Friday, June 8, 2018

Terkilan dengan ahli keluarga

Rasa terkilan dengan sikap ahli keluarga yang tidak tahu berkenaan ekonomi keluarga kami bertindak sedemikian...  walaupun dia tuan punya kenderaan itu yang mengeluarkan duit untuk repair tetapi tidak mampu drive kerana buta, yang menjaga dan repair kenderaan itu adalah suamiku. Disebabkan ketidakmampuan kami untuk membaiki kenderaan kami sendiri buat masa ini, jadi kami menggunakan kenderaannya untuk ke kampungku. Itu sahaja yang kami gunakan. Ke pejabat dan ke mana2 sahaja yang tidak jauh, aku dan suami masih lagi drive kereta sendiri. Keretaku memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi supaya boleh dibawa jauh. Disebabkan kekangan2 dalam masa ini, jadi kami terpaksa menangguhkan untuk repair kereta itu meskipun suamiku mekaniknya. Kami bercadang untuk ke kampung menggunakan kenderaannya. 
Reaksinya mengetahui kami menggunakan kenderaannya untuk ke kampungku sangat menjengkelkan. Dia tak nak pahala agaknya. Kereta tu pun bukan dia boleh drive, nak biar sekong ke apa? Kalau dia nak minta org lain drivekan, bagitahu sahaja, nanti suami hantar kereta itu ke kediamannya. Reaksinya itu yang menjengkelkan buatkan aku rasa nak cakap kat suami tak payah guna dan jaga kereta dia lagi.
Sebenarnya kereta itu dinamakan atas nama suamiku. Kononnya sebagai penjaga. Kalau kami berduit, bukan sahaja menjaga malah semua kami tanggung termasuk mengubahsuai kereta itu supaya lebih selesa. Kami bukan jenis berkira. Apakan daya, kami belum dianugerahkan Allah rezeki yang melimpah.
Kasihan suami apabila drive jauh2, seat yang sangat tidak selesa. Adikku yang baru sahaja drive untuk mengubah kedudukan parking pun tak sanggup drive keretanya kerana seat yang sangat tidak selesa itu. 
Aku tahu yang ramai orang tidak tahu masalah kami. Tapi tak boleh fikirkah dengan tengok cara hidup kami yang sangat bersederhana ini? Alhamdulilah, aku tetap bersyukur kepada nikmatMu Ya Allah.

Thursday, June 7, 2018

Sejarah benar tetapi tiada di dalam buku teks

Saya dah lama ingin berkongsi sejarah ini yang saya dapat tahu melalui abah saya yang lahir pada 1938 dan kakak abang saya yang lahir pada tahun 60-an. Bagi saya sejarah ini sangat penting dan kebarangkalian ia tidak berada di dalam buku teks 80-an kerana dasar menjaga keharmonian negara Malaysia. Memandangkan keterbukaan melampau kini telah diamalkan di Malaysia, jadi saya kongsikan sejarah ini.
Tahukah anda bahawa bangsa India dan Cina pada suatu masa dahulu telah dihantar pulang ke negara asal mereka? Apakah reaksi pemimpin negara asal mereka? Siapakah yang telah menerima mereka di Tanah Melayu ketika itu?
Saya tinggalkan dahulu soalan ini di sini....
Saya mohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia sila baca dan hayati sejarah Malaysia supaya dapat hadam kenapa agenda nasional seperti hak keistimewaan bumiputera ini perlu dikekalkan sehingga hari ini. Masih lagi relevan sebab kesamatarafan hidup setiap bangsa masih belum dicapai lagi. Tolonglah faham!!! Jangan bangkitkan lagi isu ini, boleh tak?
Oh, ISA, ISA... kau dah tak de nak tangkap orang2 yang mempertikaikan lagi isu ni...
https://www.youtube.com/watch?v=AwI2CGs77wQ
Hadamkan apa kata Tun M walaupun sumber ini bertujuan dalam kempen PRU14.

Tuesday, June 5, 2018

Isu UiTM mula lagi dahhh....

Isu meminta UiTM dibuka kepada semua pernah diutarakan semasa kerajaan BN memerintah. Kali ini disebabkan keterbukaan yang melampau sehingga YDPA pun boleh digossip dan difitnah,terus-terang saya rasa akta kebebasan bersuara haruslah digubal dan ditambahbaik bagi menjaga keharmonian negara. Keterbukaan yang melampau boleh mengundang kepada peristiwa 13 Mei 1969. Mungkin sekarang orang lebih mementingkan material, bising2 pun hanya di dalam media sosial sahaja.
Bagi saya cukup-cukuplah membangkitkan isu-isu berkaitan agenda nasional seperti ini. Bukankah Tun M telah menyatakan bahawa mereka akan memperkasakan bangsa India juga? Kaum Cina lebih kehadapan daripada Melayu dan India hasil daripada penjajahan British. Maka, janganlah meminta lebih-lebih. Biarlah sehingga setiap kaum mencapai persamaan taraf, baru kita hapuskan keistimewaan 'bumiputera'.
Berbalik kepada isu UiTM, kalau nak buka pun kepada bangsa selain bumiputera, bukalah.. tapi pastikan ada kuota... kuota 10% sudah memadai. Saya setuju dibuka 10% untuk non-bumi kerana biar student2 kami belajar dan bersaing dengan sihat serta berlumba-lumba mengejar kecemerlangan dengan bangsa lain. Saya suka environment belajar dengan kaum lain, automatik kita rasa nak ke hadapan dan tak malas. Setuju tak? 
10% daripada non-bumi ini mestilah yang layak dan keluarga berpendapatan rendah/seerhana sahaja. 90% bumiputera bagi menunaikan agenda nasional yang ramai tidak faham kerana tidak membaca bahan ilmiah. Bacalah, bacalah, bacalah... Membaca jambatan ilmu.
Powered By Blogger