Kerajaan Malaysia yang baru ini berjaya mendedahkan isu-isu berkaitan 1MDB. Walaupun masih dalam siasatan, terdapat beberapa fakta yang kita ketahui termasuklah kedudukan kewangan dan urusniaga 1MDB yang sebelum ini diwarwarkan berjaya dengan jalinan usahasama PetroSaudi dan pembinaan masjid.
Adakah kita semua ditipu DS Najib yang malu untuk menyatakan bahawa 1MDB telah mengalami kerugian dalam urusan perniagaan? Atau adakah kerana beliau terlibat dengan penyelewangan dana 1MDB? Wallahualam. Jangan menabur fitnah sebelum ia disahkan benar. Spekulasi berasas adalah diterima, hokey!!!
Dokumen audit yang didedahkan Tun M menjelaskan urusniaga 1MDB (banyak rupanya) dan didapati tidak mendapat kerjasama daripada pihak 1MDB (kenapa begitu?). CEO pula seolah-olah tidak tahu apa berlaku dan tidak ambil pusing. Apa guna CEO kalau macam tu? Pelik betul kes 1MDB ini. Macam-macam spekulasi boleh timbul. Kenapa DS Najib mempertahankan sebelum ini?
Mungkin juga tujuan asal 1MDB adalah untuk menjana pendapatan negara, tetapi diseleweng. Seperti juga tuduhan ke atas Tun M yang melibatkan forex. Mungkin tujuan yang sama, tetapi gagal. MPN juga begitu, tujuan asal yang murni tetapi disalahgunakan.
Mungkin juga tujuan asal 1MDB adalah untuk menjana pendapatan negara, tetapi diseleweng. Seperti juga tuduhan ke atas Tun M yang melibatkan forex. Mungkin tujuan yang sama, tetapi gagal. MPN juga begitu, tujuan asal yang murni tetapi disalahgunakan.
Seperti GST juga, ada isu yang rasanya mengelirukan. Sebelum GST diperkenalkan, SST bernilai 10%. Ini bermakna harga barang sebelum ini sudah termasuk 10% cukai, cuma tidak dipaparkan pada resit. Jika SST dihapuskan dan menggantikan GST 6%, harga barang sepatutnya menjunam sebanyak 4%. Tetapi mengapa harga bertambah 6%? Siapa yang menipu di sini? Kerajaan BN atau peniaga? Jika bertambah,bermakna kerajaan masih lagi menerima 10% SST dan tambahan 6% GST, atau mungkin hanya 6% GST dan 10% milik peniaga? Tidak dinafikan ada juga peniaga yang mengambil kesempatan di atas perlaksanaan GST ini.
Dahulu semasa percukaian SST dilaksanakan, peniaga tidak memaparkan jumlah cukai yang dikenakan. Hanya KFC, Pizza Hut, McD dan yang seangkatan dengannya sahaja yang memaparkan cukai di dalam resit. Sistem SST ini dikatakan tidak telus dan peniaga boleh menipu dalam pembayaran cukai. (sumber FB Abdul Rahman Kamis, lulusan ekonomi) Cadangan saya, walaupun GST dihapuskan selepas ini, setiap pembelian kita sertakan nilai cukai sekali. Confirm peniaga tidak boleh mengelat dalam pembayaran cukai. Sayangkan negara bayarlah cukai ye...
No comments:
Post a Comment