PP testing PPTX
PPS testing PPSX
This blog is all about my life. It's my diary which is not a secret anymore... It is a story about my mind, my opinion, my activities, my feelings and my knowledge.
Harga dipetik daripada Shopee
Harga 1 set = RM45.99 Laundry powder 1kg RM20 Dishwash 1L RM10 Floor & Toilet Cleaner 1L RM15.99 |
Sebagai pengguna, saya akan
membandingkan kualiti, kuantiti dan harga sebelum mengubah brand untuk dibeli.
Saya merupakan pengguna tegar Dynamo
kerana suami seorang pomen, sudah tentu kotoran pada pakaiannya bukan ‘biashe2’.
Saya akan meletakkan Dynamo jenis cecair pada bahagian pakaiannya yang kotor semalaman
tanpa rendaman. Keesokan hari barulah saya basuh menggunakan mesin basuh dengan
suhu tinggi dan sabun Dynamo serbuk. Harga pasaran sabun Dynamo merujuk kepada
Shopee juga: Dynamo gel 1.44kg RM13.58, Dynamo serbuk 2.1kg RM12.90.
Kedua-duanya saya boleh beli dengan harga RM26.48 dengan kuantiti 3.54kg
berbanding RM20 1kg!!! Kualiti produk MLM ini bolehlah saya katakan ia tidak setanding
Dynamo kerana saya telah pun mencubanya. Dengan alasan ini, agak sukar untuk
saya menjual dan ‘claim’ sepertimana iklan-iklan daripada penjual.
Saya merupakan pengguna tegar Mr
Muscle Bathroom Cleaner yang boleh didapati di pasaran dengan harga RM8.90
(900ml) atau RM5 (450ml). Bayangkan beza harganya dan kuantiti yang anda boleh
dapat! Kualiti Mr Muscle tak perlu disangkal lagi. Letakkan di dinding &
lantai bathroom/toilet, biarkan beberapa jam, kemudian cuci.
Saya juga merupakan pengguna
tegar Harpic Cleaning Gel for toilet bowl. Boleh dapatkan harga di pasaran RM10
untuk 2 botol (2 botol x 500ml). Kualitinya pun semua sudah sedia maklum, tidak
perlu dipertikaikan lagi. Dari segi kuantiti, sudah tentu saya tidak akan
bertukar kepada yang lain.
Basuhan pinggan mangkuk cawan,
saya gunakan Sunlight Lemon (warna kuning) kerana ia tidak merosakkan kulit
saya. Selain daripada jenis ini, kulit saya sensitive sehingga menggelupas. Setakat ini, bagi
saya daripada aspek kualiti, tiada tandingan lagilah dengan mana-mana produk. Sunlight
sangat berkesan menanggalkan minyak. Sunglight sangat pekat, hanya perlukan sedikit
sahaja untuk dicampurkan dengan air, sudah tentu ini menjimatkan. Apatah lagi
dengan harganya Rm5.55 1 liter.
Nantikan kupasan saya bagi
produk-produk yang lain. Saya bukan ejen mana-mana produk. Saya memberikan
pandangan mengikut pengalaman sendiri. Saya menilai mengikut kuantiti, kualiti dan harga. Jadilah pengguna bijak.