Saya bukan seorang doktor perubatan, malah saya juga belum pernah didiagnos mengalami depression. Cuma setelah rasa sedikit normal kini, terfikir pula mungkinkah suatu ketika dahulu saya mengalami depression? Sebelum ini, saya memang tiada pengetahuan tentang depression sehinggalah seorang sahabat berkongsi kisah adiknya yang mengalami depression. Kemudian, seorang sahabat lama juga bercerita bagaimana hidupnya yang terpaksa mengambil ubat-ubatan kerana depression. Saya ke klinik panel untuk didiagnosis samada saya sekadar depress/depression atau mungkin mild depression (apa term yang doktor beritahu sebelum ini, saya lupa). Namun, menurut doktor klinik tersebut, untuk bertemu psikiatri, saya perlu ke klinik kesihatan (confirm lain kali je la).
Adakah mungkin depression ini bermula apabila ujian2 hidup yang agak berat pernah dilalui,kemudian ia bertimpa-timpa? Wallahualam.
Sebenarnya saya seorang yang passion dalam certain2 task karier. Disebabkan KPI banyak sangat, tak semua KPI yang saya gemar buat. Ada KPI yang asal cukup, dah la... tapi ada KPI yang dah lama menjadi buruan dan impian saya, namun saya tidak mampu mengejarnya lagi atas banyak faktor. Mungkin itu jugalah menyebabkan saya semakin rasa down. Saya redha tapi mungkin di sudut hati saya sedih. Kemudian, satu-persatu ujian menimpa kehidupan saya menyebabkan hati saya sedih. Walaupun saya menerima semua ujian itu dengan redha, hati saya tetap sedih. Saya cuba meneruskan kehidupan tanpa terlihat akan kesedihan itu. Life must go on... Saya menganggap ujian-ujian dan kesedihan ini juga merupakan kifarah yang Allah berikan kepada saya atas dosa-dosa saya. Alhamdulillah, saya terima kifarah di dunia. Semoga akhirat saya lebih baik. Ameen...
Semasa mengandungkan anak ke2, actually I was not ready mentally (kira eksiden la ni). Sebagai orang Islam, saya masih lagi waras dan menerimanya. Tapi the dark side, macam2 yang saya fikirkan.. sampai saya tak tahu betul ke ini datang dari fikiran saya, atau hati saya, atau bisikan syaitan? Saya tak tahu...tapi kat sini saya nak bagi term 'bisikan syaitan' sebab memang jahat gile!!!
Pertama, bisikan syaitan itu meminta agar kandungan gugur di awal-awal kehamilan. Kalau dah keluar nanti, confirm x leh terima kalau meninggal sebab dah tengok, dah mula sayang. Kedua,kalau hidup, bagi kat orang lain bela. Astaghfirullah al-azim..tapi bisikan syaitan ini kerapkali menjengah ke fikiran atau hati pun saya tak tau...
Walaupun bisikan syaitan ini sering menerjah saya, saya cuba berpura-pura seolah-olah tidak mendengar walaupun kadang-kadang saya melayan (membayangkannya) dalam tempoh yang singkat. Adakah ini suara syaitan? atau yang dikatakan suara-suara depression? Wallahualam. Sepanjang tempoh kehamilan itu, saya tidak pernah menceritakan kepada suami hal itu. Malah, saya juga tidak mengeluarkan bisikan syaitan itu kepada suara yang boleh didengari orang lain. Saya hanya biarkan ia di dalam hati/fikiran sahaja.
Setelah saya bersalin, tiada lagi kedengaran bisikan syaitan itu. Alhamdulillah..tiada pula dengar 'bagi anak ini kepada orang lain'. Saya kembali normal. Sayang gile dengan anak ke2 ni walaupun sepanjang tempoh mengandung bisikan syaitan itu sering menghantui fikiran/hati saya.
Meskipun saya sudah normal dan tidak lagi mendengar dan melayan bisikan syaitan, perangai saya pula yang pelik. Sampai tempoh saya harus kembali bekerja, saya enggan. Saya ingin cuti panjang lagi. Rasa kebencian terhadap institusi tempat saya bekerja meluap-luap. Saya tidak dapat mengawal rasa kebencian itu. Terfikir juga hendak resign tetapi banyak risiko. Dengan itu, saya bercadang untuk bercuti tanpa gaji.
Sudah 2 minggu saya tidak hadir bekerja walaupun saya sudah berada hampir dengan tempat bekerja, namun hati saya sangat berat untuk masuk ke pejabat bagi menguruskan cuti tanpa gaji. Saya tak mampu untuk masuk ke institusi itu. Rasa benci meluap-luap disebabkan oleh peristiwa-peristiwa di tempat kerja sebelum ini. Suasana kerja yang saya rasakan sangat tertekan. Mana boleh nak senang hati kerja kalau ada environment bos suka cari salah orang tak sudah2, meeting pun cakap serupa carik gaduh, x leh cakap baik2 ke? Walaupun sebenarnya saya boleh buat tak tahu je dengan bos yang macam ini, tapi kali ini saya betul-betul rasa lain. Kenapa yek? Adakah ini rentetan bisikan syaitan yang dah hilang tu, timbul pula rasa lain? Wallahualam.
Kes berat juga saya masa ni sebab tak datang kerja tanpa ada permohonan untuk bercuti/MC. Agak2nya kalau saya positif depression masa tu, boleh dapat MC lama x, atau cuti separuh gaji? Saya hampir dikenakan tindakan tatatertib tapi disebabkan bos fakulti saya yang sangat baik hati, dia telah menyelamatkan saya daripada dikenakan tindakan tatatertib. Alhamdulillah..terima kasih, bos. Semoga Allah membalas jasa baik bos dan murah rezeki bos. Ameen.
Hmmm...skrg ada pula peruntukan undang-undang yang boleh saman majikan kalau buat pekerja stress... agak2nya aku boleh saman x bos aku 'tu' yg membuatkan aku depressed? Ni bos x sama dgn bos fakulti ye... jauh panggang dari api, bagai langit dengan bumi.
Akhirnya, aku uruskan cuti tanpa gaji melalui pos sahaja kerana ketidakmampuan aku untuk melangkah masuk ke institusi itu. Permohonan cutiku selama setahun tetapi diluluskan hanya 6 bulan sahaja. Rugi aku tak jumpa psikatri masa tu. Mungkin x perlu cuti tanpa gaji... Manala aku sedar masa tu yang mungkin aku ada mental disorder (betul ke term ni?)....
So, harap2 di luar sana kalau tiba2 ahli keluarga/rakan2 yang anda kenali berubah 360 darjah, kemungkinan mereka mengalami masalah seperti saya..meskipun masalah berbeza tapi symptom lebih kurang la.. x pasti la depressed/depression... kena refer pakar...
Sekian, wassalam.