Sejak beberapa hari ni saya rasa seronok pula berkongsi berkenaan politik. Dah lama saya ingin berkongsi berkenaan politik akademik/ilmiah, tapi tak tersampai. Mungkin kerana suasana politik sebelum ini yang kurang terbuka.
Saya masih teringat lagi isu semasa yang membabitkan 'politik underground'. Allahyarham Tok Guru Nik Aziz (TGNA) juga bersetuju dengan Tun M walaupun mereka musuh politik. Saya rasa sangat matang politik ketika itu. Isu yang menjadi hangat apabila ada sesetengah pihak yang menggunakan teknik 'underground' untuk melawan kepimpinan negara masa itu.
Satu akhbar memaparkan komik dengan rupa paras arwah dan mengatakan bahawa "gapo bawoh tanoh, atas tanoh ado terbuko". Ini adalah teguran kepada pihak pembangkang pada masa itu yang tidak melalui saluran yang betul.
Saya juga masih ingat betapa pihak parti PAS sangat kuat menentang Tun M tetapi ahli-ahli parti Tun M sangat humble, tanpa membidas seperti mana kini, bermulanya sejak kewujudan media sosial spt Fb, twitter dll. Saya sangat kecewa apabila pemimpin2/menteri2 kerajaan di bawah DS Najib membalas dengan hujah-hujah yang kadangkala menunjukkan kebodohan diri mereka sendiri. Banyak sebab mereka hilang kepercayaan rakyat. Tidak harianlah PRU14 ini mereka kalah teruk.
*************************************************************************
Alhamdulillah, pada hari ini 27/5/2018, TV3 menyajikan temubual bersama Tok Guru Haji Hadi (TGHH) yang mewakili PAS. Inilah yang dinamakan politik matang.
https://www.facebook.com/ahmadfadhli1980/posts/10154739512979567

No comments:
Post a Comment