Apa reaksi anda menonton video ini?
Bagi saya ada informasi di sebaliknya. Kita jangan mudah melatah meskipun video ini disusun seolah-olah anti-Tun M. Video ini sangat menarik kerana penuh informasi dan jika anda mempunyai minda yang rasional dan positif, anda tidak akan cepat melatah dan melenting. Secara kesimpulannya, persepsi saya adalah Tun M mahu Malaysia ini mengikut acuannya. Namun acuannya sukar untuk dibaca dan ditafsir.
Meskipun Tun M dikatakan bersikap kronisme ketika itu, namun sumbangannya tidak boleh dinafikan. Seperti juga DS Najib, di sebalik skandal penyelewengan wang negara, sumbangannya juga tidak kurangnya. Tun Abdullah yang humble dengan slogan 'Islam Hadhari' pula tidak nampak ketegasan dan kebijaksanaannya dalam menerajui negara. Mungkin terlalu awal untuk dinilai telah meletak jawatan. Senang kata, setiap manusia ada buruk baiknya, kita memang tidak sempurna. Janganlah kita caci-mencaci sesama kita. Tambahan pula kita kini berada pada akhir zaman di mana pemimpin pada masa ini selain berkhidmat, juga memenuhkan poket mereka.

Saya percaya Tun M kali ini ikhlas ingin membina negara Malaysia yang baru dengan mengambil kira pandangan rakyat. Saya juga percaya Tun M menawarkan diri untuk menjadi PM ke-7 kerana (selain daripada kenyataan beliau,ini adalah persepsi saya):
- Tiada pemimpin yang berkaliber untuk menerajui dan menyatukan pembangkang sebelum ini (kini sudah menjadi kerajaan Malaysia)
- Tiada pemimpin yang lebih arif tentang pentadbiran negara Malaysia di kalangan pembangkang (kini sudah menjadi kerajaan Malaysia)
- Kejatuhan kerajaan BN (kini adalah pembangkang kerajaan Malaysia) sudah diramalkan beliau kerana banyak isu-isu berbangkit yang menyebabkan kemarahan rakyat
- Yang terakhir ini hanya persepsi saya tetapi saya tidak boleh kongsikan di sini kerana ia begitu sulit.
Dengan sebab itu, Tun M ketepikan hasratnya untuk ber'sara'.
Agak2nya, kalau tanpa Tun M lingkup dah Malaysia skrg ni. Tapi PH boleh menangkah tanpa Tun M?
ReplyDelete