Saturday, December 4, 2021

Testing Powerpoint Hyperlink (student) to HTML

Testing powerpoint to HTML

Sunday, January 10, 2021

Hukum Forex Trading Online

Haram: https://mufti.perlis.gov.my/index.php/himpunan-fatwa-negeri/119-hukum-forex-trading-online




Sebenarnya saya kurang faham dengan penjelasan ini. Namun, akhirnya hukumya adalah HARAM. Dengan itu, saya tidak akan mempertikaikan hukum ini. 

Cuma ada beberapa kemusykilan termasuklah daripada aspek 'laverage'. Leverage yang dimaksudkan di dalam article ini tidak sama dengan cara implementasinya kerana ia langsung tidak melibatkan hutang. Tiada urusniaga hutang antara broker & trader. 

Analisis forex trading ini saya lihat lebih kurang dengan analisis saham. Jadi di mana judinya ya?

Asalnya saya mengikut penjelasan ini https://www.facebook.com/watch/?v=1465843306831747. Setelah difatwakan haram, maka kita ikut sahajalah. 













Friday, January 8, 2021

PKP

https://www.facebook.com/mnas.rais/posts/10157849815736198


Saya antara yang vote utk diadakan PKP semula. Tak kisahlah orang cakap "Mentang-mentang dia berpendapatan tetap, bolehlah pilih PKP semula..." Saya bukan jenis hati kering. Allah menganugerahkan saya dengan mempunyai perasaan yang mendalam. Saya pernah menonton satu movie Tamil, tapi saya tengok dah tengah. Saya tak tahu pun hujung pangkal jalan ceritanya. Part saya tengok tu, tengah scene sedih. Berjurai-jurai air mata saya keluar hanya menyaksikan scene itu. Bila scene sedih habis, saya pun berhenti menangis, dan saya terfikir, " Eh, aku tak tau pun jalan asal ceritanya macam mana, boleh pulak aku menangis kaw-kaw?" Ya, aku mmg dianugerahkan Allah dengan perasaan yang mendalam. Marah aku meluap, gembira aku tak terkira, sedih aku tak bertebing, sayang aku tak bertepi, minat aku yang mendalam, tak suka memang tak leh gi...

Jadi, aku sangat memahami golongan yang umpama 'sudah jatuh ditimpa tangga' ini. Kebanyakan mereka adalah golongan B40, dan tidak lupa juga mungkin M40. Malah, boleh jadi juga golongan yang sebelum ini berpendapatan T40, tetapi disebabkan PKP tiada pendapatan langsung/pendapatan merosot. Memandangkan banyak bantuan yang akan diterima B40 dan pengeluaran duit KWSP melalui iLestari & iSinar, saya cadangkan pemberian tersebut diberikan kepada semua tanpa syarat untuk memungkinkan PKP dilaksanakan semula. Pastikan bantuan kepada B40 itu tiada seorang pun yang tertinggal dan permudahkan pengeluaran duit KWSP, kemudian laksanakan PKP seluruh negara selama seminggu.

Selepas lockdown seluruh negara seminggu, lockdown pula negeri-negeri zon merah seminggu, kemudian lockdown pula mukim2 zon merah. Larangan rentas negeri dikuatkuasakan sehingga jangkitan berjaya diturunkan. Negeri-negeri dan mukim-mukim yang bukan zon merah perlu PKPB dahulu sebelum dilepaskan kepada PKPP. Mungkin ekonomi kita akan jatuh lagi, tapi ia bersifat sementara. Daripada ekonomi dan kesihatan seiring merundum, langkah drastik seperti ini sebenarnya penting untuk memulihkan kedua-duanya. Selagi jangkitan covid19 tidak reda, selagi itulah pelabur-pelabur takut untuk memasuki negara kita.

Powered By Blogger