Tuesday, June 5, 2018

Isu UiTM mula lagi dahhh....

Isu meminta UiTM dibuka kepada semua pernah diutarakan semasa kerajaan BN memerintah. Kali ini disebabkan keterbukaan yang melampau sehingga YDPA pun boleh digossip dan difitnah,terus-terang saya rasa akta kebebasan bersuara haruslah digubal dan ditambahbaik bagi menjaga keharmonian negara. Keterbukaan yang melampau boleh mengundang kepada peristiwa 13 Mei 1969. Mungkin sekarang orang lebih mementingkan material, bising2 pun hanya di dalam media sosial sahaja.
Bagi saya cukup-cukuplah membangkitkan isu-isu berkaitan agenda nasional seperti ini. Bukankah Tun M telah menyatakan bahawa mereka akan memperkasakan bangsa India juga? Kaum Cina lebih kehadapan daripada Melayu dan India hasil daripada penjajahan British. Maka, janganlah meminta lebih-lebih. Biarlah sehingga setiap kaum mencapai persamaan taraf, baru kita hapuskan keistimewaan 'bumiputera'.
Berbalik kepada isu UiTM, kalau nak buka pun kepada bangsa selain bumiputera, bukalah.. tapi pastikan ada kuota... kuota 10% sudah memadai. Saya setuju dibuka 10% untuk non-bumi kerana biar student2 kami belajar dan bersaing dengan sihat serta berlumba-lumba mengejar kecemerlangan dengan bangsa lain. Saya suka environment belajar dengan kaum lain, automatik kita rasa nak ke hadapan dan tak malas. Setuju tak? 
10% daripada non-bumi ini mestilah yang layak dan keluarga berpendapatan rendah/seerhana sahaja. 90% bumiputera bagi menunaikan agenda nasional yang ramai tidak faham kerana tidak membaca bahan ilmiah. Bacalah, bacalah, bacalah... Membaca jambatan ilmu.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger