Saya sangkakan hanya saya je yang
makan hati dengan system di kampus ni, rupa2nya lecturer2 lain pun makan hati
jugak, cuma mereka lebih byk bersabar sampai ke pencen lagi…. Saya ni mmg x
boleh sabar, lebih2 lagi saya pernah mengajar di sebuah university yang jauh
lebih baik fasiliti dan sistemnya berbanding di sini.
Harapan utama saya semoga bilik
kuliah semakin bertambah dan dilengkapi projector walaupun tiada PC. X pe, kami
lecturer boleh angkut laptop kami bawa ke kelas.
Dengan harapan fasiliti bilik
kuliah diberi penambahbaikkan, seterusnya dapat memberikan ruang jadual
waktu yang lebih baik kepada para pensyarah dan pelajar.
Semoga tiada lagi pelajar yang
mempunyai kelas bermula 8am sehingga 6.30pm non stop!!!
Begitu juga lecturer tiada lagi
kelas pada waktu lunch hour!!!
Moga pelajar yang mengambil
subjek FYP1 & FYP2 boleh dikosongkan di dalam jadual mereka selari dengan
jadual pensyarah untuk memberikan ruang presentation & consultation spt
mana yg telah dilaksanakan di UTHM. Pada tahun 2007, seluruh fakulti mereka (FKEE UTHM) telah memutuskan hari Khamis 8-1pm
adalah waktu untuk pembangunan pelajar.
Sepertimana juga telah
dilaksanakan di FKEE UTHM, mereka juga telah menyediakan waktu untuk mesyuarat
dsb (atau lebih kepada aktiviti fakulti) pada hari Khamis jam 2-5 ptg. Saya
juga berharap di kampus ini boleh laksanakan perkara seperti ini bagi memudahkan dan
melancarkan perjalanan kuliah sekiranya fakulti merancang untuk mengadakan
mesyuarat dsb.
Contoh jadual di UTHM yang telah reserve Khamis sbg hari FYP & meeting fakulti |
Semoga semua ini menjadi realisasi.
Amin…
Nak kabo ke sape ek? Sape yg akan
dgr rintihan kita ni? VC yang baru, boleh tolongkah?
Lagi satu aku dah jemu jelak dengan aktiviti yang pelbagai semasa kuliah berlangsung. Kalau depa x buat penambabaikkan sptmana yg aku telah nyatakan, memang kacau kuliah sokmo. Seingat aku dulu, masa kt UTHM x de perabih duit pun buat aktiviti2 yg x melibatkan akademik, jarang2 je buat, tapi kat sini sokmo beno buat aktiviti. Sampai budget utk P&P diketepikan, dok sibuk sgt dgn majlis itu majlis ini.
Satu isu lagi yang aku x puas hati.... Dalam email 'dijemput hadir', tiba2 abis aktiviti kabo 'wajib' pulak.... Pantang bile "EE" yg x datang!!! KECOH!!! Mentang2 la kami ni x menyumbang kat kampus, hinala kami... kami bukan x buat kje... tapi kami sibuk dgn kje pengkhususan kami. Rasanya org 'engineering' memang gini dah peelnye... bukan anti-sosial, tapi kami sendiri 'pening' dengan content "EE" itu sendiri. Byk benda yang nak dipelajari, tapi sampai ke hari ni x pernahnya habis... sentiasa ada benda baru... kalau nak rasa, cubalah ambil 1 portion shj drpd "EE".