINTIS/FELLOW CEO@FACULTY PROGRAMME
Tarikh  : 10 April 2018
Masa : 2.30 PETANG
Tempat : Auditorium MASMED, Bangunan Hotel UiTM, Shah Alam

Program Santai Seni Women Day (SENAMROBIK)
Tarikh   : 29 Mac 2018 (Khamis)
Masa     : 8 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Pusat Kegiatan Pelajar Kolej Gemia

Perjumpaan bersama semua Penasihat Kelab/Persatuan Kampus Dungun
Tarikh : 25hb Mac 2018 (Ahad) HARI INI
Tempat : Dewan Kuliah Anggerik (DKA)
Masa : 08.45 malam

MAJLIS RAMAH MESRA PEGAWAI PEMBANGUNAN DUNGUN BERSAMA KAKITANGAN AWAM DAN BADAN NGO
21/3/2018
8pm
Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Dungun

Sambutan Hari Inovasi UiTM Cawangan Terengganu 2016/2017
Tarikh : 15 Mac 2018 (Khamis) 
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Dewan Aspirasi

Mesyuarat Fakulti Kejuruteraan Elektrik Bil 2/2018
Tarikh    : 13 Mac 2018
Hari       : Selasa
Masa     : 2-5pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama (BMU)

Mesyuarat Akademik Bil 1/2018
Tarikh :  01 Mac 2018 (Khamis)
Masa :  8.30 pagi - selesai
Tempat :  Dewan Aspirasi

LIVE STREAMING AMANAT TAHUN BAHARU NAIB CANSELOR 2018 - x sure dikira jam latihan ke x, cuma ckp register guna kad staf, so check la kat istaff portal

Kampus Dungun

Tarikh : 29 Januari 2018 (Isnin)Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Kuliah Bakawali & Cemara

Kampus Bukit Besi

Tarikh : 29 Januari 2018 (Isnin)Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Perak

Kampus Kuala Terengganu

Tarikh : 29 Januari 2018 (Isnin)Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Lestari

Jamuan Kesyukuran dan Perpisahah FKE
31/1/018
ME13A6
11.30am - 2pm

JAMUAN KESYUKURAN SEMPENA PENGANUGERAHAN DOKTOR FALSAFAH DAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH (DM52) UiTMCTKD
28/12/2017
Pekarangan Pusat Hidayah
11.50am - 2pm







Daripada banyak2 ni, empat je yang aku join. Waduuhhhh, banyak lagi kena join nak cukupkan 10 setahun.

Yang mungkin tiada dalam ni, aktiviti fakulti :
  • Jamuan raya FKE - aku x join sebab cuti
  • Jamuan raya geng2 beautiful FKE - aku join
5 lagi aktiviti kena join. Adussss.....
Powered By Blogger