Saturday, May 26, 2018

Politik Akademik dan Isu Semasa

Rentetan daripada perkongsian saya sebagai generasi x di bawah kementerian pelajaran/pendidikan zaman Tun M, kali ini saya ingin berkongsi berkenaan politik akademik dan isu-isu semasa. Pertama sekali, saya ingin mengingatkan bahawa politik matang bukan menukar kerajaan (ini perkara biasa di seluruh dunia) tetapi adalah menerima cadangan/tindakan yang benar daripada pihak lawan atau dengan kata lain kita seharusnya rasional (bukan proses rasionalisasi 1MDB hokey!!!). Setiap manusia mempunyai buah fikiran yang berbeza-beza, dengan perbezaan itulah negara perlukan sebuah kerajaan dan pembangkang. Tapi rata-rata netizen bertindak seolah-olah 'aku yang betul'. Bagaimana minda sebegini perlu diubah? Bagaimana politik kepartian ini boleh dikikis dan digantikan dengan politik akademik/matang?
Alhamdulillah, kerajaan baru Malaysia kini cuba bersikap terbuka dengan mengambil kira pandangan rakyat. Harap-harap bukan sekadar omong-omong kosong. Walaupun hanya beberapa menteri yang sudah berpengalaman menerajui negara termasuk Tun M, DS Muhyiddin Yassin dll, muka-muka baru seperti Mat Sabu, DS Lim Guan Eng  (LGE)(berpengalaman di peringkat kerajaan negeri) dll haruslah mempelajari bagaimana menjadi menteri yang bijaksana dan pastinya berintegriti. 
Baru-baru ini pendedahan DS LGE terhadap hutang negara telah menyebabkan bursa Malaysia jatuh. Walaupun ia bertujuan mendedahkan maklumat berkenaan hutang negara dan 1MDB, tetapi secara tidak langsung ia menggugat kepercayaan pelabur asing. Dengan tindakan yang sebegini, dia ditegur DS Najib. Saya rasa inilah masanya DS LGE perlu belajar dan menerima teguran/kritikan walaupun DS Najib dikaitkan dengan penggelapan wang negara. 
Setelah DS LGE menerangkan hutang negara secara terperinci, bursa Malaysia naik semula. Bukankah sentimen daripada kerajaan ini memainkan peranan penting dalam sektor pelaburan negara? Saya memetik kata-kata daripada FB Abdul Rahman Kamis,lulusan ekonomi. 
Demi negara, siasat lah skandal 1mdb dengan tertib tanpa beri kesan negatif kepada sentiment pasaran. Bak pepatah melayu lama "tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak".
Seperkara lagi saya ingatkan jangan menuduh selagi DS Najib belum disahkan bersalah. Mungkin akhir sekali DS Najib adalah mangsa kepada DS Rosmah Mansur? Siapa tahu... http://matbawang.com/deepak-dedah-upacara-ilmu-hitam-yang-digunakan-seram/
Saya tidak pasti sekiranya cerita ini benar, tapi secara logiknya seperti benar. Ini bukan tuduhan, tetapi spekulasi. Satu dunia sudah maklum bahawa DS Najib menuruti isterinya. Jika anda terbaca kisah bagaimana dia berpisah dengan bekas isteri pertamanya juga menimbulkan keraguan di situ. Bukan saya membela DS Najib, tapi kepada sesiapa pun kita perlu bersikap adil
Sangatlah normal apabila manusia yang dikaitkan dengan kesalahan, amat sukar untuk kita menerima nasihat dan pandangannya walapun ia berasas. Analogi yang paling mudah, orang yang hisap dadah bagi nasihat perlunya menjaga solat fadhu lima waktu. Kan pelik gitu? Tapi apakah nasihatnya itu salah?
Seorang lagi tokoh yang dikaitkan dengan penyelewengan  wang negara adalah DS Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas pengarah Lembaga Tabung Haji. Ini bukan tuduhan daripada saya, tetapi beliau adalah 'suspect' dalam kes ini. Di sebalik kisah hitam itu, link ini menceritakan kebaikan beliau. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gudang-azeez-bernilai-ratusan-ribu-176313 
Difahamkan, setiap barangan yang akan diagihkan kepada penduduk, disimpan di situ.
“Budak-budak di Baling yang tiada kerja ditawarkan bekerja dengannya.
“Bukan dia nak ambil bekerja sangat, tapi dia lebih kepada nak tolong,” katanya. 
Janganlah kita mengecam mereka selagi mereka tidak disabitkan bersalah. Bagi saya tidak mustahil walaupun beliau mungkin tersasar, tidak bermakna beliau tidak melakukan kebajikan. Saya rasa kita manusia sama sahaja, kita bukan ma'sum,bukan nabi. Cuma cara kita berpahala dan berdosa berbeza.
Terus-terang saya katakan saya tidak suka dengan budaya caci-maki di dalam media sosial hari ini. Ia melambangkan kejatuhan budi bahasa kita dan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Saya rasa perkara ini sangat parah dalam masyarakat kita hari ini. Adakah kalian yang suka caci memaki ini tiada perasaan?
Saya tidak dapat nafikan memang kita berasa marah sekiranya penyelewengan ini benar-benar dilakukan oleh mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga rakyat dan negara. Dahulu tiada media sosial, kalau kita marahkan seseorang kita boleh bersembang bersama ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan, kan? Tapi sekarang, kita tunjukkan satu dunia kemarahan kita. Jika terbaca oleh orang yang kita marahkan/kutuk itu, apakah perasaannya? "Lantaklah, sape suruh buat gitu kan?" Agak-agaknya kita menambah pahala ke dengan cara itu? 
Manusia ni kalau nak bagi betul-betul sedar satu sahaja, apabila kematian benar-benar menghampiri. Seperti kes Siti Kassim dan ahli-ahli sekutunya, apa kata hantar mereka ke Palestin sebagai misi kemanusiaan?

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger