Saturday, November 28, 2020

Kenapa saya tidak boleh menjual produk MLM?

 

Harga dipetik daripada Shopee

Harga 1 set = RM45.99

Laundry powder 1kg RM20

Dishwash 1L  RM10

Floor & Toilet Cleaner 1L RM15.99

Sebagai pengguna, saya akan membandingkan kualiti, kuantiti dan harga sebelum mengubah brand untuk dibeli.

Saya merupakan pengguna tegar Dynamo kerana suami seorang pomen, sudah tentu kotoran pada pakaiannya bukan ‘biashe2’. Saya akan meletakkan Dynamo jenis cecair pada bahagian pakaiannya yang kotor semalaman tanpa rendaman. Keesokan hari barulah saya basuh menggunakan mesin basuh dengan suhu tinggi dan sabun Dynamo serbuk. Harga pasaran sabun Dynamo merujuk kepada Shopee juga: Dynamo gel 1.44kg RM13.58, Dynamo serbuk 2.1kg RM12.90. Kedua-duanya saya boleh beli dengan harga RM26.48 dengan kuantiti 3.54kg berbanding RM20 1kg!!! Kualiti produk MLM ini bolehlah saya katakan ia tidak setanding Dynamo kerana saya telah pun mencubanya. Dengan alasan ini, agak sukar untuk saya menjual dan ‘claim’ sepertimana iklan-iklan daripada penjual.

 

Saya merupakan pengguna tegar Mr Muscle Bathroom Cleaner yang boleh didapati di pasaran dengan harga RM8.90 (900ml) atau RM5 (450ml). Bayangkan beza harganya dan kuantiti yang anda boleh dapat! Kualiti Mr Muscle tak perlu disangkal lagi. Letakkan di dinding & lantai bathroom/toilet, biarkan beberapa jam, kemudian cuci.

 

Saya juga merupakan pengguna tegar Harpic Cleaning Gel for toilet bowl. Boleh dapatkan harga di pasaran RM10 untuk 2 botol (2 botol x 500ml). Kualitinya pun semua sudah sedia maklum, tidak perlu dipertikaikan lagi. Dari segi kuantiti, sudah tentu saya tidak akan bertukar kepada yang lain.

 

Basuhan pinggan mangkuk cawan, saya gunakan Sunlight Lemon (warna kuning) kerana ia tidak merosakkan kulit saya. Selain daripada jenis ini, kulit saya sensitive sehingga menggelupas. Setakat ini, bagi saya daripada aspek kualiti, tiada tandingan lagilah dengan mana-mana produk. Sunlight sangat berkesan menanggalkan minyak. Sunglight sangat pekat, hanya perlukan sedikit sahaja untuk dicampurkan dengan air, sudah tentu ini menjimatkan. Apatah lagi dengan harganya Rm5.55 1 liter.

 

Nantikan kupasan saya bagi produk-produk yang lain. Saya bukan ejen mana-mana produk. Saya memberikan pandangan mengikut pengalaman sendiri. Saya menilai mengikut kuantiti, kualiti dan harga. Jadilah pengguna bijak.

 

 


Powered By Blogger