Tuesday, September 4, 2018

Kenapa sukar untuk memahami ???

Setelah dikaji, aku punyai darah pejuang Tanah Melayu. Kami keturunan Minangkabau tetapi bukan daripada susur-galur Minangkabau Negeri Sembilan. Arwah buyut sebelah bapaku yang berasal dari Sumatera telah melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu kerana melakukan pemberontakan ke atas penjajah ketika itu (kemungkinan telah membunuh penjajah) dan telah membuka perkampungan yang kini dikenali Kampung Gudang Garam Segamat.
Aku keturunan melayu yang asalnya dari Sumatera. Adakah aku dikira pendatang Malaysia seperti kaum Cina dan India? Semasa zaman buyutku itu, sudah adakah sempadan laut bagi Malaysia? Kenapa ia dipanggil Gugusan Tanah Melayu termasuk beberapa kawasan di Indonesia dan Thailand? Malaysia, Indonesia, Thailand belum pun wujud ketika itu. Hanya Gugusan Tanah Melayu dan Siam, mengerti? Kenapa pula Semenanjung Tanah Melayu ini diberi nama MALAYsia, dan bukan CINAsia atau INDIAsia? Fikir-fikirkanlah.
Saya bukan berniat racist menulis entry ini tetapi ingin mengajak semua supaya menghormati bangsa asal Tanah Melayu dan kaum-kaum lain yang telah diterima sebagai rakyat tetap di negara ini supaya menghormati kontrak sosial yang telah terbina selama ini. Jangan pertikai dan persoalkan berkenaan hak bumiputera, agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan kedaulatan raja-raja melayu (termaktub dalam perlembagaan negara).
Tolong hormati kontrak sosial ini. Kalau tak faham, sila banyakkan membaca daripada sumber ilmiah dan hayatinya. Bukan bahan bacaan daripada tulisan seorang bekas atau pengikut komunis, buta sejarah, tiada nasionalisme, atau yang pura-pura tahu sejarah.
Yang menjadi hairan saya, ada melayu yang berfikiran dangkal dengan mengatakan perlembagaan yang saya nyatakan ini adalah racist. Saya beranggapan melayu sebegini tiada semangat nasionalisme dan tidak memahami sejarah serta tidak mengerti kontrak sosial. Malah saya juga beranggapan melayu sebegini adalah golongan kaya-raya yang tidak berhati perut kerana tidak memahami keadaan melayu yang perlu dibantu. Mengapa masih sukar memahami ada golongan melayu masih perlu dibantu dan masih belum mampu mengatasi kaum yang memonopoli ekonomi negara kini? 
Saya bosan dengan kata-kata "melayu perlu berubah".  Mentang-mentang dah kaya-raya, kau mendongak ke langit. Memang tidak dinafikan ada segelintir yang malas, tapi bukan semua begitu. Ada segelintir yang dihimpit kesukaran yang agak sukar untuk keluar daripada kepompong tersebut. Cuba kau dekati dan selami mereka. Sebab kau butakan mata kau, lalu mata hati kau juga buta!!! 
Seperti juga BR1M, kau kata rasuah... kau kata begitu sebab kau dah kaya.. kau gantikan BR1M dengan memberi pinjaman modal untuk perniagaan. Kau ingat 100%  orang melayu ni berniaga je ke? Kau ingat semua orang mampu dan boleh berjaya dalam berniaga? Lain orang, lain kebolehan, kau faham tak? 
Kau cuba bayangkan orang-orang susah, bila dapat BR1M 3x dalam setahun. Kau ingat, golongan ini tak bersyukur ke? Sekurang-kurangnya sedikit beban diringankan pada bulan tersebut. Kau tak rasa sebab kau buta hati!!!
Kau kata kau akan memperbanyakkan peluang pekerjaan, jadi rakyat tak perlu BR1M. Tapi bagaimana golongan warga emas dan OKU? Ada kau fikir? Kau beruntung, walaupun engkau warga platinum, kau masih lagi sihat dan kuat, malah berduit.

"...Kemewahan rasa-dirasai
Bersama kita nikmati
..." 
Ini bait2 lagu wawasan 2020. Kekayaan negara sama2 dinikmati rakyat. Bukankah BR1M, kenaikan gaji/bonus penjawat awam, pemberian kontrak projek-projek kerajaan (yang ni golongan jerung je la) selain daripada infrastruktur yang dirasai bersama (jalan raya, hospital, sekolah dll), itu dikira perkongsian hasil kerajaan kepada rakyat bukan? Kenapa kau boleh pertikaikan "bertungkus-lumus kerja untuk dapatkan banyak duit, kena bayar tax tapi bagi BR1M kat orang susah sedangkan kau x dapat apa2?" Alooooo... pendapatan kau tu bukan milik kau seorang ye? Pergi belajar agama semula. Alangkah nak telan nasi pun boleh tumpah dari mulut, inikan pula duit yang kau dapat... Bukan setakat tak masuk mulut je, nasi basi pun kau boleh dapat.. itu bukan rezeki milik kau la namanya...
Ingatlah bahawa di dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain...

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger