Friday, May 25, 2018

Tun M yang hebat, anugerah untuk Malaysia

Maafkan saya, Tun M. Apa yang Tun M fikir, tak terjangkau pemikiran saya. Selepas Tun meninggalkan jawatan sebagai PM ke-4, suara Tun masih lagi lantang meminta Dato' Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai PM ke-5. Kemudian, suara Tun M kedengaran lagi meminta Dato' Najib meletakkan jawatan sebagai PM ke-6. Namun, kelantangan Tun M seoalah-olah tidak kedengaran, mungkin kurang liputan di akhbar-akbar/tv, yang cuba menenggelamkan suara Tun. Kelantangan Tun  sekali lagi bergema apabila menawarkan diri sebagai PM bagi pihak Pakatan Harapan (PH).
Maafkan saya, Tun M. Saya antara rakyat Malaysia yang tidak bersetuju Tun masih lagi bergiat aktif dalam politik. Saya tidak bersetuju bukan semasa PRU14, tetapi sejak Tun meletakkan jawatan lagi. Bukan saya tidak suka Tun, cuma saya rasa Tun perlu beri peluang kepada orang lain. Konsepnya samalah seperti perlantikan ketua fakulti selama tempoh 2 tahun. Apabila orang lain dilantik, biarlah dia buat cara dia. Sampai masa kita pula, kita buat cara kita. Tapi cara tu kenalah cara yang betul, kan... Mungkin ini adalah perspektif berbeza kerana melibatkan negara. Siapa sangka setiap kali campurtangan Tun memberikan kebaikan kepada negara yang ramai orang tidak nampak dan tidak terfikir sebelum ini. Walaupun tahu memang itu niat Tun, tapi tidak dapat dilihat pada masa itu. Saya percaya Tun adalah anugerah untuk negara Malaysia.
Saya cuma tidak bersetuju, bukan bermakna saya menghalang. Saya kasihankan Tun. Bukan kerana tidak percayakan Tun (mana mungkin tidak percaya, saya adalah generasi di bawah kepemimpinan Tun sejak saya dilahirkan), tetapi atas faktor usia. Kerana kebijaksanaan Tun, saya takut kalau harapan Tun tak dapat dilaksanakan. Siapa yang berkaliber macam Tun untuk menggantikan Tun? Namun saya doakan agar Tun sihat dan dipanjangkan usia untuk menjaga negara tercinta ini. Semoga pengorbanan Tun ini dibalas dengan pahala. Ameen.

Ketika umur persaraan kakitangan kerajaan dilanjutkan ke usia 60 tahun, saya juga merungut, makin lambat la aku nak bertumpu di sejadah. Mungkin menjadi impian ramai orang, selepas bersara ingin meningkatkan amal ibadat. Saya juga tidak terkecuali. Mungkin Tun pun sama. Mari kita sama-sama jadikan kerja kita sebagai ibadah walaupun kita tidak dapat meluangkan masa yang lebih untuk beribadat. Ada banyak cara untuk beribadah kan?

Cnp  drpd FB

19hb May 2018
21.30pm
Nukilan Tun M Selepas Pilihanraya
PERJUANGAN TERAKHIR
Tun Mahathir bin Mohamad
Aku sudah di penghujung nyawaku
Aku hanya mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan bersimpuh dan bersujud pada Yang Esa
Namun bagaimana aku bisa khusyuk dalam khalwatku
Kerana tika ku pejamkan mata
Aku melihat anak bangsaku dikotak-katikkan
Aku nampak hak generasi mudaku dirobek-robek
Dek tangan-tangan rakus yang berqiblatkan syaitan
Aku tahu aku perlu berbuat sesuatu
Aku bukan orangnya untuk diam berpeluk tubuh
Memerhatikan segala macam kemungkaran, segala macam salah laku dan segala macam noda
Yang dibuat tanpa sebarang rasa berdosa
Ya Allah Ya Tuhanku
Kini aku tahu kenapa Kau memanjangkan nyawaku
Dengan sifat Rahman dan RahimMu, pada usia 93 tahun aku masih boleh berdiri gagah, masih dikurniakan kesihatan yang baik, masih berfikiran waras dan masih bersemangat waja
Dalam menghadapi perjuangan terakhirku
Syukur Alhamdulillah
Dengan izinMu aku telah berjaya
Mempertahankan yang Haq, menundukkan yang Bathil
Mudah-mudahan selepas ini aku dapat memejamkan mataku dengan tenang
Semoga rohku dapat bertemu Penciptanya dengan aman
Cuma satu pintaku
Setelah aku pejam mata
Janganlah diperbesar-besarkan namaku
Jangan nukilkan apa-apa tentangku
Anggaplah segala-galanya jariahku
Sebagai bekalanku di akhirat kelak
Andai sudi, tika itu cuma hadiahkanlah Al-Fatihah untukku
Moga jadi pendinding menghadapi Munkar dan Nangkir
Moga jadi bekal bersoal-jawab di Mahsyar
Moga jadi modal bertemu Yang Khaliq
Amin Ya-Rabbal 'alamin


Tun M yang hebat, saya tidak mampu menjadi seperti Tun. Betapa Tun mengambil berat dan berpandangan jauh terhadap negara walaupun sudah meletakkan jawatan sebelum ini. Saya yang belum pun pencen, tapi baru kira bercuti betul2 dah tak amik port pasal kerja dah... (kena guna term bercuti betul2, sebab kita time cuti pun ngadap kje)

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger