Sunday, August 12, 2018

Isu LGBT - diberikan hak yang macam mana tu?

Aku pun naik gila dengar isu ni. Dapat je info fwd dalam fb. Hak ke sekolah,mendapatkan rawatan... hmmmm... selama ni Sajat & Safi Ilyas x gi sekolah ke? Doktor check sentuh guna pen.. aku rasa diorang je kot yang terover sensitif. Aku tgk Dr2 yg menjaga aurat, kdg2 dia x bawak sarung tgn barangkali, dia sentuh2 guna pen la kalau bukan mahram.... Diorang ni memang nak kena sekolahkan la.. basic agama pun x faham... 
Sebenarnya yang korang nak kami iktiraf korang kan? Jangan pandang korang sinis lagi kan? Korang nak kitorang buat macam kat US, UK tu kan? Korang ingat UK, US tu negara Islam ke?Lepas isu LGBT ni, agaknya isu zina pulak dihalalkan, yang penting tak mengandung... kan, kan? Korang nak benda2 haram macam ni masyarakat Islam Malaysia buat selamba je.... Korang nak budaya liberal jadi budaya hidup Malaysia kan? Itu kan yang korang nak? Lepas tu bala 1 Malaysia, korang yang selamat, korang pun cakap "Tuhan sayangkan kami sebab tu kami survive." Tukar nama negara dululah... Jangan ada 'Malay' lagi...
Bagus ceramah UAI ni.... Senjata kita adalah doa, doakan kehancuran pembela2 liberalism ni... Semoga golongan dan pembela liberalism ini dberikan hidayah supaya kembali ke jalan Allah atau dihancurkan sama sekali oleh Allah swt. Ameen...




Saturday, August 11, 2018

MARA - biarkanlah ia agenda nasional

Sejak bila MARA ni jadik isu? MARA kan agenda nasional? Kenapa nak ganggu gugat lagi? Kalau ada penyelewengan dan salah laku siasatlah!!!

Ohhhh, kerajaan baru ni kan ada gabungan DAP, "Malaysian for Malaysia".... jadik MARA ni isu sensitif la? Harap2 Tun M sekolahkan mereka ye? 

Sape ada info tepat pasal history of DAP? X sure mr google akan bg info tetap/suka hati nak tulis apa. 

"DAP adalah 'anak butir tahi' PAP (Parti Tindakan Rakyat). Singapura adalah bapa DAP, yang memerintah negara itu adalah PAP. Dulu Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar dari Malaysia, PAP tukar jadi DAP." - DS Abdul Hadi Awang

Belum masa naik gaji penjawat awam - BH hari ini

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/460552/belum-masa-untuk-naik-gaji


Ntah kenapa gerak hati semasa PRU14 dah agak Tun M ni lokek bab2 nak memberi ni, alasan hutang negara RM1 trillion. Nak perabis hutang, baru nak memberi, atau nak tunggu kiamat baru nak memberi? Agak2 perabis hutang tu sempat sebelum PRU15? Bagi aku sebagai kerajaan+majikan kena pandai generate income la. Kalau tahun2 sblm ni boleh generate 200 billion setahun, ce kerajaan PH doublekan  income tahun ni pulak? Baru la boleh nak memberi macam2 kpd rakyat, barulah manifesto yang 'sweet dream' tu boleh dicapai. Tapi macam x de effort je kerajaan PH ni nak naikkan national income.
Yang dok canang hutang RM1 trillion tu pulak, ce cite details. Hutang ke, tanggungan? Liabiliti yang kerajaan terpaksa tanggung disebabkan kegagalan syarikat untuk membayar hutang tu berapa? Kalau hutang negara +-RM700 biliion, liabiliti yang kerajaan kena tanggung +-RM300 billion? Ye ke, LGE? Itu kah nilai yang menjadikan RM1 trillion? Jangan pulak ko kira hutang-hutang rakyat Malaysia sudah ler.
Masa sibuk2 DS Najib bg bantuan khas kewangan time raya & hjg tahun, diorang buat comparison antara DS Najib dengan Tun M. Zaman Tun M paling banyak bagi bonus tau. X tau la kalau data tu 'tipah tertipu' ke...
Aku bukan tak bersyukur disebabkan kenaikan gaji paling  byk yang dpt masa zaman DS Najib, tapi kerajaan kenalah adil. Kalau golongan aku ni tak layak dapat BR1M atau bantuan sara hidup, tak layak dapat RMR dll, bagilah kenaikan gaji/bonus sekurang2nya. 
Drpd resit slip gaji mmg x layak, tapi sapa2 yg tau kisah hidup aku, hmmm.... memang harap dpt jugak la bantuan2 yang sesuai, tapi x leh nak apply. Sedeeyyyyy... mungkin bukan aku sorg yg mengalami spt ini, mgkin ada lagi yg seangkatan dgn aku. Ada kerajaan aware dengan golongan malang spt aku? 

Friday, August 10, 2018

Open Learning as an aided tools in T&L in the class

Insya Allah, this online course will be fully completed before Semester Sept 18 - Jan 19.

I will change the approach to flipped class and we will have a lot of activities in the class. Let your brain works.


Thursday, August 9, 2018

Forex

Walaupun telah lama mempelajari ilmu forex ini, saya masih lagi kategori amatur. Tidak punya banyak masa untuk membuat analisis, kadang-kadang menjadi, kadang-kadang 'floating'. Berniat suatu hari nanti ingin menjadi consultant forex, hahahhaha...  Betul tak betul ni? Sedap beno nama consultant tu, pengajar je dah la... Ada akademi forex? Wakakakaka... Ingatkan nak jadi instructor kat Cisco Networking Academy (NetAcad) ke...
Saya ingin mengajar anak2 saya mendalami ilmu forex ini selain ilmu agama, ilmu pengetahuan dan skill2 spt menjahit, memasak, hal2 berkaitan kenderaan dan elektrik & elektronik. 
Bagi dummies, kena faham dulu basic forex. Boleh baca notes daripada kelas yang saya pernah hadiri pada 2014 dan juga notes2 lama En Nasir Kuasa Forex. Install di PC/laptop beserta signals. Lihat signals pada monitor dan jangan lupa refer website yang berkaitan juga. Jaga2 dengan money management. Saya hanya fokus kepada satu pair sahaja iaitu GBP/JPY. Ini juga saya perolehi daripada menghadiri kelas forex En Nasir.
Powered By Blogger