Friday, June 30, 2017

Persengketaan Keluarga Siri 1

Kisah persengketaan keluarga ini diceritakan seorang sahabat. Kisah ini dipersembahkan kepada dunia bukan untuk membuka pekung dalam keluarganya, tetapi sebagai peringatan, iktibar dan yang buruk dijadikan sempadan. Pesan sahabat, sekiranya persengketaan ini berterusan seabad lagi, ketahuilah ceritanya ada di sini, ketahuilah bukan kami yang memulakan dan memutuskan tali silaturrahim yang sudah lama terikat kukuh. Beliau juga memberikan persoalan "Adakah benar tindakan mereka memutuskan silaturrahim? Apakah kebaikan yang mereka dapat dengan melakukan sedemikian? Kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kekayaan dan ganjaran pahala berlipat ganda? Sebagai seorang yang waras dan berpegang kepada ajaran Islam, adakah tindakan memutuskan silaturrahim itu suatu tindakan yang betul dan berlandaskan Islam? Apatah lagi memutuskan hubungan dengan ibu bapa saudara dan atok darah daging sendiri!!!" Sidang pembaca sekalian, anda pasti masih waras dan boleh menjawab persoalan ini dengan mudah. Namun, tidak semudah itu bagi keluarga sahabat saya ini.

Persengketaan ini melibatkan ahli keluarga yang dahulunya akrab tetapi kini terpecah kepada dua; abangnya dan dua orang anaknya adalah sekutu, dan sekutu lain adalah sahabat saya, kakaknya dan adiknya yang membela kedua ibu bapa mereka.

Di mata sahabat saya, persengketaan keluarganya bermula setelah beliau sedar kesalahan abangnya kepada ibunya yang sering menjadi sebutan ibunya berkali-kali. Walaupun kesalahan abang itu telah pun berlalu lebih kurang 25-30 tahun yang lalu, namun ia sering menjadi sebutan ibunya. Setiap kali beliau pulang ke kampung, kesalahan itulah yang sering ibunya luahkan. Menyedari hal ini dan demi kasih sayangnya terhadap abangnya, beliau menceritakan hal ini kepada kakaknya yang lebih tua daripada abangnya dan meminta kakaknya untuk menasihati abangnya yang begitu rapat dengannya. Beliau lebih senang kalau kakaknya yang menasihati abangnya kerana kakaknya adalah anak yang sulung. Sayang seribu kali sayang, abangnya berubah ke arah yang lebih memeranjatkan.

Di mata adiknya, persengketaan keluarganya bermula apabila adiknya berani melawan abangnya. Jika tidak mengetahui cerita ini, sudah tentu orang akan menyangka adiknya yang kurang ajar kerana mengherdik dan meninggi suara kepada seorang abang yang lebih tua daripadanya. Cukuplah saya ringkaskan kisah adiknya yang begitu menyedihkan sejak belajar di IPT. Hidup adiknya seringkali diganggu oleh tohmahan dan fitnah abangnya sendiri. Sepanjang tempoh adiknya diganggu abangnya, sahabat saya dan kakaknya tidak berbuat apa-apa kerana tidak mengetahui cerita sebenar. Adiknya pula menyendiri ketika itu. Alangkah sedihnya sahabat saya dan kakaknya apabila baru kini mengetahui cerita sebenar adik mereka yang seringkali ditohmah abangnya sendiri sehingga gagal menghabiskan diploma pertamanya. Alhamdulillah, adiknya masih kuat dan menyambung diploma di IPT yang lain dalam bidang yang berbeza sehingga tamat dengan baik (CGPA 3.0 lebih).

Di mata kakaknya pula, persengketaan ini bermula selepas kakaknya tidak lagi menyokong kata-kata abangnya, malah menyokong adik dan menasihati abangnya supaya memohon ampun kepada dua ibu bapa mereka selagi berpeluang. Sayang seribu kali sayang, abangnya semakin menjadi-jadi. Abangnya  mula mengungkit perkara-perkara silam dan menokok tambah cerita yang menjadikan dirinya, kakaknya dan adiknya yang bersalah semata-mata serta mempengaruhi keuda-dua anaknya agar memulaukan sekutu sahabat saya dan ibu bapanya. Masya Allah, terkejut saya mendengar luahan sahabat ini. Sanggup seorang anak lelaki menghasut anak-anak sendiri untuk memusuhi adik-beradik dan ibu bapa darah daging mereka sendiri?!!!

Daripada ketiga-tiga pandangan mereka, persengketaan ini bermula pada masa yang serentak. Dirinya dipersalahkan kerana gagal dalam perniagaan saham yang membuatkan abangnya kerugian beratus-ratus ribu. Bagi sahabat saya, banyak faktor yang menyebabkan kegagalan dalam perniagaan sahamnya termasuk abangnya sendiri. Saya akan kongsikan nasihat kawan saya berkenaan saham ini nanti. Sahabat saya tidak dapat menggantikan duit tersebut kerana dia juga bukan golongan yang senang. Kerana masalah yang menimpa dirinya sebelum ini, dia mengalami masalah kewangan. Oleh itu, beliau mencari jalan untuk menambahbaik hidupnya dan keluarganya. Siapa sangka, Allah belum mengkehendakinya untuk meraih rezeki yang lebih. Beliau redha kerana baginya apa yang berlaku dalam hidupnya adalah ujian dan kifarah Allah swt.

Menurut sahabat saya, abangnya dulu mempunyai perniagaan dan kewangan yang mantap dan stabil. Namun kini, perniagaannya sudah jatuh merudum. Oleh kerana abangnya juga mengalami masalah kewangan, kereta yang digunakan oleh anak abangnya (asalnya kereta ini dibelikan untuk kegunaan ayahnya) harus dibayar setiap bulan oleh sahabat saya yang sememangnya mempunyai masalah kewangan. Dua buah kereta yang harus ditanggungnya setiap bulan menjadikan bayaran bulanan menjadi tertunggak kerana kesempitan kewangan. Apabila mendapat peluang pinjaman peribadi, beliau membayar ansuran kereta-kereta tersebut, sehingga akhirnya sebuah kereta berjaya dilangsaikan. Kereta yang dipakai anak abangnya itu masih lagi terdapat tunggakan yang menyebabkannya terpaksa meminjam daripada kakaknya dan malangnya tidak berjaya untuk selesaikannya sehingga tertunggak selama lima bulan apabila suaminya kurang mendapat ‘job’ sepanjang tempoh musim hujan. Beliau bercadang untuk membincangkan hal tersebut kepada abang dan kakaknya ketika pulang ke kampung semasa majlis perkahwinan anak lelaki abangnya. Sayangnya, lain pula yang berlaku membantutkan hajatnya untuk berbincang hal tersebut.

Kakaknya telah memberitahu bahawa abangnya mula mengungkit dan menyalahkannya dalam hal kerugian perniagaan saham dan membuat tohmahan yang dirinya sengaja ingin menjatuhkan abangnya. Astaghfirulah al-azim…mengucap panjang saya mendengar cerita sahabat ini… Sepanjang mengenalinya, beliau bukanlah seorang yang didakwa sebegitu, malah sering bekerjasama dengan rakan-rakan untuk menaikkan KPI masing-masing bersama-sama. Hairan saya,  bagaimana seorang abang yang begitu rapat sejak kecil boleh mengatakan sedemikian sedangkan dia lebih mengenali sahabat saya  berpuluh-puluh tahun lamanya?!!! Yang lebih mengejutkan lagi, abangnya telah membuka cerita-cerita hidupnya yang ditimpa malang kepada suami anak saudaranya yang baru berkahwin dan baru berjumpa buat pertama kalinya.

Sahabat saya memberitahu, kisah-kisah malang itu sebenarnya berpunca daripada abangnya, tetapi disebabkan kewarasan dan iman yang ada di dada, beliau langsung tidak menyalahkan abangnya dan terus berbaik dengan abangnya seperti biasa,  malah menganggap perkara itu sebagai ujian dan kifarah Allah swt kepadanya. Saya bertanya, kenapa abang penyebabnya? Beliau memberitahu kepada saya, kalau tidak kerana abangnya yang menentang keras keinginannya untuk berkahwin pada tahun 2007 dan menghasut seluruh ahli keluarga untuk menentang, sudah pasti semua ini tidak berlaku. Jika dia dapat menunaikan impiannya ketika itu, pasti dia tidak akan bertemu dengan si ‘malaun’ itu dan tidak akan ditipu yang menyebabkannya kerugian beratus ribu ringgit dan seterusnya mengalami kesempitan hidup yang mendorongnya untuk berhutang lagi bagi menyelesaikan masalah yang sedia ada. Saya bertanya lagi, kenapa menyalahkan abang pula? Dia jawab ringkas, “Saya tak pernah salahkan abang, saya redha dengan ujian Allah, tapi bila abang saya mula menuduh saya, saya juga boleh menuduh dia atas apa yang berlaku kepada saya. Ia adilkan?”


Mendengarkan tuduhan yang dilemparkan kepada sahabat saya ini, beliau terus membantutkan hasratnya untuk berbincang berkenaan bayaran kereta yang tertunggak sehingga kereta tersebut akhirnya ditarik.

Nantikan kisah ini selanjutnya dalam entry saya yang akan datang. Insya Allah. Semoga keluarga kita dilindungi daripada persengketaan yang berterusan. Semoga akhirat kita mendapat pengampunan daripadaNya yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun. Ameen.

Thursday, June 22, 2017

Kari Ikan

Petang ni boleh masak kari ikan pula requested by hubby.

If a boss want to know, this is the summary what I did

Sebagai academician bidang engineering, mewar-warkan tugas-tugas kami kepada bos bukanlah perkara utama. Apatah lagi membodek bos. Tapi sape sangka bos tertinggi suka gitu...
Kadang2 bos fakulti kami pulak yang diarahkan buat sesuatu. Hahahha… Bukan kami buli bos, tapi keperluan.. sebagai contoh, bos kena present program baru masa meeting JAF, tarikh bukan bos yang tetapkan, tapi kami JK UPPB yang uruskan.Bos bagi cadangan, tapi yang ‘force’ kamila… Bos pun kami minta untuk settlekan masalah setting internet di Lab Cisco sebab tak dapat kerjasama daripada pihak yang bertanggungjawab.

Dengan itu, saya letak di sini tugas2 yang saya dah buat setiap hari bekerja atau masa2 yang saya berkesempatan untuk laksanakan tugas2 saya.

20/3 Menyertai sesi perkongsian "Research Visibility and Research Grant" oleh PM Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah UniMAP di Dewan Emas UiTMCT Kampus Bukit Besi

4/4 Mesyuarat JK e-learning UiTMCT 

Bermula 18/4 Menyediakan MOOC 450 bagi kod ECE354 dan ECE242

9-17/5 Bengkel UPPB - Persiapan dokumentasi untuk pembentangan peringkat JAF kali pertama bagi tahun 2017
Hasil lengkap: Google Drive FKE UiTMCTKD Folder Bengkel Semakan, Cetakan & Justifikasi 

15/5 Bengkel Strategi Penulisan dan Penerbitan Jurnal oleh Zairi Ismael Rizman (attend slot pagi shj)

22/5 Mesyuarat UPPB (Perkongsian Mesyuarat JAF pada 18/5/2017 yang lepas)

6/6  Meeting AJK EE Tech News / Tinta FKE

***********************************

13/6 - 20/6 Bengkel UPPB 
-        Perubahan kurikulum
-        Semakan dokumen MQA 01
-        Hasil (in progress)  : Google Drive FKE UiTMCTKD (fkeuitmt) 
                                    Folder Bengkel UPPB 13-20Jun 2017

20/6 Meeting CDIO

21/6 Meeting SIG Computing-ICEED 2017
-        Hasil Paper ICEED 2017 in progress
-        My Task : Students’ Results analysis

Wednesday, June 21, 2017

Behind My first PhD Journey

Dapat offer letter 14 Mei yang lalu, berangannya nak buat preleminary research sebelum register bulan September ni. Selepas Mesyuarat Pra-Jan pada bulan Mei yang lepas, ingatkan boleh la memulakan my first journey for PhD. Namun, sehingga hari ini saya masih tidak berkesempatan menyentuh lagi walaupun kemasukan pelajar-pelajar Diploma pada bulan September nanti. Angan-angan saya bermula bulan Mei 2017 ni, saya ingin meluangkan masa untuk preliminary research dalam bidang Optical Network. Saya jangkakan yang saya mempunyai masa yang agak panjang bermula bulan Mei sehingga Ogos 2017.

Dengan beban tugas yang agak banyak membuatkan saya tidak dapat lagi memulakan tugas saya sebagai bakal pelajar PhD. Saya mempunyai kumpulan SIG (Computing) yang aktif dalam penyelidikan bidang ‘engineering education’ di mana untuk tahun ini, kami banyak mensasarkan penerbitan (ICEED, ICEL, ICON, UTHM TVET journal) dan penghasilan econtent untuk geran ARAS beserta MOOC 450 (bagi kod ECE354). Selain itu, saya juga mempunyai kumpulan SIG (Computer Network) yang baru ditubuhkan (sebenarnya rebranding je) dan turut mensasarkan MOOC 450 (kod ECE242) sebagai KPI pertama SIG. Saya juga bertanggungjawab dalam mengkoordinasi program baru Diploma EE114 sebagai Ketua Unit Pembangunan Program Baru (UPPB) FKE UiTMCTKD. UPPB ni tak payah ceritalah skop tugas dia, sebulan buat bengkel selama 6 hari. 6 hari tu belum tentu complete kerjanya. 

Saya cuba organize tapi tak terurus jugak. Sebenarnya disiplin menjaga masa itu yang penting, namun kekangan yang saya hadapi tidak memudahkan untuk saya organize sebaik mungkin. Selepas ini saya harus mencuba supaya saya dapat menyelesaikan semua tugas saya dengan sebaik mungkin. Insya Allah. Walaupun saya bekerja dalam environment yang banyak menyakitkan hati, namun saya suka dan cinta tugas-tugas saya. Kerana itulah saya masih di sini. Semoga Allah memberkati kerja-kerja saya dan rakan-rakan saya yang lain. Ameen.

Sunday, June 18, 2017

Link Resepi Ayam Kerutuk Terengganu

Blog Kak Nor Secubit Garam ni mmg dah jadi main rujukan saya.


http://www.secubitgaramnor67.com/2009/12/kerutuk-ayam.html




Ayam kerutuk versi saya la...
Cnp
KERUTUK AYAM K.Nor Style

1 ekor ayam ~ dipotong 4(nak potong kecik2 pun boleh)
3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas
1 cawan santan fresh
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 helai daun pandan
1 bj bawang besar ~ potong 4
2 bj cili merah ~ belah 2
nisan/gula melaka
garam 
minyak

bahan penumis (rempah 4 beradik):
1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan yg diblend:
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas
1in kunyit hidup

Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend. 
Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas.
Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
Masukkan ayam dan gaul sebati.
Biarkan rempah mesra kat ayam dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air. 
Biarkan hingga mendidih.
Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka.
Masak hingga hampir pekat dan masukkan kerisik. 
Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2.
Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai.
Hidangkan panas2.

# Kerutup ayam ni selain dimakan dgn nasi putih, sedap sgt dimakan dgn pulut kuning.
Selain tu best gak makan dgn roti.
Selain penggunaan ayam, boleh tukar kepada daging.

Saturday, June 10, 2017

Cnp Resepi Sambal Lada Api Telur

Copy daripada FB Resepi Sedap

Cnp
Sambal lada api telur

Bahan2nya
Telo tu rebus dulu...then goreng sampai garing.
Cili api..lada besar.. (cili harus byak)2 biji bwg besar n 3 ulas bwg putih blend kasar.
Asam keping 1 keping
1 biji bwg besar dimayang
Garam n gula secukup rasa

Cara2nya:
Telur yg telah digoreng tadi angkat dan ketepikn.
Goreng bahan2 yg diblend kasar
Masukkn asam keping
Rasakn garam dan gulanya.
Masak sampai garing
Masukkn bwg besar yg dimayang...
Campurkn telo yg telah digoreng tadi

~siap untuk dihidangkn~


resepi ini telah diambil dari fb Nolly Epin‎ melalui perkongsian ke group GeNg SuKa mAsaK & MaKAn SEdAp (SuKmA)

Link Resepi Bubur Lambuk Johor

Saya dah cuba resepi yang diambil daripada FB. Rasanya kurang 'kick'. Kalau bahan2 x cukup, sesuai la. Ni resepi bubur lambuk Johor, ada tambahan sikit, menggunakan rempah beriani, kurma', santan, sup bunjut, kacang kuda dll.

http://www.tiffinbiru.com/2013/02/bubur-lambuk-orang-johor.html

Cnp
Bubur lambuk yang ni agak berempah, sebab ada guna sup bunjut dan rempah beriani. Ada yang guna rempah sup atau soto, tapi cm lagi suka guna rempah beriani. Dicampur juga dengan kacang kuda dan kacang tanah (tak letak, stok habis..huhu). Kebiasaanya daging dicampurkan sekali, tapi sebab kat rumah cm ada yang tak boleh makan daging, cm ganti dengan isi ayam. Nak letak daging dan ayam sekali pun boleh. Sedap dimakan panas, kena pulak musim hujan macam sekarang ni. Dah bersedia? Resipi mudah seperti berikut dan satu lagi, cm syorkan guna beras siam untuk buat bubur, tapi kalau takde boleh pakai beras super tempatan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras siam, cuci dan toskan
12 cawan air
1 cawan santan
1 helai daun pandan, simpul
2 batang serai, diketuk
1 camca besar penuh rempah kurma (Baba's)
1 kiub ayam
1 sup bunjut Adabi
1 cawan kacang kuda, rendam semalaman, toskan
1 cawan mix vege (karot. jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*kisar halus)
1 camca teh lada hitam, kisar halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 genggam pucuk paku merah yang siap disiang
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Telur didadar nipis dan  mayang halus
Serunding secukupnya (cm guna serunding daging)
Sedikit serbuk lada hitam...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan rempah beriani, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecak minyak. Masukkan beras, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda (toskan) dan isi ayam. Kacau rata dan masak hingga beras kembang menjadi bubur dan kacang kuda empuk. Tambah mix vege, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. 
  3. Masuk santan, kacau dan jika suka cair, boleh tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan daun pucuk paku merah, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bubur lambuk dengan bahan2 sampingan. Sedap dimakan panas..

Wednesday, June 7, 2017

Cnp Resepi Bubur Lambuk

Ni pun dapat daripada FB pemilik yg sama dgn ikan rebus goreng. Boleh try utk berbuka esok.

Cnp

Bubur
------------
1 cawan beras dicuci , 
1 sudu teh garam
Sebiji kiub ayam
2 helai daun pandan disimpul
1 batang serai diketuk
1 1/2 inci halia dihiris nipis
(Semua di atas direbus dengan 3/.4 air di periuk- masak sehingga beras bertukar menjadi bubr, kacau sentiasa dan tambah air dalam 3-4 kali)

Bahan lain:
5 biji bawang merah
(dihiris nipis dan digoreng sampai garing)

Isi ayam/ Daging atau udang
(masukkan ketika menambah air kali ke 3)

Bahan kisar:
1 batang serai dihiris
1 sudu teh lada hitam biji
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu rempah sup
1 keping kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
1 sudu udang kering
(1 sudu teh jintan manis dan 1 sudu teh ketumbar biji disangai dahulu)

Bahan hiasan:
Hirisan Cili merah
Daun Bawang /saderi.ketumbar yang dihiris

Cara membuatnya:
Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali
Tumiskan Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang dan masukkan dan bahan kisar sehingga garing (jangan sampai hangus)

Angkat dan masukkan ke dalam bubur.
Kacau mesra di atas api yang sederhana besar.
Perisakan dengan garam.

Masukkan bawang goreng yang telah disediakan seawal tadi,

Angkat dan hidang dan hiaskan dengan hirisan cili dan daun saderi/bawang/ketumbar.

Bubur Lambuk kurang 'kick'
Resepi ini telah dicuba, mungkin daging cincang yang saya masukkan tak cukup banyak menyebabkan rasanya kurang 'kick'. Tapi apapun rasanya seperti bubur sup.

Cnp Resepi Ikan Rebus Goreng

Ni boleh la try untuk sahur esok. Resepi dapat daripada FB Noora Zhatul Shima CW.

Bahan-bahan :
Ikan kembung / sardin / tongkol atau apa-apa ikan la
ikut suka berapa ekor
5 keping asam gelugor (jika tiada boleh gantikan dengan air asam jawa)
garam secukup rasa
air secukupnya untuk merebus

minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan dimayang
2 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 tangkai cili merah atau cili hijau solok
2 biji cili padi (dipotong kasar)
sedikit limau nipis

Cara Menyediakan:
Ikan dibersihkan dan dipotong.
Rebus ikan bersama asam keping dan garam. (masukkan ikan, asam keping, garam dan air secukupnya dan rebus dalam periuk. rebus sampai air hampir kering. padamkan api.) Sejukkan.

**Ikan rebus ini tahan lama dan boleh disimpansejuk dahulu dalam peti ais sebelum digoreng.

Ambil beberapa ekor ikan dan goreng semula ikan tadi.
Bila dah nak garing (ikut suka tahap kegaringan)
masukkan bawang besar yang telah dimayang
Masukkan sekali hirisan cili.
Goreng hingga garing dan harum.
Angkat dan dihidangkan. Perahkan sedikit asam limau jika suka.


Version saya buat, semasa menggoreng bahan2 yg dimayang, saya tidak campurkan dengan ikan goreng. Saya asingkan ikan goreng, letak tepi. Saya tambahkan sedikit kunyit dan garam  sebelum bahan2 yg dimayang tadi diangkat.

Sunday, June 4, 2017

Link Resepi Nasi Goreng Ikan Terengganu

Alhamdulillah. Hari ni kami berbuka nasi goreng ikan ala Terengganu style.... Sejak dah jadi org Ganu ni, mkn pun byk style Ganu la kan... tapi mskn Johor masih lg kekal...

Nasi goreng ikan versi saya la ni...


Link resepi http://www.secubitgaramnor67.com/2012/06/nasi-goreng-ikan.html

Cnp
NASI GORENG (IKAN)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan beras* ~ tanak hingga masak dan sejukkan
3 ekor ikan selar/selayang/kembung
3 sudu besar cili mesin
1 bj bawang besar ~ dimesin
2 ulas bawang putih ~ dimesin
3 sudu kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj telur
kacang botol/kacang panjang ~ dihiris
garam
sedikit gula
minyak

Cara:
Goreng ikan yg dah disapu dgn sedikit garam hingga masak.
Perisi ikan dan ramas/tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, kemudian tumis cili mesin hingga garing.
Masukkan bawang yg dah dimesin tadi, dan goreng lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap, sos tiram, garam dan sedikit gula.
Pecahkan telur dan pukul sedikit dgn garfu dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan juga ikan yg dah dihancurkan.
Kacau sebati, kemudian masukkan nasi yg dah dilerai2kan.
Masukkan juga kacang botol ataupun kacang panjang yg dah dihiris.
Kacau goreng hingga rata dan biarkan masak masak seketika.
Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan bersama keropok ikan dan hirisan timun.
Utk rasa yg lebih pedas bolehlah tambah hirisan cili padi
Powered By Blogger