Wednesday, June 7, 2017

Cnp Resepi Ikan Rebus Goreng

Ni boleh la try untuk sahur esok. Resepi dapat daripada FB Noora Zhatul Shima CW.

Bahan-bahan :
Ikan kembung / sardin / tongkol atau apa-apa ikan la
ikut suka berapa ekor
5 keping asam gelugor (jika tiada boleh gantikan dengan air asam jawa)
garam secukup rasa
air secukupnya untuk merebus

minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan dimayang
2 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 tangkai cili merah atau cili hijau solok
2 biji cili padi (dipotong kasar)
sedikit limau nipis

Cara Menyediakan:
Ikan dibersihkan dan dipotong.
Rebus ikan bersama asam keping dan garam. (masukkan ikan, asam keping, garam dan air secukupnya dan rebus dalam periuk. rebus sampai air hampir kering. padamkan api.) Sejukkan.

**Ikan rebus ini tahan lama dan boleh disimpansejuk dahulu dalam peti ais sebelum digoreng.

Ambil beberapa ekor ikan dan goreng semula ikan tadi.
Bila dah nak garing (ikut suka tahap kegaringan)
masukkan bawang besar yang telah dimayang
Masukkan sekali hirisan cili.
Goreng hingga garing dan harum.
Angkat dan dihidangkan. Perahkan sedikit asam limau jika suka.


Version saya buat, semasa menggoreng bahan2 yg dimayang, saya tidak campurkan dengan ikan goreng. Saya asingkan ikan goreng, letak tepi. Saya tambahkan sedikit kunyit dan garam  sebelum bahan2 yg dimayang tadi diangkat.

No comments:

Post a Comment

Maksud Doa Dhuha

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu , keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”