Saturday, May 27, 2017

Link Resepi Soto Johor

Lama x update blog ni... Rasa lawak betul baca blog sendiri... hasil tulisan org baru nak menulis masa tu.. almaklumla fb lum famous lg, smua share kat blog belaka... lagi satu masa tu rasa macam x ramai org baca...nah, skrg internet dah mcm pisang gorg panas...x de internet mcm x leh hidup!!! ipv4 pun abis since 2015, u can imagine lar... Lagi2 ler zmn elearning skrg ni kan? Blog ni akan diupdate smula sbb ada beberapa info penting utk kriteria kenaikan pgkat ni... tapi cmne info malaun tu blh hilg pulak? 

Hari ni 1st day Ramadhan di Malaysia. Sahur pg tadi masak apa? Kami pg tadi buat 2-in-1, lontong blh, nasi berlauk pun blh.. nasi putih, nasi himpit, masalodeh/kobis masak lemak, sambal ikan goreng, ikan goreng, telur rebus dan telur dadar. Ni makanan utk anak2 sekali. Berbuka ni korg mkn apa? Kitorg try soto johor bersama bergedil. Yg ni pun blh jd 2-in-1, soto blh, nasi berlauk pun blh. Hehehehe... Siang tadi anak2 mkn jemput2 udang. Mmg favourite diorg, almaklumla org Tganu kan? Udg, sotong, ikan tu lauk wajib...

Cnp (kalau2 link tersebut delete, ni ada copynye)

Soto Ayam Orang Johor
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
  • I ekor ayam – potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk lada putih  
  • Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
  • 1 cawan santan pekat
Bahan Kisar:
  • 5 ulas bawang merah                  
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai - ketuk
Cara Menyediakan Soto Ayam Johor
  • Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
  • Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
  • Masukkan sedikit santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
  • Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.
Bahan Buat Sambal Cili
Sumber : Cik Matahariku
Segenggam cili padi
2 ulas bawang putih
3 sudu makan gula pasir
Kicap lemak manis Jalen ( ikut suka jenama apa)
1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya)

Blend semua bahan sekali dengan kicap.Masukkan sedikit air sahaja.Kicap tu dah boleh larutkan gula cili dan bawang putih dalam blender tu nanti.Boleh jugak goreng dulu cili dan bawang putih, kemudian blend.

Bahan Tambahan Lain:
  • Taugeh – celur
  • Daun sup – hiris
  • Daun bawang – hiris
  • Bawang goreng
  • Kacang tanah goreng
  • Soon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
  • Begedil kentang
  • Mee hoon – celur
  • Nasi Impit – potong kecil

Cara Buat Begedil kentang Untuk Soto Ayam Johor
Sumber : Cik Matahariku
  • 7-9 biji kentang – digoreng
  • 2 pokok daun sup - mayang halus
  • Bawang goreng ( anggaran satu paket sederhana bawang goreng )
  • 2 biji telur ( untuk menggoreng begedil yang sudah di bulat-bulatkan)
  • Garam
  • Serbuk lada putih
  • Boleh letak daging atau ayam kisar kalau suka
Cara Menyediakan Begedil
  • Belah kentang dalam 4-5 bahagian dalam bentuk memanjang sebelum digoreng.Kemudian toskan air barulah digoreng sehingga kekuningan.
  • Masukkan kentang dalam bekas yang boleh dilenyek dengan mudah.Masukkan juga semua bahan seperti bawang goreng, daup sup.Boleh gunakan alu lesung batu bila nak lecek kentang tu.Masukkan sekali serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
  • Bila kentang dah sebati dengan semua bahan,bolehlah buat bebola kentang.Ikut kita nak besar mana.Kalau saiz bebola kentang kecil, lagi senang nak ngap kan.muehee.
  • Masukkan begedil yang sudah dibulat-bulatkan dalam bekas kedap udara.Simpan dalam peti sejuk sekitar 1-2 jam sebelum di goreng.
  • Masa nak menggoreng begedil, pecahkan telur dalam bekas dan letak sedikit garam.Celupkan begedil dalam telur tadi dan goreng dengan api sederhana.

Yg ni version saya edit sikit.
Cara penyediaan sup, saya chop bawang, halia dan kunyit guna Tupperware Turbo Chopper. Kmdian gaul bersama jintan manis, jintan putih dan lada putih.Saya tidak menggunakan serai dalam penyediaan sup.
Goreng bawang putih dulu sampai naik bau, kmdian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, last baru bhn2 yg dichop tadi.
Bagi penyediaan sambal kicap, saya gunakan juga bawang merah yang dichop bersama-sama bawang putih dan cili.
Soto Johor versi saya

Kat fb ramai share resepi bersahur dan berbuka. Jom kita try. Senang kan skrg nak memasak? Ramai org share ilmu memasak di internet.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger