Saturday, December 26, 2020

Testing for CSC253 Group Project

 PP testing PPTX

PPS testing PPSX



Saturday, November 28, 2020

Kenapa saya tidak boleh menjual produk MLM?

 

Harga dipetik daripada Shopee

Harga 1 set = RM45.99

Laundry powder 1kg RM20

Dishwash 1L  RM10

Floor & Toilet Cleaner 1L RM15.99

Sebagai pengguna, saya akan membandingkan kualiti, kuantiti dan harga sebelum mengubah brand untuk dibeli.

Saya merupakan pengguna tegar Dynamo kerana suami seorang pomen, sudah tentu kotoran pada pakaiannya bukan ‘biashe2’. Saya akan meletakkan Dynamo jenis cecair pada bahagian pakaiannya yang kotor semalaman tanpa rendaman. Keesokan hari barulah saya basuh menggunakan mesin basuh dengan suhu tinggi dan sabun Dynamo serbuk. Harga pasaran sabun Dynamo merujuk kepada Shopee juga: Dynamo gel 1.44kg RM13.58, Dynamo serbuk 2.1kg RM12.90. Kedua-duanya saya boleh beli dengan harga RM26.48 dengan kuantiti 3.54kg berbanding RM20 1kg!!! Kualiti produk MLM ini bolehlah saya katakan ia tidak setanding Dynamo kerana saya telah pun mencubanya. Dengan alasan ini, agak sukar untuk saya menjual dan ‘claim’ sepertimana iklan-iklan daripada penjual.

 

Saya merupakan pengguna tegar Mr Muscle Bathroom Cleaner yang boleh didapati di pasaran dengan harga RM8.90 (900ml) atau RM5 (450ml). Bayangkan beza harganya dan kuantiti yang anda boleh dapat! Kualiti Mr Muscle tak perlu disangkal lagi. Letakkan di dinding & lantai bathroom/toilet, biarkan beberapa jam, kemudian cuci.

 

Saya juga merupakan pengguna tegar Harpic Cleaning Gel for toilet bowl. Boleh dapatkan harga di pasaran RM10 untuk 2 botol (2 botol x 500ml). Kualitinya pun semua sudah sedia maklum, tidak perlu dipertikaikan lagi. Dari segi kuantiti, sudah tentu saya tidak akan bertukar kepada yang lain.

 

Basuhan pinggan mangkuk cawan, saya gunakan Sunlight Lemon (warna kuning) kerana ia tidak merosakkan kulit saya. Selain daripada jenis ini, kulit saya sensitive sehingga menggelupas. Setakat ini, bagi saya daripada aspek kualiti, tiada tandingan lagilah dengan mana-mana produk. Sunlight sangat berkesan menanggalkan minyak. Sunglight sangat pekat, hanya perlukan sedikit sahaja untuk dicampurkan dengan air, sudah tentu ini menjimatkan. Apatah lagi dengan harganya Rm5.55 1 liter.

 

Nantikan kupasan saya bagi produk-produk yang lain. Saya bukan ejen mana-mana produk. Saya memberikan pandangan mengikut pengalaman sendiri. Saya menilai mengikut kuantiti, kualiti dan harga. Jadilah pengguna bijak.

 

 


Saturday, June 27, 2020

Opick - Tiada Duka Yang Abadi (lirik)

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindu tanda cinta di jalanNya
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Reff*
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki
Segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hambaMu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Back to reff*

Harap ampunkan hambaMu ini

Opick ft. Amanda - Maha Melihat (lirik)


Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya
Kau yang maha mendengar
Kau yang maha melihat
Kau yang maha pemaaf
Pada-Mu hati bertobat
Kau yang maha pengasih
Kau yang maha penyayang
Kau yang maha pelindung
Pada-Mu semua bergantung
Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata
Kau yang maha mendengar
Kau yang maha melihat
Kau yang maha pemaaf
Pada-Mu hati bertobat
Kau yang maha pengasih
Kau yang maha penyayang
Kau yang maha pelindung
Pada-Mu semua bergantung…

Monday, June 1, 2020

Martin Molin Wintergatan is amazing!


Adik yang bawa mama tengok youtube Marble Machine ni. Lama dah adik tengok, berulang2, tapi mama tak amik port pun mula2. Lagu sedap dengar. Ingatkan youtuber yang buat pelik2 ke... bila mama tergerak nak tengok lebih detail, Masya Allah! He is really amazing! He is so inspired, both musician and engineer! Mulalah mama menggoogle information dia... sampai nak tau umur dia.. makin nak masuk 40's makin cute Martin ni. Dia muda sikit daripada mama. Hehehehe... He is self-taught engineer? Really? Wow, he is really really superb!!! Dulu Martin & drummer Wintergarten (Marcus Sjöberg) ni band asal Detektivbyrån (2005 – 2010). Lepas tu baru form new band Wintergatan. Lagu sedap2lah... no voice, just music and very nice to hear. 

Powered By Blogger