Sunday, May 27, 2018

Isu-isu berbangkit tidak dijelaskan kerajaan BN sebelum ini

Kerajaan Malaysia yang baru ini berjaya mendedahkan isu-isu berkaitan 1MDB. Walaupun masih dalam siasatan, terdapat  beberapa fakta yang kita ketahui termasuklah kedudukan kewangan dan urusniaga 1MDB yang sebelum ini diwarwarkan berjaya dengan jalinan usahasama PetroSaudi dan pembinaan masjid.
Adakah kita semua ditipu DS Najib yang malu untuk menyatakan bahawa 1MDB telah mengalami kerugian dalam urusan perniagaan? Atau adakah kerana beliau terlibat dengan penyelewangan dana 1MDB? Wallahualam. Jangan menabur fitnah sebelum ia disahkan benar. Spekulasi berasas adalah diterima, hokey!!!
Dokumen audit yang didedahkan Tun M menjelaskan urusniaga 1MDB (banyak rupanya) dan didapati tidak mendapat kerjasama daripada pihak 1MDB (kenapa begitu?). CEO pula seolah-olah tidak tahu apa berlaku dan tidak ambil pusing. Apa guna CEO kalau macam tu? Pelik betul kes 1MDB ini. Macam-macam spekulasi boleh timbul. Kenapa DS Najib mempertahankan sebelum ini? 
Mungkin juga tujuan asal 1MDB adalah untuk menjana pendapatan negara, tetapi diseleweng. Seperti juga tuduhan ke atas Tun M yang melibatkan forex. Mungkin tujuan yang sama, tetapi gagal. MPN juga begitu, tujuan asal yang murni tetapi disalahgunakan. 

Seperti GST juga, ada isu yang rasanya mengelirukan. Sebelum GST diperkenalkan, SST bernilai 10%. Ini bermakna harga barang sebelum ini sudah termasuk 10% cukai, cuma tidak dipaparkan pada resit. Jika SST dihapuskan dan menggantikan GST 6%, harga barang sepatutnya menjunam sebanyak 4%. Tetapi mengapa harga bertambah 6%? Siapa yang menipu di sini? Kerajaan BN atau peniaga? Jika bertambah,bermakna kerajaan masih lagi menerima 10% SST dan tambahan 6% GST, atau mungkin hanya 6% GST dan 10% milik peniaga? Tidak dinafikan ada juga peniaga yang mengambil kesempatan di atas perlaksanaan GST ini.
Dahulu semasa percukaian SST dilaksanakan, peniaga tidak memaparkan jumlah cukai yang dikenakan. Hanya KFC, Pizza Hut, McD dan yang seangkatan dengannya sahaja yang memaparkan cukai di dalam resit. Sistem SST ini dikatakan tidak telus dan peniaga boleh menipu dalam pembayaran cukai. (sumber FB Abdul Rahman Kamis, lulusan ekonomi) Cadangan saya, walaupun GST dihapuskan selepas ini, setiap pembelian kita sertakan nilai cukai sekali. Confirm peniaga tidak boleh mengelat dalam pembayaran cukai. Sayangkan negara bayarlah cukai ye...

Melenting tengok video ini?

https://www.facebook.com/kelahmerah/videos/2088723654475140/

Apa reaksi anda menonton video ini?

Bagi saya ada informasi di sebaliknya. Kita jangan mudah melatah meskipun video ini disusun seolah-olah anti-Tun M. Video ini sangat menarik kerana penuh informasi dan jika anda mempunyai minda yang rasional dan positif, anda tidak akan cepat melatah dan melenting. Secara kesimpulannya, persepsi saya adalah Tun M mahu Malaysia ini mengikut acuannya. Namun acuannya sukar untuk dibaca dan ditafsir.
Meskipun Tun M dikatakan bersikap kronisme ketika itu, namun sumbangannya tidak boleh dinafikan. Seperti juga DS Najib, di sebalik skandal penyelewengan wang negara, sumbangannya juga tidak kurangnya. Tun Abdullah yang humble dengan slogan 'Islam Hadhari' pula tidak nampak ketegasan dan kebijaksanaannya dalam menerajui negara. Mungkin terlalu awal untuk dinilai telah meletak jawatan. Senang kata, setiap manusia ada buruk baiknya, kita memang tidak sempurna. Janganlah kita caci-mencaci sesama kita. Tambahan pula kita kini berada pada akhir zaman di mana pemimpin pada masa ini selain berkhidmat, juga memenuhkan poket mereka. 
Saya percaya Tun M kali ini ikhlas ingin membina negara Malaysia yang baru dengan mengambil kira pandangan rakyat. Saya juga percaya Tun M menawarkan diri untuk menjadi PM ke-7 kerana (selain daripada kenyataan beliau,ini adalah persepsi saya):

  1. Tiada pemimpin yang berkaliber untuk menerajui dan menyatukan pembangkang sebelum ini (kini sudah menjadi kerajaan  Malaysia)
  2. Tiada pemimpin yang lebih arif tentang pentadbiran negara Malaysia di kalangan pembangkang (kini sudah menjadi kerajaan Malaysia)
  3. Kejatuhan kerajaan BN (kini adalah pembangkang kerajaan Malaysia) sudah diramalkan beliau kerana banyak isu-isu berbangkit yang menyebabkan kemarahan rakyat
  4. Yang terakhir ini hanya persepsi saya tetapi saya tidak boleh kongsikan di sini kerana ia begitu sulit.
Dengan sebab itu, Tun M ketepikan hasratnya untuk ber'sara'.

Zaman politik matang suatu ketika dulu....

Sejak beberapa hari ni saya rasa seronok pula berkongsi berkenaan politik. Dah lama saya ingin berkongsi berkenaan politik akademik/ilmiah, tapi tak tersampai. Mungkin kerana suasana politik sebelum ini yang kurang terbuka. 
Saya masih teringat lagi isu semasa yang membabitkan 'politik underground'. Allahyarham Tok Guru Nik Aziz (TGNA) juga bersetuju dengan Tun M walaupun mereka musuh politik. Saya rasa sangat matang politik ketika itu. Isu yang menjadi hangat apabila ada sesetengah pihak yang menggunakan  teknik 'underground' untuk melawan kepimpinan negara masa itu. 
Satu akhbar memaparkan komik dengan rupa paras arwah dan mengatakan bahawa "gapo bawoh tanoh, atas tanoh ado terbuko". Ini adalah teguran kepada pihak pembangkang pada masa itu yang tidak melalui saluran yang betul.
Saya juga masih ingat betapa pihak parti PAS sangat kuat menentang Tun M tetapi ahli-ahli parti Tun M sangat humble, tanpa membidas seperti mana kini, bermulanya sejak kewujudan media sosial spt Fb, twitter dll. Saya sangat kecewa apabila pemimpin2/menteri2 kerajaan di bawah DS Najib membalas dengan hujah-hujah yang kadangkala menunjukkan kebodohan diri mereka sendiri. Banyak sebab mereka hilang kepercayaan rakyat. Tidak harianlah PRU14 ini mereka kalah teruk.

*************************************************************************
Alhamdulillah, pada hari ini 27/5/2018, TV3 menyajikan temubual bersama Tok Guru Haji Hadi (TGHH) yang mewakili PAS. Inilah yang dinamakan politik matang.
https://www.facebook.com/ahmadfadhli1980/posts/10154739512979567

Saturday, May 26, 2018

Politik Akademik dan Isu Semasa

Rentetan daripada perkongsian saya sebagai generasi x di bawah kementerian pelajaran/pendidikan zaman Tun M, kali ini saya ingin berkongsi berkenaan politik akademik dan isu-isu semasa. Pertama sekali, saya ingin mengingatkan bahawa politik matang bukan menukar kerajaan (ini perkara biasa di seluruh dunia) tetapi adalah menerima cadangan/tindakan yang benar daripada pihak lawan atau dengan kata lain kita seharusnya rasional (bukan proses rasionalisasi 1MDB hokey!!!). Setiap manusia mempunyai buah fikiran yang berbeza-beza, dengan perbezaan itulah negara perlukan sebuah kerajaan dan pembangkang. Tapi rata-rata netizen bertindak seolah-olah 'aku yang betul'. Bagaimana minda sebegini perlu diubah? Bagaimana politik kepartian ini boleh dikikis dan digantikan dengan politik akademik/matang?
Alhamdulillah, kerajaan baru Malaysia kini cuba bersikap terbuka dengan mengambil kira pandangan rakyat. Harap-harap bukan sekadar omong-omong kosong. Walaupun hanya beberapa menteri yang sudah berpengalaman menerajui negara termasuk Tun M, DS Muhyiddin Yassin dll, muka-muka baru seperti Mat Sabu, DS Lim Guan Eng  (LGE)(berpengalaman di peringkat kerajaan negeri) dll haruslah mempelajari bagaimana menjadi menteri yang bijaksana dan pastinya berintegriti. 
Baru-baru ini pendedahan DS LGE terhadap hutang negara telah menyebabkan bursa Malaysia jatuh. Walaupun ia bertujuan mendedahkan maklumat berkenaan hutang negara dan 1MDB, tetapi secara tidak langsung ia menggugat kepercayaan pelabur asing. Dengan tindakan yang sebegini, dia ditegur DS Najib. Saya rasa inilah masanya DS LGE perlu belajar dan menerima teguran/kritikan walaupun DS Najib dikaitkan dengan penggelapan wang negara. 
Setelah DS LGE menerangkan hutang negara secara terperinci, bursa Malaysia naik semula. Bukankah sentimen daripada kerajaan ini memainkan peranan penting dalam sektor pelaburan negara? Saya memetik kata-kata daripada FB Abdul Rahman Kamis,lulusan ekonomi. 
Demi negara, siasat lah skandal 1mdb dengan tertib tanpa beri kesan negatif kepada sentiment pasaran. Bak pepatah melayu lama "tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak".
Seperkara lagi saya ingatkan jangan menuduh selagi DS Najib belum disahkan bersalah. Mungkin akhir sekali DS Najib adalah mangsa kepada DS Rosmah Mansur? Siapa tahu... http://matbawang.com/deepak-dedah-upacara-ilmu-hitam-yang-digunakan-seram/
Saya tidak pasti sekiranya cerita ini benar, tapi secara logiknya seperti benar. Ini bukan tuduhan, tetapi spekulasi. Satu dunia sudah maklum bahawa DS Najib menuruti isterinya. Jika anda terbaca kisah bagaimana dia berpisah dengan bekas isteri pertamanya juga menimbulkan keraguan di situ. Bukan saya membela DS Najib, tapi kepada sesiapa pun kita perlu bersikap adil
Sangatlah normal apabila manusia yang dikaitkan dengan kesalahan, amat sukar untuk kita menerima nasihat dan pandangannya walapun ia berasas. Analogi yang paling mudah, orang yang hisap dadah bagi nasihat perlunya menjaga solat fadhu lima waktu. Kan pelik gitu? Tapi apakah nasihatnya itu salah?
Seorang lagi tokoh yang dikaitkan dengan penyelewengan  wang negara adalah DS Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas pengarah Lembaga Tabung Haji. Ini bukan tuduhan daripada saya, tetapi beliau adalah 'suspect' dalam kes ini. Di sebalik kisah hitam itu, link ini menceritakan kebaikan beliau. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gudang-azeez-bernilai-ratusan-ribu-176313 
Difahamkan, setiap barangan yang akan diagihkan kepada penduduk, disimpan di situ.
“Budak-budak di Baling yang tiada kerja ditawarkan bekerja dengannya.
“Bukan dia nak ambil bekerja sangat, tapi dia lebih kepada nak tolong,” katanya. 
Janganlah kita mengecam mereka selagi mereka tidak disabitkan bersalah. Bagi saya tidak mustahil walaupun beliau mungkin tersasar, tidak bermakna beliau tidak melakukan kebajikan. Saya rasa kita manusia sama sahaja, kita bukan ma'sum,bukan nabi. Cuma cara kita berpahala dan berdosa berbeza.
Terus-terang saya katakan saya tidak suka dengan budaya caci-maki di dalam media sosial hari ini. Ia melambangkan kejatuhan budi bahasa kita dan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Saya rasa perkara ini sangat parah dalam masyarakat kita hari ini. Adakah kalian yang suka caci memaki ini tiada perasaan?
Saya tidak dapat nafikan memang kita berasa marah sekiranya penyelewengan ini benar-benar dilakukan oleh mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga rakyat dan negara. Dahulu tiada media sosial, kalau kita marahkan seseorang kita boleh bersembang bersama ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan, kan? Tapi sekarang, kita tunjukkan satu dunia kemarahan kita. Jika terbaca oleh orang yang kita marahkan/kutuk itu, apakah perasaannya? "Lantaklah, sape suruh buat gitu kan?" Agak-agaknya kita menambah pahala ke dengan cara itu? 
Manusia ni kalau nak bagi betul-betul sedar satu sahaja, apabila kematian benar-benar menghampiri. Seperti kes Siti Kassim dan ahli-ahli sekutunya, apa kata hantar mereka ke Palestin sebagai misi kemanusiaan?

Friday, May 25, 2018

Gen X dan bumiputera....

Aku adalah generasi X. Aku dilahirkan pada tahun pertama Tun M dilantik sebagai PM Malaysia yang ke-4. Dari sekolah tadika sehingga ke universiti, aku dididik berdasarkan sistem pendidikan di bawah kepemimpinan Tun M. Di bawah lembayung pendidikan masa itu, aku dibekalkan dengan jati diri yang kuat sebagai rakyat Malaysia. Korang tau apa itu jati diri? 
Walaupun aku bukan pelajar cemerlang, bukanlah orang hebat, dan bukan juga seorang hartawan, tapi aku berjaya mengharungi kepesatan teknologi ini. Berjaya yang macam mana tu? Jadi expertise computer security ke? Bukan... berjaya menjadi rakyat yang rasional walaupun media sosial dipenuhi dengan maklumat / nasihat / spekulasi / fitnah /entertainment dll.
Teknologi hari ini seperti yang disebut-sebut pada tahun 90an semasa aku sekolah menengah, 'maklumat di hujung jari', 'langit terbuka', 'dunia tanpa sempadan'... yang tidak dapat kami bayangkan pada tahun 90an itu apakah 'maklumat di hujung jari'? macam mana 'langit terbuka'? Now we see it. It is internet... dan hari ini ada term baru pula, IoT (internet of things).
Aku sekadar berkongsi sahaja, bukan minta diikuti. Mungkin zaman sudah berubah. Jadi tidak boleh kita samakan keberkesanan sistem lama untuk dilaksanakan pada zaman ini. Aku sebenarnya setuju sangat dengan AUKU yang lama (zaman Tun M), di mana pelajar-pelajar IPT tidak perlu melibatkan diri dalam politik (tapi sesuai untuk yang bawah umur je la, level Master & PhD dah matang, bolehla nak berpolitik). Budak-budak sekolah lagi la, tak perlu juga libatkan diri dengan politik. Bukan apa, otak baru nak kenal dunia, baru nak belajar macam2, tiba2 nak libatkan politik pula? Entah betul ke tak cara berpolitik tu?
Kenapa aku berkata sedemikian yang ditujukan untuk mereka berumur setahun jagung? Politik warisan keluarga adalah politik tidak akademik di mana ia diwariskan kerana mendengar cerita dan kritikan pihak lawan daripada ahli keluarga. Politik akademik adalah dengan mengkaji dan memikirkan sesuatu isu bersandarkan kepada hujah-hujah dan bukti-bukti yang kukuh. Bukan dengan mendengar dan percaya bulat-bulat. 
Aku juga bersetuju dengan penubuhan ISA dan akta-akta hasutan walaupun dikatakan menafikan hak asasi manusia (Ini juga pada zaman Tun). Aku bukan pro-Tun, tapi memandang dari sudut ilmiah. Mungkin pada zaman itu, ia sesuai kerana manusia ala komunis masih ada lagi yang boleh mengancam keamanan negara. 

Saya pasti gen x tidak cepat melatah apabila dihadapkan dengan sesuatu isu. Gen x dibekalkan dengan kesabaran yang tinggi. Gen x juga masih mengamalkan hormat-menghormati antara satu sama lain. Walaupun berbeza pendapat, kita tetap positif kerana manusia ini diciptakan Allah berbagai-bagai. Rupa je pun dah lain-lain, inikan pula hati dan pendapat.

Masa aku sekolah dulu, mmg tak de subjek politik. Tak sesuai untuk umur tu.. tapi x tau la sekarang.. Kenegaraan diterapkan dalam ADM (Alam dan Manusia) dan sejarah kot bagi sek rendah dan menengah. Eh ye ke? Aku pun x bape hingat... Ke jati diri & kenegaraan aku ni dibina oleh ahli keluarga? Apapun masa sekolah x pasti macam mana aku leh belajar kenegaraan.
Bila umur dah capai IPT, otak dah boleh terima pembelajaran kenegaraan spt masyarakat malaysia dan politik. Ini aku belajar kat KUiTTHO. Walaupun aku mengaji bidang kejuruteraan elektrik, subjek kenegaraan juga turut meninggalkan kesan yang dalam buat diriku. Masa itu antara isu yang hot adalah 'negara islam'. Adakah Malaysia dikategorikan sebagai 'negara islam'? Cuba korang jawab..akademik ke x jawapan korang..x aci google, pk sendiri dulu...
Seronok belajar politik secara ilmiah. Kita boleh pandang daripada pelbagai sudut. Tidak kira kita menyokong parti mana pun. Yang penting kita perlu realistik dan rasional. Rata2 saya perhatikan di Fb lebih ramai yang emosional berbanding rasional dan realistik. Baik korang gi belaja politik dgn En Ahmad Esa (mungkin Dr dah skrg). 
Tanpa mengira parti apa pun, andaikata cadangan atau tindakan yang baik daripada lawan kita/parti yang bukan kita sokong, jangan kita nafikan. Tapi sekarang, ramai yang sokong parti masing2 walaupun lawan tu cakap benda betul, tak leh terima langsung. Ini bukan politik matang. Ini dipanggil parti totok, ikut je...dia kata terjun lombong, hang ikut terjun lombong...silap2 hang je yang terjun lombong, dia x terjun pun...
Lagi 1 benda yang x pasti lagi jangan la exaggerate..jatuh fitnah... spekulasi itu x pe, tp pastikan spekulasi secara ilmiah la..korang reti x nak buat tulisan ilmiah (bkn jurnal/conference ye)? Ini yang lecturer saya ajar. Kalau korang ada point atau hujah, korang cari sokongannya dengan kemukan contoh dan bukti.. barulah sedap nk baca & taklah rasa ragu2 sebab hujah tu ada sokongannya...

Contoh yang mudah untuk sebarkan di media sosial, harga beg tangan DS Rosmah Mansur yang didakwa berharga sebuah banglow 2 tingkat. Benarkah ini harga yang dibelinya? Adakah anda terlibat dengan siasatan tersebut? Atau sudahkah pihak polis mengumumkan laporan siasatan mereka? JIka tidak, anda boleh membuat spekulasi berdasarkan harga-harga dan link rujukan. Jangan terus memfitnah sekiranya anda bukan penyiasat.

*********************************************************************************
Saya tertanya-tanya apakah nasib bumiputera selepas ini? Adakah DEB dan dasar-dasar lain yang menyokong bumiputera sebelum ini telah berjaya menghasilkan sehingga 99% persamaan taraf hidup dengan kaum-kaum lain sehingga bumiputera tidak perlu ditolong lagi? Saya harap dengan statement saya ini tidak dikatakan 'racist'. Tujuan utama dasar-dasar ini adalah untuk menyamatarafkan kehidupan setiap kaum di Malaysia.
Saya harap ada data yang tepat bagi mengukur sejauh mana Malaysia telah menyamatarafkan kehidupan setiap bangsa. Data-data tersebut merangkumi:

  • pendapatan isi rumah & individu penduduk Malaysia mengikut kaum
  • gaji bersih isi rumah & individu penduduk Malaysia mengikut kaum
  • golongan pertengahan yang mengalami kemiskinan (kerana penipuan dll) mengikut kaum
  • pemilikan kediaman mengikut kaum

Saya percaya dengan data sedetail ini, kita boleh tahu sama ada bumiputera boleh dihapuskan atau sebaliknya. Buat masa ini, bumiputera adalah agenda nasional. Agenda  nasional tidak boleh diperkotak-katikkan yang mungkin boleh membawa kepada berulangnya kisah 13 Mei 1969.
Ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja melalui pengalaman dan pemerhatian. Saya bukan pakar ekonomi atau penganalis data. 

Tun M yang hebat, anugerah untuk Malaysia

Maafkan saya, Tun M. Apa yang Tun M fikir, tak terjangkau pemikiran saya. Selepas Tun meninggalkan jawatan sebagai PM ke-4, suara Tun masih lagi lantang meminta Dato' Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai PM ke-5. Kemudian, suara Tun M kedengaran lagi meminta Dato' Najib meletakkan jawatan sebagai PM ke-6. Namun, kelantangan Tun M seoalah-olah tidak kedengaran, mungkin kurang liputan di akhbar-akbar/tv, yang cuba menenggelamkan suara Tun. Kelantangan Tun  sekali lagi bergema apabila menawarkan diri sebagai PM bagi pihak Pakatan Harapan (PH).
Maafkan saya, Tun M. Saya antara rakyat Malaysia yang tidak bersetuju Tun masih lagi bergiat aktif dalam politik. Saya tidak bersetuju bukan semasa PRU14, tetapi sejak Tun meletakkan jawatan lagi. Bukan saya tidak suka Tun, cuma saya rasa Tun perlu beri peluang kepada orang lain. Konsepnya samalah seperti perlantikan ketua fakulti selama tempoh 2 tahun. Apabila orang lain dilantik, biarlah dia buat cara dia. Sampai masa kita pula, kita buat cara kita. Tapi cara tu kenalah cara yang betul, kan... Mungkin ini adalah perspektif berbeza kerana melibatkan negara. Siapa sangka setiap kali campurtangan Tun memberikan kebaikan kepada negara yang ramai orang tidak nampak dan tidak terfikir sebelum ini. Walaupun tahu memang itu niat Tun, tapi tidak dapat dilihat pada masa itu. Saya percaya Tun adalah anugerah untuk negara Malaysia.
Saya cuma tidak bersetuju, bukan bermakna saya menghalang. Saya kasihankan Tun. Bukan kerana tidak percayakan Tun (mana mungkin tidak percaya, saya adalah generasi di bawah kepemimpinan Tun sejak saya dilahirkan), tetapi atas faktor usia. Kerana kebijaksanaan Tun, saya takut kalau harapan Tun tak dapat dilaksanakan. Siapa yang berkaliber macam Tun untuk menggantikan Tun? Namun saya doakan agar Tun sihat dan dipanjangkan usia untuk menjaga negara tercinta ini. Semoga pengorbanan Tun ini dibalas dengan pahala. Ameen.

Ketika umur persaraan kakitangan kerajaan dilanjutkan ke usia 60 tahun, saya juga merungut, makin lambat la aku nak bertumpu di sejadah. Mungkin menjadi impian ramai orang, selepas bersara ingin meningkatkan amal ibadat. Saya juga tidak terkecuali. Mungkin Tun pun sama. Mari kita sama-sama jadikan kerja kita sebagai ibadah walaupun kita tidak dapat meluangkan masa yang lebih untuk beribadat. Ada banyak cara untuk beribadah kan?

Cnp  drpd FB

19hb May 2018
21.30pm
Nukilan Tun M Selepas Pilihanraya
PERJUANGAN TERAKHIR
Tun Mahathir bin Mohamad
Aku sudah di penghujung nyawaku
Aku hanya mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan bersimpuh dan bersujud pada Yang Esa
Namun bagaimana aku bisa khusyuk dalam khalwatku
Kerana tika ku pejamkan mata
Aku melihat anak bangsaku dikotak-katikkan
Aku nampak hak generasi mudaku dirobek-robek
Dek tangan-tangan rakus yang berqiblatkan syaitan
Aku tahu aku perlu berbuat sesuatu
Aku bukan orangnya untuk diam berpeluk tubuh
Memerhatikan segala macam kemungkaran, segala macam salah laku dan segala macam noda
Yang dibuat tanpa sebarang rasa berdosa
Ya Allah Ya Tuhanku
Kini aku tahu kenapa Kau memanjangkan nyawaku
Dengan sifat Rahman dan RahimMu, pada usia 93 tahun aku masih boleh berdiri gagah, masih dikurniakan kesihatan yang baik, masih berfikiran waras dan masih bersemangat waja
Dalam menghadapi perjuangan terakhirku
Syukur Alhamdulillah
Dengan izinMu aku telah berjaya
Mempertahankan yang Haq, menundukkan yang Bathil
Mudah-mudahan selepas ini aku dapat memejamkan mataku dengan tenang
Semoga rohku dapat bertemu Penciptanya dengan aman
Cuma satu pintaku
Setelah aku pejam mata
Janganlah diperbesar-besarkan namaku
Jangan nukilkan apa-apa tentangku
Anggaplah segala-galanya jariahku
Sebagai bekalanku di akhirat kelak
Andai sudi, tika itu cuma hadiahkanlah Al-Fatihah untukku
Moga jadi pendinding menghadapi Munkar dan Nangkir
Moga jadi bekal bersoal-jawab di Mahsyar
Moga jadi modal bertemu Yang Khaliq
Amin Ya-Rabbal 'alamin


Tun M yang hebat, saya tidak mampu menjadi seperti Tun. Betapa Tun mengambil berat dan berpandangan jauh terhadap negara walaupun sudah meletakkan jawatan sebelum ini. Saya yang belum pun pencen, tapi baru kira bercuti betul2 dah tak amik port pasal kerja dah... (kena guna term bercuti betul2, sebab kita time cuti pun ngadap kje)
Powered By Blogger