Aku adalah generasi X. Aku dilahirkan pada tahun pertama Tun M dilantik sebagai PM Malaysia yang ke-4. Dari sekolah tadika sehingga ke universiti, aku dididik berdasarkan sistem pendidikan di bawah kepemimpinan Tun M. Di bawah lembayung pendidikan masa itu, aku dibekalkan dengan jati diri yang kuat sebagai rakyat Malaysia. Korang tau apa itu jati diri?
Walaupun aku bukan pelajar cemerlang, bukanlah orang hebat, dan bukan juga seorang hartawan, tapi aku berjaya mengharungi kepesatan teknologi ini. Berjaya yang macam mana tu? Jadi expertise computer security ke? Bukan... berjaya menjadi rakyat yang rasional walaupun media sosial dipenuhi dengan maklumat / nasihat / spekulasi / fitnah /entertainment dll.
Teknologi hari ini seperti yang disebut-sebut pada tahun 90an semasa aku sekolah menengah, 'maklumat di hujung jari', 'langit terbuka', 'dunia tanpa sempadan'... yang tidak dapat kami bayangkan pada tahun 90an itu apakah 'maklumat di hujung jari'? macam mana 'langit terbuka'? Now we see it. It is internet... dan hari ini ada term baru pula, IoT (internet of things).

Aku sekadar berkongsi sahaja, bukan minta diikuti. Mungkin zaman sudah berubah. Jadi tidak boleh kita samakan keberkesanan sistem lama untuk dilaksanakan pada zaman ini. Aku sebenarnya setuju sangat dengan AUKU yang lama (zaman Tun M), di mana pelajar-pelajar IPT tidak perlu melibatkan diri dalam politik (tapi sesuai untuk yang bawah umur je la, level Master & PhD dah matang, bolehla nak berpolitik). Budak-budak sekolah lagi la, tak perlu juga libatkan diri dengan politik. Bukan apa, otak baru nak kenal dunia, baru nak belajar macam2, tiba2 nak libatkan politik pula? Entah betul ke tak cara berpolitik tu?
Kenapa aku berkata sedemikian yang ditujukan untuk mereka berumur setahun jagung? Politik warisan keluarga adalah politik tidak akademik di mana ia diwariskan kerana mendengar cerita dan kritikan pihak lawan daripada ahli keluarga. Politik akademik adalah dengan mengkaji dan memikirkan sesuatu isu bersandarkan kepada hujah-hujah dan bukti-bukti yang kukuh. Bukan dengan mendengar dan percaya bulat-bulat.
Aku juga bersetuju dengan penubuhan ISA dan akta-akta hasutan walaupun dikatakan menafikan hak asasi manusia (Ini juga pada zaman Tun). Aku bukan pro-Tun, tapi memandang dari sudut ilmiah. Mungkin pada zaman itu, ia sesuai kerana manusia ala komunis masih ada lagi yang boleh mengancam keamanan negara.
Saya pasti gen x tidak cepat melatah apabila dihadapkan dengan sesuatu isu. Gen x dibekalkan dengan kesabaran yang tinggi. Gen x juga masih mengamalkan hormat-menghormati antara satu sama lain. Walaupun berbeza pendapat, kita tetap positif kerana manusia ini diciptakan Allah berbagai-bagai. Rupa je pun dah lain-lain, inikan pula hati dan pendapat.

Masa aku sekolah dulu, mmg tak de subjek politik. Tak sesuai untuk umur tu.. tapi x tau la sekarang.. Kenegaraan diterapkan dalam ADM (Alam dan Manusia) dan sejarah kot bagi sek rendah dan menengah. Eh ye ke? Aku pun x bape hingat... Ke jati diri & kenegaraan aku ni dibina oleh ahli keluarga? Apapun masa sekolah x pasti macam mana aku leh belajar kenegaraan.
Bila umur dah capai IPT, otak dah boleh terima pembelajaran kenegaraan spt masyarakat malaysia dan politik. Ini aku belajar kat KUiTTHO. Walaupun aku mengaji bidang kejuruteraan elektrik, subjek kenegaraan juga turut meninggalkan kesan yang dalam buat diriku. Masa itu antara isu yang hot adalah 'negara islam'. Adakah Malaysia dikategorikan sebagai 'negara islam'? Cuba korang jawab..akademik ke x jawapan korang..x aci google, pk sendiri dulu...
Seronok belajar politik secara ilmiah. Kita boleh pandang daripada pelbagai sudut. Tidak kira kita menyokong parti mana pun. Yang penting kita perlu realistik dan rasional. Rata2 saya perhatikan di Fb lebih ramai yang emosional berbanding rasional dan realistik. Baik korang gi belaja politik dgn En Ahmad Esa (mungkin Dr dah skrg).
Tanpa mengira parti apa pun, andaikata cadangan atau tindakan yang baik daripada lawan kita/parti yang bukan kita sokong, jangan kita nafikan. Tapi sekarang, ramai yang sokong parti masing2 walaupun lawan tu cakap benda betul, tak leh terima langsung. Ini bukan politik matang. Ini dipanggil parti totok, ikut je...dia kata terjun lombong, hang ikut terjun lombong...silap2 hang je yang terjun lombong, dia x terjun pun...
Lagi 1 benda yang x pasti lagi jangan la exaggerate..jatuh fitnah... spekulasi itu x pe, tp pastikan spekulasi secara ilmiah la..korang reti x nak buat tulisan ilmiah (bkn jurnal/conference ye)? Ini yang lecturer saya ajar. Kalau korang ada point atau hujah, korang cari sokongannya dengan kemukan contoh dan bukti.. barulah sedap nk baca & taklah rasa ragu2 sebab hujah tu ada sokongannya...
Contoh yang mudah untuk sebarkan di media sosial, harga beg tangan DS Rosmah Mansur yang didakwa berharga sebuah banglow 2 tingkat. Benarkah ini harga yang dibelinya? Adakah anda terlibat dengan siasatan tersebut? Atau sudahkah pihak polis mengumumkan laporan siasatan mereka? JIka tidak, anda boleh membuat spekulasi berdasarkan harga-harga dan link rujukan. Jangan terus memfitnah sekiranya anda bukan penyiasat.

*********************************************************************************
Saya tertanya-tanya apakah nasib bumiputera selepas ini? Adakah DEB dan dasar-dasar lain yang menyokong bumiputera sebelum ini telah berjaya menghasilkan sehingga 99% persamaan taraf hidup dengan kaum-kaum lain sehingga bumiputera tidak perlu ditolong lagi? Saya harap dengan statement saya ini tidak dikatakan 'racist'. Tujuan utama dasar-dasar ini adalah untuk menyamatarafkan kehidupan setiap kaum di Malaysia.

Saya harap ada data yang tepat bagi mengukur sejauh mana Malaysia telah menyamatarafkan kehidupan setiap bangsa. Data-data tersebut merangkumi:
Saya percaya dengan data sedetail ini, kita boleh tahu sama ada bumiputera boleh dihapuskan atau sebaliknya. Buat masa ini, bumiputera adalah agenda nasional. Agenda nasional tidak boleh diperkotak-katikkan yang mungkin boleh membawa kepada berulangnya kisah 13 Mei 1969.
Ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja melalui pengalaman dan pemerhatian. Saya bukan pakar ekonomi atau penganalis data.
- pendapatan isi rumah & individu penduduk Malaysia mengikut kaum
- gaji bersih isi rumah & individu penduduk Malaysia mengikut kaum
- golongan pertengahan yang mengalami kemiskinan (kerana penipuan dll) mengikut kaum
- pemilikan kediaman mengikut kaum
Saya percaya dengan data sedetail ini, kita boleh tahu sama ada bumiputera boleh dihapuskan atau sebaliknya. Buat masa ini, bumiputera adalah agenda nasional. Agenda nasional tidak boleh diperkotak-katikkan yang mungkin boleh membawa kepada berulangnya kisah 13 Mei 1969.
Ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja melalui pengalaman dan pemerhatian. Saya bukan pakar ekonomi atau penganalis data.
No comments:
Post a Comment